Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 24 Disember 2011

TUBUH SAYAP PAS

(Dr Mujahid Merasmikan Pelancaran.)
LENGGONG-23 Disember: Sejarah baru tercipta disini apabila satu lagi sayap parti PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan Lenggong, (DHPPk) dilancarkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Ust. Dr Mujahid Yusuf Rawa, selaku ketua lajnah perpaduan nasional PAS Pusat pada hari ini.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Perak, ust Abu Bakar Hussein serta Ah Bee, Richard Wong  dan S.Nalliraja mewakili jawatankuasa DHPP Perak, untuk menyaksikan penyerahan sebanyak 28 borang keahlian oleh pengerusi jawatankuasa DHPPk Lenggong, Tan Fong Hwa yang telah dilantik.
Ust. Dr Mujahid, dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan diatas penubuhan DHPPk, terutamanya Jawatankuasa DHPP Perak yang tidak pernah jemu meyakinkan kaum-kaum bukan Islam bahawa, PAS bukanlah seperti yang telah ditakut-takut oleh Umno-BN selama lebih 50 tahun lalu dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.
(Ucapan perasmian Dr Mujahid.)
Tambah Dr Mujahid, inilah realiti sebenar yang perlu Umno-BN sedari, kaum bukan  Islam pada hari ini sudah tidak menyakini Umno-Bn untuk menerajui kerajaan pada masa akan datang. Sekiranya Umno mendakwa hanya mereka sahaja yang dapat menjaga orang-orang melayu, agama Islam dan menyatukan pelbagai kaum di Negara ini, sebenarnya mereka tidak melakukan sepertimana yang mereka katakan itu.
Isu-isu besar  seperti pecah amanah dan pembaziran wang rakyat yang melanda Negara pada masa ini semuanya melibatkan pemimpin-pemimpin Umno-Bn. Pada masa ini, bukan sahaja  orang-orang melayu Umno sahaja tidak mempercayai Umno-Bn, bahkan kaum-kaum bukan Islam juga begitu, mereka semuanya lebih mempercayai PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui Negara pada masa akan datang.
Ust. Abu Bakar turut gembira dan terharu dengan tertubuhnya sayap parti DHPPk Lenggong,  yang mana akan menjadi pelengkap kepada penyatuan kaum dari akar-umbi hinggalah keperingkat negeri-negeri diseluruh Negara yang akan bersama-sama melangkah gagah menuju ke Putrajaya selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang.
(Tan Fong Hwa Pengerusi DHPP Menyerahkan Borang Keahlian)
Mengimbau perjuangan PAS yang membawa Islam sebagai agenda utama selama Lebih 60 tahun lalu, berbagai rintangan sukar telah dilalui oleh PAS. Penentangan keras daripada orang-orang melayu Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa dan Agama hanyalah menyaksikan suatu penindasan dan kezaliman keatas orang-orang melayu yang berada didalam PAS dari dulu hinggalah sekarang.
Lebih menyedihkan, Umno sanggup membunuh saudara seagama sepertimana tragedi berlaku di Memali, saudara-saudara Islam telah dibunuh tanpa sebarang sebab yang munasabah. Tetapi hasil dari kesabaran pemimpin-pemimpin PAS, rakyat pada hari ini dapat melihat kejayaan dakwah yang dibawa sehingga masyarakat bukan Islam sudah mula menerima PAS sebagai sebuah parti yang memberikan keadilan kepada semua kaum, agama dan bangsa.
(Ust Abu Bakar Hussien.)
Menurut Ust. Abu Bakar, isu diseluruh dunia pada hari ini, ialah isu pemimpin. Rakyat ketika ini sudah mula melihat apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Disepanjang pemerintahan kerajaan Umno-Bn banyak penyelewengan telah dilakukan oleh pemimpin Umno. 

Ketika ini, rakyat sudah tidak boleh lagi ditipu sepertimana yang dilakukan oleh Umno-Bn sebelum ini. Rakyat mudah mendapat maklumat melalui media baru yang sudah pasti akan menjatuhkan Umno-Bn dengan sendirinya. Masanya sudah tiba untuk rakyat membuat perubahan sepertimana dilakukan DHPPk, kerana sesungguhnya kezaliman tidak akan boleh lagi bertahan lama, sambil menyeru masyarakat di Lenggong supaya keluar beramai-ramai meninggalkan Umno-Bn supaya ia menjadi suatu pengajaran buat Umno-Bn.

(Timb. Ketua DHPP Perak, Richard Wong.)
Mengulas ucapan Ah Bee, Richard Wong dan S. Nali dalam nada yang sama, masyarakat atau kaum cina dan india tidak perlulah takut untuk menyokong PAS atau Pakatan Rakyat. Kerana menurut mereka, semua kenyataan yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn yang cuba menakutkan bukan Islam menyokong Parti Islam hanyalah satu pembohongan semata-mata.

Richard menjelaskan, PAS ialah sebuah parti Islam yang bersikap lebih adil kepada semua kaum berbilang agama di Negara ini, berbanding parti Umno yang juga Islam, tetapi lebih pentingkan bangsa melayu dan tidak ikut suruhan Islam yang sebenar. Sambil menyifatkan PAS ialah sebuah parti yang mengikut ajaran Islam yang sebenar dan akan menjamin hak agama lain. PAS juga tidak memaksa penganut agama lain menganut agama Islam, sebaliknya hanya berdakwah untuk menceritakan undang-undang Islam lebih baik untuk menjamin keselamatan manusia disetiap masa dan ketika.
(Pesuruhjaya PAS dan Timbalannya menyantuni Ahli DHPPk)
Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Tn. Hj Razman Zakaria Mengucapkan terima kasih kepada seluruh masyarakat kaum cina dan india, yang berada di Lenggong,  kerana telah berusaha menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Lenggong, (DHPPk) sokongan kuat daripada kaum bukan Islam kepada PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat di Lenggong,  akan dimanfaatkan untuk sama-sama menumbangkan Umno-Bn pada Pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

4 ulasan:

  1. Mampoh Umno......... bior hancur jahiliah.......

    BalasPadam
  2. Wan Roslan Wan Abu Bakar25 Disember 2011 pada 7:19 PG

    Siiru Alabarakatillah.......Takbir...!!!!

    BalasPadam
  3. Hanya Umno yang takutkan orang-orang Islam PAS. Hancur-hancur, Hancur Umno!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam