Jentera Pilihanraya. |
LENGGONG: Gerak-gempur tawan parlimen Lenggong berlangsung disini dengan bantuan jentera pilihanraya yang didatangkan khas seramai 44 orang dari Kubang Kerian.
Program latihan dan praktikal naik rumah-kerumah bagi mendekati masyarakat pengundi selama 2 hari di dua DUN, Kenering dan Kota Tampan pada 17-18 Disember, dilakukan bersama-sama dengan jentera pilihanraya PAS kawasan Lenggong, telah berjaya mendaftarkan hampir 300 orang pengundi baru didalam parlimen Lenggong.
Mohd Noor bin Yazid (Ketua Daftar Pemilih Ng. Kelantan) |
Dalam taklimat yang disampaikan oleh ketua daftar pemilih Ng. Kelantan, Mohd Nor bin Yazid, jentera pilihanraya PAS kawasan Lenggong hendaklah meneruskan kerja-kerja yang masih belum selesai, kerana masih terdapat ramai lagi masyarakat pengundi yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di kedua-dua DUN di parlimen Lenggong, hasil daripada program yang dijalankan selama dua hari itu.
Mohd Nor menyifatkan, petugas jentera pilihanraya dari Kubang Kerian pada program ini hanya ‘menyediakan pancing, bukan sekadar memberikan ikan.’ Selebihnya jentera pilihanraya PAS kawasan mestilah berusaha dengan lebih gigih untuk mengenalpasti masyarakat yang belum mendaftar sebagai pengundi didaftarkan, termasuk pengundi-pengundi yang tinggal diluar kawasan supaya menyokong PAS dan pulang mengundi pada PRU-13 yang akan datang.
Petugas Jentera Pilihanraya PAS Kawasan. |
Sementara itu, Yang Dipertua PAS kawasan Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria berkata, “Program latihan dan praktikal selama dua hari ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada seluruh jentera pilihanraya PAS Kawasan Lenggong.” Sambil mengulas ucapan Mohd Nor, ‘pancing yang diberikan ialah untuk terus dikail sepanjang masa, jika diberikan ikan sahaja, maka ia akan habis disitu sahaja.
Hj. Razman menambah, “jentera pilihanraya PAS kawasan sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu yang telah diberikan oleh petugas-petugas yang didatangkan khas dari Kubang Kerian dan sudah pasti akan diteruskan oleh jentera kawasan untuk memastikan segala usaha yang dilakukan, dapat menjurus kearah kemenangan dalam PRU-13 yang semakin hampir.” Tn. Hj Razman juga menggesa semua jentera pilihanraya disemua peringkat mestilah terus bergerak berterusan sepanjang masa sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.
Jentera Pilihanraya Muslimat Kubang Kerian |
Mengakhiri ucapannya, tn. Hj Razman mengharapkan seluruh jentera pilihanraya disemua peringkat memastikan supaya semua ahli keluarga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat didaftarkan sebagai pengundi melalui gerak-kerja naik rumah-kerumah di cawangan masing-masing bagi persediaan terakhir menjelang pilihanraya umum ke-13 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan