Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 29 Disember 2011

ANAK tarik Ku Li untuk kempen isu FGV

Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda.

"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.

Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.

"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan.
Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa).

"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia.

NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

1 ulasan:

  1. ANAK, KULI tu ular,jangan guna dia,kerana ular akan patuk ANAK atau dibelitnya. Ku Li sinataro lihat tidak bolih susah kerana Dia anak Raja. Ingat Semangat 46 apa jadi? Disebalik kepayahan dan kesengsaraan penyukongnya berkorban ada yang jadi bangkrup,hilang pekerjaan dsbnya,senang senang dibubarkan Pati tersebut cuma dia mula rasa rezekinya dah berkurangan angkara Mahafiraun dan konco konconya. Orang jenisni tak percaya rezeki Allah tentukan.
    Sintaro ingin memberi pandangan kpd ANAK supaya jangan libatkan Insan Tua ini dan menjadikan ANAK tertipu.... Lufikirlahsendiri.

    BalasPadam