Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 24 Disember 2010

LAGI KES PESERTA FELCRA DAERAH LENGGONG KEHILANGAN TANAH


          Kalau Pembangkang bangkitkan soal penindasan oleh FELCRA kita dituduh menabur fitnah, cari isu politik murahan dan sampai dituduh pengkhianat bangsa. Pembangkang  membangkitkan soal ini kerana ini adalah isu besar orang Melayu di Lenggong ini dengan buktinya sekali. Pembangkang tidak pernah membuat dakwaan semborono malahan dari awal lagi pihak Pembangkang ini bersedia ke mahkamah jika ini dakwaan palsu. Pihak Pembangkang bersedia menghadapi cabaran ini.
          Lihatlah keadaan kehidupan peserta FELCRA sekitar Kg.Luat, Kg.Chepor dan Kg. Beng FELCRA yang rata-rata masih ditahap kemiskinan dan mereka dijanjikan sesuatu yang indah oleh Kerajaan dan pihak suatu masa dahulu. Rupanya hasil tidak sebanyak mana, dan lebih menyedihkan tanah yang diusahakan sekian lama hilang hak milik apabila diserahkan kepada FELCRA. Kes ini beberapa kali sudah diajukan ke pihak pengurusan FELCRA dan sehingga kini FELCRA masih membisu. 
         Yang selama ini mengaku sebagai 'PEMBELA MELAYU' ini tidak prihatin kah mereka?? atau sengaja buat-buat tak tahu?? Atau lebih tepat lagi kerana dijanjikan 5 ekor lembu qurban milik FELCRA setiap tahun. Kerana nafsu gila puak-puak ni juga lah yang menyebabkan melayu di Lenggong terus ditindas oleh FELCRA dan Penyamun Lembu.... Hidup YB Lembu....  
          Kalau dilihat diatas pentas ketika menyampaikan ceramah atau ucapan, sememangnya terpaut hati orang-orang kampung kepada YB Lenggong  ini. Muka  tak la sampai macam Dato' Tajuddin Rahman tu... ada la seri jugak, tapi bila kita tengok surat kelulusan permohonan lembu qurban milik FELCRA yang tertera nama YB Lenggong ni, Ya Allah.... Sungguh tak di sangka-sangka YB Lenggong 'Penyamun Lembu'... malu jugak la kita ni orang Lenggong kan... maklum la kalau dalam Parlimen, YB Lenggong ni dikenali sebagai pendiam, tak banyak cakap, kalau ada pun sekali sekala je, tu pun berbahas 'standard Diploma Maktab' je... Masalah itu tidak mengecewakan orang Lenggong kerana rata-rata orang Lenggong ni faham itu lah standard YB kesayangan mereka. Akan tetapi bila diketahui secara meluas di Lenggong ini yang YB mereka terlibat secara langsung dalam  'Pakatan Penyamun-Penyamun Lembu FELCRA' (PPPLF) satu lagi PAKATAN selain PAKATAN RAKYAT ni, habis malu 1 LENGGONG..

1 ulasan:

  1. Ya Allah... malunye aku ni orang Lenggong... Sungguh tak aku sangka rupa-rupanya dia terlibat sama kes lembu ni.. lama dah dengar pasal lembu Felcra ni tak sangka plak dia join sekali.. Bawa2 bertaubatlah.. cukuplah mengikis keringat orang melayu.Kata pembela Melayu..orang melayu terus mundur..

    BalasPadam