Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 29 Disember 2010

BERTAHUN-TAHUN JALAN ROSAK DIBAIKI SECARA GOTONG-ROYONG

LENGGONG 26 Dis 2010: Jalan Tekok yang menjadi laluan utama bagi lebih 300 penduduk di Kampung Chepor Hulu dekat sini yang mengalami kerosakan teruk sejak bertahun akhirnya dibaik pulih secara bergotong-royong setelah mengambil kira keselamatan penduduk yang melaluinya.


  Lebih 30 penduduk keluar untuk menyiapkan kerja baik pulih jalan itu secara bergotong-royong apabila tidak diendahkan pihak-pihak bertanggungjawab yang sepatutnya berusaha mendapatkan peruntukan segera.
 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Program itu, Mat Saad Abdul Rahman, 60, berkata usaha baik pulih itu terpaksa dibuat secara bergotong-royong berikutan jalan itu yang juga disebut Jalan Tok Goling adalah laluan utama bagi penduduk yang hendak keluar ke pekan, ke ladang dan juga digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.
  "Kami bermesyuarat di surau kariah Hulu Chepor dan sepakat untuk membaik pulih jalan itu secara bergotong-royong, di mana modal untuk membeli simen kami kutip daripada penduduk.
  "Ada penduduk yang derma wang ringgit secara ikhlas yang tidak kami tetapkan sekian-sekian banyaknya dan ada juga yang derma simen sekampit," katanya ketika ditemui selepas gotong-royong. Mat Saad berkata, sekiranya hendak menunggu peruntukan  untuk baik pulih jalan itu tidak tahu bila, sementara jalan terus mengalami kerosakan teruk, manakala orang ramai tetap melaluinya, lebih baik dibaiki secara gotong-royong.
Pengumpul dana program itu, Ahmad Kushairi Mat Dayeb, 58, berkata selepas bermesyuarat untuk bergotong-royong, mereka berjaya mengumpul hampir RM500 untuk membeli simen dan mereka beruntung kerana pasir hanya diangkut dari Sungai berdekatan  tanpa perlukan perbelanjaan.
 Seorang warga emas, Saari Goling, 84, berkata jalan tar sepanjang hampir 1 km itu dibina hampir 10 tahun lalu dan telah mengalami kerosakan di sebahagian besar, terutama di kawasan yang dibaik pulih secara bergotong-royong itu.
  Katanya, sudah dua musim banjir berlaku menyebabkan jalan itu mengalami kerosakan teruk sehingga ada tempat-tempat yang dawainya menonjol membahayakan laluan kenderaan.
 
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Ahmad Ruzi Bahari, 46, berkata permohonan untuk keseluruhan jalan dalam kampung sepanjang 3 km telah dibuat dan berharap diluluskan pada tahun depan.
Katanya yang turut bersama dalam program gotong-royong itu, bukan saja jalan Tekok yang mengalami kerosakan, banyak lagi jalan lain yang juga rosak dan permohonan dibuat untuk keseluruhannya.

Sementara itu, Tuan Hj. Razman Zakaria dijemput bertemu  dengan penduduk yang sedang menjalankan kerja gotong -royong tersebut untuk mengadakan kenduri tahlil  pada hari yang sama setelah kerja-kerja itu siap dilaksanakan  oleh penduduk Kg. Chepor.
                             

7 ulasan:

  1. Teruk sangat dah pentadbiran JKKK Kg.Chepor.... Ketua Kampung disitu memang tidak disukai masyarakat,maaflah... masyarakat tak suka bukan pada tubuh badan, tapi kerana sikap yang tidak mahu mengambil berat terhadap permasalahan penduduk. Kalau tak percaya boleh tanya pada semua penduduk Kg. Tersebut.

    BalasPadam
  2. Memang betul..... Ada penduduk yang mahu letak siput pulak satu lori sekiranya jalan yang rosak tidak dibaiki dengan segera. Maka sekali lagi Para penduduk akan membuat kutipan derma untuk membeli siput untuk tutup banyak jalan yang rosak dan berlubang..... Suara ramai masyarakat penduduk tidak mahu lagi Ketua Kampung Chepor yang ada sekarang disambung jawatannya sebagai pengerusi JKKK atau kroni-kroni yang sewaktu dengannya...

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada rakyat yang perihatin, lebih sesuai diletakkan nama ketuanan rakyat bagi menggantikan kampung ketuanan melayu UMNO...... Selamat jalan dengan selesa kepada pengerusi & JKKK Kg. Chepor untuk berulang alik ke pejabat UMNO Lenggong. Masalah dikampung biarlah orang kampung sendiri yang selesaikan. Anda buatlah kerja yang dapat mengkayakan dan menyenangkan Kroni-kroni sahaja...... Pastikan PRU-13 anda mendapat tamparan yang palig hebat dalam sejarah politik di Lenggong..... Nantikan......

    BalasPadam
  4. Malunya kalau jadi ketua Kampung macam ni..... kalau masalah jalan pun jkkk tak dapat selesaikan. Lepas ni bagi budak-budak pulak kecik la pulak yang jadi ketua Kampung, rasa-rasanya otak budak-budak kampung tu lebih besar daripada otak ketua Kampung yang ada sekarang ni.....Apa tidaknya.... dengan gotong-royong selama 3 jam pun dapat selesaikan masalah yang dah bertahun-tahun tak diselesaikan oleh JKKK. Malunya aku........!!!!!!

    BalasPadam
  5. Wakil rakyat datang masuk kampung ikut jalan yang elok je, sedangkan jalan yang teruk tak pernah dilalui.

    BalasPadam
  6. Wakil Rakyat Tak pernah datang tengok projek peruntukan untuk baiki jalan rosak yang termasuk masjid dan kaki lima surau baru-baru ini. Mengapa Pengerusi JKKK Kg Chepor Bubuh tar atas tanah persendirian berhampiran rumah dia??? Untuk kemudahan kenduri anak-beranak dia je ke??? sedangkan jalan yang rosak lebih utama untuk dibaiki. Peruntukan kerajaan adalah duit Rakyat. Bukan duit peribadi Wakil Rakyat...... YB Lenggong tolong Check sebelum semuanya menjadi parah.

    BalasPadam
  7. Peruntukan yang dimaksud oleh JKKK Ahmad Ruzi Bahari, telah di "LARIKAN" oleh Pengerusi JKKK dan Anak-beranak Kroni mereka iaitu,simen TAR telah diturap diatas tanah persendirian berhampiran Surau Kariah Sembok untuk kemudahan meletak Khemah jika berlaku kenduri-kendara anak-beranak Pengerusi JKKK Kg. Chepor. Bangsat punya orang........ Khuweeeekkkk...Tuiiiih.

    BalasPadam