PAS Negeri Perak melahirkan rasa
kesal diatas diskriminasi dan tekanan berterusan oleh kerajaan BN
terhadap golongan miskin hanya disebabkan perbezaan ideologi politik.
Kami merujuk kepada kes
kelulusan bantuan perumahan nelayan darat Kenering, Perak di dalam
parlimen Lenggong yang melibatkan seramai 55 orang nelayan darat.
Setelah kelulusan dan
pemberitahuan kepada 55 orang penerima, tiba-tiba 22 orang daripada
mereka ditarik balik kerana dikatakan berpegangan politik lain daripada
Umno. Kami mempunyai bukti bahawasanya penafian bantuan tersebut adalah
disebabkan desakan politik.
Sangat zalim dan tidak
bertanggungjawab jika dengan alasan perbezaan politik menyebabkan mereka
dinafikan hak untuk menerima bantuan tersebut.
PAS Perak melahirkan rasa
simpati terhadap mereka yang dianiaya dan dinafikan hak untuk menerima
bantuan tersebut di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Kami menggesa agar 22 orang nelayan yang dibatalkan bantuannya itu diberikan kembali hak mereka tersebut.
Slogan yang dilaung-laungkan
oleh kerajaan iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah
dibakulsampahkan oleh Umno itu sendiri.
Sikap sedemikian jelas
membuktikan bahawasanya kerajaan hanya mengamalkan konsep menjaga
kepentingan pihak-pihak tertentu semata-mata sebaliknya rakyat dinafikan
hak untuk mendapat pembelaan.
PAS Perak menyeru kepada agensi
kerajaan supaya meningkatkan tahap keprofesionalan mereka dalam memberi
perkhidmatan yang adil kepada semua rakyat.Letaklah kepetingan rakyat
perkara yang utama dan mengetepikan kepentingan lain.
HAJI RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
LAPORKAN KEPADA SPRM. Saman JKK dan tuntut gantirugi kerana menghalang penerima bantuan yang telah diluluskan.
BalasPadamBeri pengajaran kepada melayu hasad dengki tak guna seduit tu. Haram...ja...h
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
BalasPadam