Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 4 Mei 2013

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT LENGGONG MAHUKAN PERUBAHAN: Konvoi, Solat Hajat, Munajat & Ceramah.

SINGGAH DI KG. LUAT
LENGGONG: Penyertaan luarbiasa konvoi kereta dan motosikal "Rakyat Lenggong Mahukan Perubahan."  sempena Munajat perdana rapat umum oleh Tn Guru Nik Razi Nik Mat (adik TG Nik Aziz nik Mat) di dataran Kak Yam, Lenggong, menyaksikan kebangkitan rakyat benar-benar mahu menzahirkan kehendak mereka agar rakyat di Parlimen ini merubah tampuk pemeritahan yang dikuasai oleh Umno-Bn sejak 12 kali pilihanraya umum lalu.

SOLAT MAGHRIB DAN SUNAT HAJAT 
Dianggarkan seramai lebih 2000 peserta pelbagai  lapisan umur, bermotosikal dan kereta berarak bersama konvoi  sepanjang deretan 6 kilometer, yang bermula di bilik gerakan PAS Kg. Padang, Gerik selepas solat asar dan berakhir di dataran Kak Yam, pekan Lenggong sebelum azan mahgrib berkumandang.

Sepanjang tempoh kempen PRU 13 ini, penganjuran Konvoi terbesar kali ke2 yang di mobilisasikan oleh Sebuah Badan NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) untuk membantu Calon PAS P.055  Parlimen Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, sepanjang tempoh berkempen telah berjaya menarik perhatian rakyat disini terutamanya, golongan pengundi muda.

Tn Hj Razman merupakan penaung kepada badan NGO GAML yang memberikan harapan baru kepada anak muda, beliau telahpun menyediakan beberapa pelan perancangan yang telah dirangka untuk menjana peningkatan dan taraf hidup anak muda yang mahu bermastautin di kampung halaman mereka merangkumi aspek ekonomi dan hala tuju khas untuk anak muda sekiranya beliau diberi mandat untuk mewakili rakyat di Parlimen pada PRU 13 kali ini.

Alhamdulillah, sokongan padu daripada rakyat Lenggong kepada Tn Hj Razman, sudah menampakkan ada sinar kemenangan kepada beliau, yang mungkin akan mencatatkan satu sejarah baru kemenangan PAS disini, sekaligus akan memadamkan rekod kemenangan Umno-Bn selama 12 kali pilihanraya umum berlaku di Parlimen Lenggong tidak lama lagi.

Sementara itu. Tn Guru Nik Razi Nik Mat, mengimamkan solat Maghrib dan sunat hajat berjemaah di dataran Kak Yam, serta mengimamkan solat Isyak di iringi tazkirah sejurus selesai bermunajat.

Sesi ceramah pada malam itu juga, PAS turut memperkenalkan diatas pentas ceramah  2 orang calon mewakili Pakatan Rakyat (PKR) yang bertanding di kerusi N.03 DUN Kenering, Ust Mohamad Tarmizi bin Abd Hamid dan calon N.04 DUN Kota Tampan; Zahrul Nizam bin Abd Majid.

Pecutan terakhir rapat umum pada malam ini, PAS kawasan Lenggong mengadakan ceramah di 5 tempat berasingan di DUN Kenering menampilkan Penulis Blog Sakmongkol, Beliau merupakan bekas Setiausaha Umno Bhg.Pekan yang dipengerusikan oleh DS Najib Razak bersama Seorang bekas AJK Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Sdr Nazri, yang akan berceramah di Felda Lawin Utara (rumah sdr Raof,) di bilik gerakan PAS Kg. Padang Jeri dan di bilik gerakan Kg. Sawa.

Manakala di DUN Kota Tampan, ceramah akan diadakan di bilik gerakan PAS pekan Kuak, Bilik gerakan PAS Kg. Luat. Penceramah terdiri dari Ust. Ibrahim Zakaria, mantan calon Parlimen Lenggong dan beberapa penceramah tempatan.

Ayuh,.. kepada pengundi tinggal di luar kawasan yang pulang untuk mengundi. Anda semua dijemput hadir menyaksikan kebangkitan rakyat Lenggong yang mahukan perubahan dan kita bersama meraikan semua program yang telah dianjurkan oleh PAS didalam keadaan yang aman dan selamat.

Insya Allah, sama-sama kita terjemahkan kemenangan rakyat melalui peti-peti undi bagi memenangkan Pakatan Rakyat di Parlimen Lenggong pada PRU 13 kali ini. Dan selepas ini, kita akan dapat menyaksikan satu sejarah baru akan tercipta disini bersama-sama dengan suara rakyat yang mahu menyaksikan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan yang lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik kepada seluruh rakyat di kawasan PArlimen Lenggong ini, insya Allah.

Jom Pakat Undi PAS dan Pakatan Rakyat... "PAS dan Pakatan Rakyat Harapan Baru Rakyat Lenggong."



ANAK MUDA MENUNGGU DI PEKAN LAWIN SAMBUNG 









































4 ulasan:

  1. Apa macam kan dah kalah.
    Kan dah kata penentu kemenangan adalah anak lenggong yg berada d perantauan. Minta razman segerakan bagi tau macamana dia menjana kekayaan bkn mundar mandir sana sini. Kasihan orang kampung takde hasil masuk duit dlm jug...

    BalasPadam
  2. Nak tau macam mana razman jana hasil? Kan dulu dia korja kastam adik dia agen kastam jadi dengan kedudukan dia sebagai pegawai kanan kastam senang le dia bantu adik dia larikan cukai. Orang lain semua bayar cukai, adik dia dapt pengecualian cukai, siap import keretek lagi hahahah rasanya tak betapa betul cara dia jana kekayaan dia tu.

    BalasPadam
  3. Berbahasa dengan orang yang kurang akalnya ini memang sangat perlu berhati-hati agar tidak tergelincir ke 'standard' mereka ...

    Dah tau hang pi la lapor SPRM kalau ada bukti ... Gebang kat sini buat dapat dosa kering je ...

    Razman seorang yang mudah didekati ... Kami kenal sangat dia ni orang yang macam mana ...

    Yang lebih kami risau adalah kerakusan penyangak macai UMNO meratah harta negara dan mendungukan pemikiran rakyat di kampung-kampung ... Rakyat celik sudah nampak ... Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan sehelai daun ...

    Ingat, UMNO sekadar menunggu masa untuk dikiamatkan ... Jangan angkuh sangat bro ,makhluk Allah tiada yang kekal ... Beristighfar banyak-banyak wahai penyokong-penyokong BN atas kemenangan secara kotor dalam PRU ini, siapa tahu mungkin ini adalah istidraj ke atas pemimpin-pemimpin UMNO yang renggang hubungan mereka dengan Allah Ta'ala...

    Buat PAS Lenggong, syabas atas usaha membangkitkan gelombang kesedaran kepada masyarakat luar bandar ... Didoakan agar terus istiqamah dalam bersiyasah ... Cabaran dan pengalaman berharga yang semakin meranumkan jemaah dakwah, tarbiah dan siyasah ini ... Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha dakwah kalian .

    BalasPadam
  4. Biasa dah kerja dengan macai umno. Hidup mati umno berada diatas jalan fitnah, dulu kini selamanya. Menang dengan fitnah, makan gaji yang jadi darah daging hasil dari fitnah. Jadi, apalagi yang ada untuk dibangga bagi umno? Agama tak dijunjung, maruah tak dipikul, adab tidak di kelek.

    Buat fitnah YDP rasuah. Tapi, dalam sama umno beri rasuah RM kepada pengundi-pengundi supaya pangkah dacing. Berapa besarnya dosa umno dan macai-macai ni,..... Harus di ingat, kemenangan yang bukan dari redha Allah, akan menambahkan lagi kemurkaanNya yang akan menyebabkan pemimpin2 umno serta macai lebih jauh tenggelam dalam kancah Maksiat yang membinasakan didunia dan akhirat.

    Hadiah laghro umno setelah menang PRU di Lenggong: Berbondong2 melayu umno sejak maghrib di dataran Lenggong untuk menyaksikan ekspo dan pertandingan karaoke setiap petang dan malam.

    Harus di ingat, hadiah laghro diberikan oleh umno itu, merupakan hasil daripada macai2 yang telah memenangkan u no. Jadi, saham pengundi2 tetap ada dalam apa juga kemungkaran yang dibawa, dilakukan oleh pemimpin2 yang telah kamu pilih.

    Kepada macai2, jangan galak sangat dok buat fitnah,....yang macai dok tuduh tu, tak dapat dibuktikan apa2 pun.... tetapi, yang pemimpin2 umno dan macai2 sedang laksanakan sekarang ni, terbentang dah didepan mata.

    Mana macai nak sorok....???

    BalasPadam