
'Mood' pengundi muda dilihat semakin menambahkan lagi peningkatan sokongan terhadap Tn Hj Razman dengan begitu ketara sekali. Manifesto untuk pengundi baru ; "Hj Razman Zakaria Harapan Baru Anak Muda Lenggong" telah berjaya menarik minat dan keyakinan pengundi baru yang akan memberikan undi kepada beliau dengan tawaran yang mampu dilaksanakan oleh calon PAS dan Pakatan Rakyat, sekiranya diberikan mandat pada PRU13 sebagai Ahli Parlimen, berbanding tiada sebarang tawaran dibuat untuk anak muda oleh wakil rakyat sebelum ini.

Tahniah kepada kepada semua rakyat Lenggong yang mahukan perubahan. Kebangkitan ini menunjukkan bahawa, ada perubahan yang akan berlaku dalam sejarah pilihanraya umum di Parlimen Lenggong pada kali ke 13 ini.

Kesedaran rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan diperingkat Negara, negeri dan daerah Lenggong pada masa ini lebih berpihak kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat. Tidak mustahil, rekod tidak pernah kalah BN sebelum mungkin akan terpadam pada PRU kali ke 13 ini.

Disamping perancangan masa depan untuk golongan anak muda sebagai penyambung generasi akan datang dapat terlaksana, bagi menentukan masa depan golongan ini lebih cerah untuk tinggal bermastautin sebagai warisan anak desa, memiliki aset untuk kehidupan dan pertanian serta berpendapatan ekonomi yang kukuh tanpa perlu berhijrah ke bandar atau ke kota mencari pekerjaan.
Pada 5 Mei 2013, buatlah pilihan yang bijak. Kuasa untuk merubah keadaan yang lebih baik untuk mentadbir urusan yang melibatkan perancangan dan perlaksanaan pembangunan serta kemajuan ekonomi rakyat, samada urusan dunia atau akhirat hanya datang setiap 5 tahun sekali.
Undilah PAS dan Pakatan Rakyat, marilah bersama-sama dengan dengan rakyat di seluruh Negara ini yang sedang bangkit mahukan perubahan yang lebih baik bersama Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13 ini.
Khususnya di Parlimen Lenggong, Bantulah PAS Kawasan Lenggong dan PKR untuk memenangkan calon-calon bertanding mewakili Pakatan Rakyat melalui kertas undi pada hari Ahad, 5 Mei 2013, bermula 8 pagi hingga 5 petang nanti:
"PAKATAN RAKYAT HARAPAN BARU RAKYAT LENGGONG."
P.055 Parlimen Lenggong : Tn Hj Razman Zakaria (PAS.)
N.04 DUN Kota Tampan : Zahrul Nizam bin Hj Abd Majid (PKR.)
N.03 DUN Kenering : Ust Mohamad Tarmizi bin Abd Hamid (PKR.)
Inilah harapan kami, supaya kami dapat berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah, serta harapan baru umat islam dan seluruh rakyat berbilang kaum dan agama dengan lebih berkebajikan di Parlimen Lenggong ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan