Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 26 Ogos 2012

RAMPAS TANAH: "JANJI DICAPATI" OLEH PEMIMPIN MELAYU UMNO LENGGONG

(Tapak rumah ini diroboh kali pertama pada, 13 Ogos 2012.)
KG. LUAT - "Ibarat Belanda Mintak Tanah." Begitulah pepatah melayu yang layak diberikan kepada YB Lenggong.

Kata pemilik tanah, apabila tapak rumah yang dibina telah dirobohkan oleh pihak penguatkuasa pejabat tanah dan daerah Lenggong, pada 16 ogos lalu. Lihat Video Disini

(Tapak rumah musnah diroboh kali kedua pada 16 Ogos 2012)
Rentetan disebalik  kejadian meroboh tapak rumah yang sedang dalam pembinaan itu, ianya menimbulkan banyak kontroversi diantara pemilik tanah dan pihak berkuasa. Berikutan status tanah pemilik asal (milik kekal) telah ditukarkan kepada tanah rizab kerajaan dalam jumlah yang luas dengan cara yang mengelirukan tuan tanah oleh campurtangan pihak ketiga.

Menurut tuan tanah, kontroversi ini bermula apabila arwah bapanya selaku pemilik tanah, menandatangani surat kebenaran bagi membolehkan kerajaan membina jambatan melintasi sungai Perak dan jalanraya menghubungkan kota Tampan, kg.Luat, kg.Beng dan kg.Chepor.

Menurut tuan tanah, perjanjian asal arwah bapanya sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembinaan jalanraya itu, hanyalah melibatkan sebahagian kecil jalan yang hendak dibina sahaja dan bukan sebahagian besar tanah milik beliau diambil menjadi tanah rizab kerajaan atau rizab jalan.

Tetapi apa yang berlaku selepas itu, 'khadam' atau penghantar surat pejabat tanah dan daerah disini, memanggil arwah bapanya kepejabat untuk menandatangani satu surat dihadapan pegawai daerah yang mengelirukan tuan tanah berkaitan kebenaran mengambil tanah untuk tujuan pembinaan jalanraya itu.

Menurutnya lagi, arwah bapanya yang sudah uzur pada ketika itu, tidak membaca isi kandungan surat perjanjian itu kerana, mengikut perjanjian bersama ketika majlis perundingan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pembinaan jalanraya itu, tuan tanah dengan jelas telah menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil tanahnya (mengikut luas jalan sahaja) dibenarkan diambil pihak bertanggungjawab. Perkara ini telah disahkan oleh bapanya ketika bapanya masih hidup, semua surat serta gambar majlis perundingan dengan jabatan terbabit bersama tuan tanah pada masa itu masih ada dalam simpanan keluarganya.


Rentetan daripada peristiwa itu, campurtangan ahli politik. Wakil rakyat ahli Parlimen 

Lenggong, bermula dengan tiket pembangunan diatas tanah yang menjadi kontroversi ini.


Selepas tamat pembinaan jalan dan jambatan sungai Perak, dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal telah dibina diatas tanah yang tidak dibenarkan oleh tuan tanah. Sebelum pembinaan itu dimulakan, wakil rakyat berasal dari kg.Luat yang juga merupakan saudara-mara kepada waris pemilik tanah yang diambil itu, telah berjanji tidak akan mengambil atau membina apa-apa lagi diatas tanah itu dalam satu pertemuan pembinaan dua buah bangunan dewan dan sebuah padang futsal pada ketika itu.


Perundingan itu dibuat oleh ahli Parlimen dengan tuan tanah berikutan, status tanah berkenaan masih menjadi milik waris yang sah dan tuan tanah masih lagi membayar cukai hasil tanah berdasarkan perjanjian asal iaitu, tanah yang diserahkan kepada pihak kerajaan hanyalah sebahagian kecil untuk pembinaan jalanraya sahaja. Dan tidak melibatkan tanah yang hendak diambil oleh wakil rakyat untuk sebarang tujuan pembangunan.
Dan pada hari ini, wakil rakyat ini semakin ghairah untuk merampas kesemua tanah disepanjang jalanraya ini daripada tangan waris-waris yang berhak. 

Buat kali keduanya, pihak pejabat tanah dan daerah kecil Lenggong meruntuh dan merampas sturuktur tiang tapak rumah pewaris tanah yang sedang dalam pembinaan setelah pihak berkenaan merobohkannya kali pertama pada 13 Ogos lalu.


Inilah usaha terakhir beliau sebagai ahli Parlimen sebelum BN tumpas dan rebah tersungkur disini. 


Setelah tanah-tanah disini di gazetkan sebagai tapak warisan dunia, ada pihak yang sedang mengambil peluang dan mengidamkan prospek keuntungan melalui pembangunan bernilai berjuta-juta ringgit dengan mengenepikan perjanjian asal diatas tanah ini.

Pada hari ini juga rakyat disini dapat menyaksikan kerakusan sebuah kerajaan diwakili seorang wakil rakyat BN yang mendakwa rakyat didahulukan, juara rakyat, sebenarnya ialah pengkhianat rakyat, tidak menepati janji dan tidak dapat membela nasib bangsa dan saudara-maranya sendiri.

Nantikan pendedahan seterusnya bersama bukti-bukti perjanjian diantara kedua-belah pihak mengenai pengambilan tanah yang menjadi kontroversi ini.

Mengapa dibangga tanah ini tapak warisan dunia sedang anak bangsa ditipu, ditindas dan dirampas hak mereka.

Ingatlah tapak warisan Akhirat, yang mana dari tanah kita dijadikan. Kedalam tanah juga kita akan dimasukkan.

Perjanjian ini telah tertulis oleh Malaikat yang sentiasa mencatitkan apa yang telah kita lafaz dan yang telah kita lakukan.

Kata mereka, UMNO/BN pejuang dan pembela melayu. Tapi, sebenarnya UMNO/BN ni sebuah parti penipu orang-orang melayu.

6 ulasan:

  1. Jika tuan tanah berada di pihak benar,usulkan perkara ini di Mahkamah, jangan main tunding jari dan menabur fitnah.Perkara ini tiada kaitan dengan YB mahupun sesiapa,ini adalah tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Kerajaan menjaga Tanah - Tanah Kerajaan. Biarpun kerajaan PAS memerintah ke, Kerajaan DAP memerintah ke, Kerajaan PKR ataupun Kerajaan BN/UMNO,tugas-tugas Pegawai Kerajaan tetap sama sahaja.

    BalasPadam
  2. Kalau orang kata bodoh marah,tapi inilah hakikatnya.Cuba selidiki tanah ini dah selesai bicara kuasa? Tanah ini dah terima pampasan ? duit ada di mana? berapa orang penama? berapa ramai waris dah amek tanah? ada agreement hitam putih ker tanah ni masih hak milik? kenapa tak ajak YDP PAS bawak kes ni ke mahkamah? Kenapa tak tahu beza antara parti dan kerajaan.Macamana kita nak meraih kepercayaan masyarakat kalau benda asas macam ni pun tidak tahu

    BalasPadam
  3. Tunggulah tibanya saat seperti Ayat suci Al Quran: Al Haakumuttakathur zul tumul maqaabiirr.....

    BalasPadam
  4. Orang bodoh disebabkan tak pandai menipu orang, lebih baik drpd orang cerdik yang terlalu kuat menipu dan memperdayakan orang. Perdaya majlis belia untuk dapatkan tempat dalam MBM dulu pun, buat macam tak bersalah jer...... Tunjuk kebun pisang orang perseorangan, bengkel permotoran kononnya projek belia. Tapi sebenarnya kebun dan bengkel tu takdak kena mengena langsung dengan projek belia. Begitulah kalau dah biasa dok buat kerja tipudaya..... Kalau kata cerdik didalam ameno dengan tipudaya, memang betullah. Kalau kata bodoh dan tak pandai kepada orang Pas untuk buat kerja tipudaya, sangat2 lah kami setuju..... Dasar penipu memanglah jenis manusia tak sedar diri tak lama lagi dah nak mati......

    BalasPadam
  5. memang ayah dia kena tipu pun, aku dgr sendiri dr mulut ayah dia masa depa sembang anak beranak...org tua tu ckp org2 pejabat tanah dtg merayu mtk tlg sain , katanya nk ambil utk buat jalan jer...tp sebaliknya.depa tipu...semuanya ada mastermind di balik tabir...x dak fitnah2 dlm soal ni...Azrul Amry oi...dh buat kes tp x lyn sbb cmpurtngn org politik...

    BalasPadam
  6. bodoh dan diperbodoh kan......buat lagi la apa la bodoh sangat .........bukti ada .......masalah campurtangan tu........kalau dipihak yang benar kita campurkaki sekali........yang takutnya....benda tak betul.......sebab tu tak berani.....maklum la puak puak ni berserban pun menipu lagi.......tu yang lebih islam tu

    BalasPadam