Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 18 Januari 2012

KERABAT BERI KESEDARAN KEPADA BEKAS TENTERA.

TAMAN PERPADUAN: 15 Jan2012- Pelancaran Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT), Parlimen Tambun diadakan di dewan komuniti Perpaduan Ulu Kinta dalam satu majlis makan malam dianjurkan NGO itu disini.


Pengerusi KERABAT Perak, Zulkafli Daud, 55, dalam ucapannya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat yang dipercayai dapat membela masa depan bekas angkatan tentera dengan lebih baik, sekiranya agenda Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya dapat direlisasikan, sambil menyeru agar ramai lagi bekas-bekas angkatan tentera menyertai KERABAT yang akan ditubuhkan diseluruh tanahair.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir meraikan majlis tersebut ialah, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Mantan Menteri Besar Perak, Presiden KERABAT Kebangsaan, Lt. Kol (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar, Mantan Speaker DUN Perak, Dato’ S. Sivakumar dan Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj Razman Zakaria.

Terdahulu, Nizar menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang bekas tentera yang telah cacat anggota, Ali bin Mohamad, 59, yang mendakwa tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang berwajib walaupun beliau telah beberapakali memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan.

Dalam majlis yang sama, Nizar turut menyampaikan watikah perlantikan penasihat KERABAT Ng. Perak, kepada Laksamana Pertama (B) Hj Mohd Imran Hj Abd Hamid, yang baru dilantik.

Nizar dalam ucapannya mengucapkan tahniah diatas jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh bekas-bekas perajurit yang pernah berada diperbatasan tanahair, demi untuk menjaga kedaulatan Negara ketika berkhidmat sebagai angkatan tentera.

Pakatan Rakyat memandang berat terhadap kebajikan bekas-bekas tentera yang dilihat telah diabaikan oleh kerajaan selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.

Merujuk kepada kertas ketetapan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972, bekas-bekas angkatan tentera berhak memohon daripada kerajaan negeri, seluas 10 ekar tanah untuk pertanian dan 2 lot tanah untuk tapak rumah apabila bersara, tetapi telah dinafikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab setelah mereka menolak hampir 99 peratus permohonan pesara tentera  untuk mendapatkan hak mereka itu berdasarkan PMAT 1972.

Jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera yang telah mempertahankan kedaulatan setiap inci tanah Negara ini seperti tidak dihargai, pesara tentera menghadapi kesukaran untuk menyambung kehidupan selepas tamat perkhidmatan bagi menanggung keluarga.

Pada hari ini, bekas tentera tidak mendapat apa-apa keistimewaan yang dapat menjamin masa depan seperti dianugerahkan sebidang tanah untuk diusahakan bersama keluarga, Pakatan Rakyat melihat keadaan ini dari aspek pengorbanan yang telah dicurahkan angkatan tentera.  Oleh kerana tidak ada cara lain terpaksalah mereka terus bekerja dipondok-pondok pengawal keselamatan dengan pendapatan yang kecil untuk menyara keluarga.

Atas kesedaran ini, Pakatan Rakyat telah berjanji akan memberikan ganjaran yang setimpal dalam urusan hal-ehwal  kebajikan pesara-pesara tentera sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai pemerintahan diputrajaya.

Menurut Nizar, seluruh bekas angkatan tentera di tanahair mesti bijak menilai tawaran Pakatan Rakyat bagi menjaga kebajikan yang telah diabaikan oleh pihak-pihak yang berwajib. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya bekas angkatan tentera membuat perubahan demi untuk menyelamatkan Negara melalui peti undi dengan menyokong  Pakatan Rakyat pada pilhanraya umum yang akan datang.


Tumbangkan Umno-Bn!!! 

7 ulasan:

  1. Pasai sokong PAS rasanya bekas tentra tak ada masalah. Tp maslahnya sokong DAP sekali itu yang tak berapa gemor tu. Masa kami masok hutan dulu, depe tu lah komunih yg dok lawan kami. Kalau dah rope itu aamflah ye.

    BalasPadam
  2. sebetul nya bekasx ini menganggap DAP itu kominis, kan dah txada dah sekarang kita berjuang utuk hidup,pemimpin berebutx rompak khazanah negara bekasx asikx kominis..... kau fikir lah sendiri.

    BalasPadam
  3. saya juga berminat nak jadi ahli barkat lah cam mana ni, baru ada suara untuk menyalurkan pendangan,asyik PBTM, presiden nya kaya Raya, kalu tolong bekas pun macam beri sedekah aja, bukan nak syer dan cari peluang untuk ahli berniaga.

    BalasPadam
  4. Kalau Sokong Najib Lagi Teruk Bosss!!! Sebab Najib Dah berbesan Dengan Pemimpin Negara Komunis.... DAP Bukan Komunis Seperti Didakwa Umno Pimpinan Najib. Buktinya DAP Parti Politik Berdaftar. KAmi Rasa, kalau MCA jadi Pembangkang Umno, MCA juga turut dituduh Komunis. Jahat Umno ni..... Paling Jahat Dibumi selepas Israel Sebab tu Najib Upah Yahudi APCO jadi penasihat. Udah le tu yop! jangan mike dok sokong lagi Umno Tu! Deme ni dok perbodohkan orang-orang yang cerdik macam yop ni..........

    BalasPadam
  5. sejak bila pulak DAP tu komunis? habis MCA kire mcmana pulak?

    BalasPadam
  6. melayu kini kian racist la.. asal cina je komunis.. dgr sangat dalam tv tu.. brite berat sebelah.. DAP Penang bagi bantuan kepada agama ISLAM TERBANYAK di Malaysia. 64juta setaun. negeri sembilan bagi 24juta je, MB orang Islam. nak tanye sikit, perak pulak brape peruntukan untuk agama? yg dituduh komunis tu la yg bagi peruntukan terbanyak. Shame on us muslims. typical!

    BalasPadam
  7. Dulu, kita berjuang dalam tentera. Lepas tu, orang awam lain yang nakkan kuasa/pengaruh/kedudukan. Jasa tentera dilupakan. Berbagai kecaman pula yang bekas tentera terima dari orang awam.Peranan tentera semasa insurgensi diperkeciklan, lalu bekas tentera kecewa. Yang nakkan keduniaan tadi, memang depa dapat, tapi korup pula. Rasuah sana-sini, tipu sana-sini.

    BalasPadam