JALAN DUTA-9 Jan 2012: Gelombang kebangkitan rakyat menolak kezaliman kini semakin membara. Pembebasan DS Anwar Ibrahim sedikit sebanyak telah melegakan rakyat Malaysia.
Tn Hj Razman berpendapat, keputusan mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim berkait rapat dengan tekanan politik yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) terhadap fitnah jahat tajaan Umno yang bertujuan untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap PR.
Kerajaan Umno-Bn pada ketika ini sedang terhimpit dengan berbagai isu yang akan menjerat mereka sendiri berikutan gelombang kebangkitan rakyat pada masa ini.
Kerajaan Umno-Bn pada ketika ini tidak mampu lagi bertahan dengan bebanan isu-isu besar yang melibatkan SPR, Laporan Audit Negara, penyelewengan dana awam melibatkan menteri-menteri Umno-Bn yang dipercayai boleh menjatuhkan kerajaan Umno-Bn pada PRU-13 akan datang.
Kerajaan Umno-Bn pada ketika ini tidak mampu lagi bertahan dengan bebanan isu-isu besar yang melibatkan SPR, Laporan Audit Negara, penyelewengan dana awam melibatkan menteri-menteri Umno-Bn yang dipercayai boleh menjatuhkan kerajaan Umno-Bn pada PRU-13 akan datang.
"Walau apa saja keputusan dibuat, Najib tetap menghadapi tekanan. Jika DS Anwar dipenjarakan, beliau akan berhadapan dengan rakyat secara terus melalui himpunan dijalanraya.
Apabila membebaskan DS Anwar, dia juga akan menerima tekanan daripada Dr. Mahathir yang masih lagi menghantui hidupnya."
Tetapi apakan daya, Inilah yang terpaksa dilakukannya setelah dia melihat kebangkitan dan kemarahan rakyat sudah tidak dapat dibendung, ekoran isu-isu besar yang sedang menghentam pentadbiran kerajaan pimpinannya waktu ini.
Yang ada hanyalah bayangan pengganti Najib, kerana dia gagal menyempurnakan hasrat 'mentor'nya. Siapakah yang layak? Muhyiddin? Hishamuddin?.... Mukhriz?.... Nantikan....!!!
Kembali kepada kebangkitan rakyat yang tidak akan reda angkara gila kuasa kerajaan Umno-Bn.
Buktinya, pada hari ini, ribuan rakyat telah menjadi hakim apabila menolak segala fitnah dimainkan oleh pihak kerajaan Umno-Bn untuk menjatuhkan PR yang akhirnya, rakyat sendiri menzahirkan kuasa mereka menolak konspirasi jahat Umno-Bn melalui jalanraya sebagai tanda protes mereka terhadap kezaliman dilakukan kerajaan Umno-Bn.
Jangan fikir rakyat akan berhenti dari bertindak selagi keadilan dan kebenaran tidak ditegakkan oleh Umno-Bn.
Rakyat sudah tidak mahu Umno-Bn!!! Rakyat sudah menyampah!!!... Kerana Umno Melayu Dihina di Negeri Sendiri!!!... Kerana Umno Melayu Terhina Dimata Dunia!!!... Kerana Umno Melayu Merana!!!... Kerana Umno Melayu Merempat!!!... Kerana Umno Melayu Tersesat!!!... Kerana Umno Undang-undang Islam Tersekat...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan