Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 6 Mei 2011

JAWAPAN DARI FELCRA BERHUBUNG DENGAN MEMORANDOM YANG DISERAHKAN OLEH BAPA DI PARLIMEN

       Baru baru ini Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) yang dipengerusikan oleh YDP PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria telah membawa rombongan peserta Felcra dari Nasaruddin (Belia), Seberang Perak dan Changkat Lada ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum tuntutan kepada menteri yang berkenaan dan memorandom ini berjaya diserahkan kepada Dato' Hassan Malik, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan beliau juga berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.
       Pihak pengurusan BAPA juga telah menerima surat dari Pengurusan Felcra seperti gambar di sebelah yang menyatakan akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dengan 3 memorandum tersebut.
       Setelah membuat beberapa pertemuan dengan peserta Felcra ini, didapati beberapa tuntutan yang dibuat oleh peserta telah di penuhi oleh Felcra seperti memberi salinan perjanjian dan sebagainya di Felcra Nasaruddin (Belia). Namun di Seberang Perak lain pulak ceritanya. Tuntutan peserta tidak di layan, pekerja yang dikatakan terlibat dengan rombongan ke parlimen ini dipecat tanpa sebarang notis. Ini menunjukaan kebongkakan pengerusan Felcra di Pasir Salak yang dipercayai membuat keputusan ini atas pengaruh Pengerusi Felcra yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Rahman.
       Apa pun yang terjadi dan tindakan yang telah diambil, tahniah diucapkan kepada peserta Felcra Nasaruddin (Belia), Seberang Perak dan Changkat Lada kerana keberanian mereka menuntut keadilan dan hak mereka. Pihak BAPA tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan hanya membantu khususnya orang - orang melayu yang ditindas oleh Felcra.
       Tahniah juga diucapkan kepada Felcra kerana berjaya mengambil tindakan sewajarnya dan memberi kerjasama yang baik dengan pihak BAPA. Kerjasama ini memang diharapkan demi memperbaiki serta membela nasib orang melayu sepertimana objektif penubuhan Felcra itu sendiri.
        Kepada peserta Felcra, bangunlah bersama-sama menuntut hak sebagai peserta, tidak ada apa yang perlu ditakuti, kerana hak sebagai peserta ialah sebagai tuan tanah dan Felcra sebagai penyewa. Dan sebagai penyewa, Felcra tiada hak membuat keputusan sewenagnya. Hak peserta mesti dibela.
        Apa kepentingan wakil rakyat yang selama ini hanya membela Felcra, menyatakan apa sahaja yang dibuat oleh Felcra semuanya betul sedangkan tugas mereka membela nasib rakyat bukan membela syarikat koperat seperti Felcra ini. BAPA sedia membantu dan membela nasib peserta Felcra ini.

6 ulasan:

  1. tahniah kepada YDP kerana berjaya membela nasib orang melayu.. bkn macam samsul, bela felcra sebab dapat lembu.. memang betul la orang gelar dia YB Lembu

    BalasPadam
  2. sokong PAS melayu terbela..sokong umno kroni lembu terbela

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. x baik bergaduh sesama Islam .saling mengat ,saling menghina, jgn lah buat dosa dengan mengkafirkan kaum sendiri . buat kerja dan buat jasa tu biarlah ikhlas , jgn sampai 1 hari nanti membenarkan cina DAP memimpin negara kita . jgn disebabkan politik hubungan sesama saudara Islam terjejas . MALAYSIA untuk melayu !!!!!!!!!!!!!!!! hidup melayu !!!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. x baik bergaduh sesama Islam .saling mengata ,saling menghina, jgn lah buat dosa dengan mengkafirkan saudara Islam sendiri . buat kerja dan buat jasa tu biarlah ikhlas , jgn sampai 1 hari nanti membenarkan cina DAP memimpin negara kita . jgn disebabkan politik hubungan sesama saudara Islam terjejas . MALAYSIA untuk melayu !!!!!!!!!!!!!!!! hidup melayu !!!!!!!!!!

    BalasPadam