Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 18 Mac 2011

CERAMAH ISU SEMASA: Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar.

(Ust. Hakim Alimin)
KAMPUNG MALAU GERIK- 17 Mac: Ceramah isu semasa yang disampaikan oleh Ust. Hakim Alimin Exco DPPN Perak, Hj Razman Zakaria, YDP PAS Kawasan Lenggong dan Dato' Mahfuz Omar yang dihadiri kira-kira lebih 1,500 (seribu lima ratus) orang memberi petunjuk baik kepada PAS, berikutan penerimaan masyarakat disitu yang mahu mendapatkan maklumat sebenar, setelah media arus perdana sering memutarbelitkan fakta-fakta isu semasa yang dimainkan oleh kerajaan melalui radio dan televisyen.

Bermula dengan tazkirah oleh Ust, Hakim Alimin, yang mengajak masyarakat pengundi lebih bijak menilai pemimpin-pemimpin yang bakal mereka pilih pada PRU-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa daripada sekarang.

Melihat keadaan daerah Hulu Perak yang masih jauh ketinggalan dibawah pimpinan UMNO-BN, kata Ust. Hakim, "seharusnya masyarakat pengundi harus menolak kerajaan yang ada sekarang kerana, rakyat dapat melihat sendiri kekayaan yang dikaut oleh wakil-wakil rakyat semakin tidak dapat dibendung lagi, sementara rakyat terus dibiarkan melarat mengharapkan bantuan-bantuan dari kerajaan yang tidak seberapa nilainya, berbanding dengan kekayaan yang dikaut oleh wakil-wakil rakyat UMNO-BN inilah masalahnya apabila  rakyat terus memberi undi kepada mereka (UMNO-BN)". Jelas beliau yang terkejut, apabila melihat penipuan wakil rakyat mengenai 'Lembu Korban yang diambil melalui FELCRA Berhad.'

Hj Razman Zakaria, menambah semasa ucapan beliau "kekayaan yang dikaut oleh pemimpin UMNO jelas dapat dilihat setelah mereka semua dilantik oleh pengundi-pengundi sebagai wakil rakyat. Masyarakat pengundi boleh melihat sendiri sebelum mereka semua menjadi wakil rakyat UMNO dan selepas mereka menjadi wakil rakyat. Sebelum jadi Yang Berhormat, mereka tidak ada kereta mewah ataupun syarikat-syarikat tetapi, setelah menjadi wakil rakyat, mereka semua telah menjadi tauke syarikat bas, yang menggabungkan nama suami isteri, ini rakyat boleh nampak dengan jelas diatas jalan-jalan raya di seluruh negeri di Malaysia, wakil rakyat UMNO ada memiliki syarikat-syarikat teksi dan banyak lagi yang akan didedahkan selepas ini." 

(Sudah Terang, Lagi Bersuluh)
Katanya lagi, "rakyat mesti atau wajib menukar kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang ini, demi untuk mencegah dari sebarang bentuk kezaliman, penyelewengan, penipuan dan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh pemerintah pada masa ini, seperti contoh diantaranya ialah, isu ANCAK-TIANG SERI yang telah difatwakan sebagai KHURAFAT oleh mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang pada satu ketika memfatwakan menaikkan tiang seri adalah KHURAFAT dan HARAM, tetapi setelah dinafikan dengan penipuan oleh Dato' Seri Zambry Kadir, mufti Perak telah mengatakan perbuatan Zambry itu tidak Khurafat atau Tidak Haram." (klik disini:http://www.youtube.com/watch?v=iCqcRNZy4fo ) 

(Terima Sijil: Wakil Cawangan Kg. Air Panas)
"Jadi, dimana lagi tempat rakyat membuat sebarang rujukan mengenai permasalahan Agama, sekiranya pemimpin tertinggi Agama yang berada di Negeri ini sekarang lebih berpihak menjaga kepentingan politik kerajaan UMNO-BN, daripada menjaga kesucian Agama Islam yang dianuti oleh semua umat Islam itu sendiri?"
(Terima Sijil: Wakil PAS Cawangan RPA Gua Badak)
(Terima Sijil : Wakil PAS Cawangan Kg. Tg. Rambai)
Jelas Hj. Razman lagi, sekiranya masyarakat pengundi tetap tidak mahu membuat perubahan dan terus mahu  mengundi UMNO-BN pada PRU-13 ini nanti setelah diberikan maklumat tentang betapa teruknya pemerintahan UMNO-BN selama ini, maka sepatutnya masyarakat pengundi perlu menjadi lebih bijak untuk turut mengikuti jejak langkah pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang sememangnya mahukan keuntungan selama berada didalam parti UMNO-BN. Para penyokong dapat apa?. Oleh itu, sangat wajarlah sekiranya penyokong-penyokong UMNO-BN khususnya, menuntut sejumlah RM30 ribu, untuk satu undi kepada BN. 

Jika tidak, usahlah mengundi UMNO-BN kerana, gaji dan kekayaan yang ada pada wakil rakyat UMNO-BN sehingga hari ini adalah hasil daripada undi yang diberikan oleh penyokong-penyokong UMNO-BN itu sendiri. Adalah tidak wajar sekiranya para penyokong-penyokong UMNO-BN hanya dibiarkan untuk menagih bantuan yang tidak seberapa nilainya dari pada kerajaan UMNO-BN melalui surat sokongan wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung yang belum tentu dapat atau tidak diberi kepada semua  penyokong-penyokong UMNO-BN. Sedangkan ketua Kampung telah menerima habuan sebanyak RM9,600 setahun untuk mempengaruhi penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi supaya terus menyokong UMNO-BN. Jadi, bertindaklah dengan cara yang bijak bagi menghukum pemimpin-pemimpin UMNO yang memang mudah lupa jasa penyokong-penyokong mereka sendiri.
 
Mengakhiri ceramah beliau, Hj. Razman menyeru kepada semua yang hadir supaya boleh menyampaikan segala maklumat yang telah disampaikan oleh semua penceramah pada malam ini kepada saudara mara ataupun sahabat handai yang tidak hadir supaya menjadi bahan bualan umum disemua tempat, supaya masyarakat pengundi dapat mengetahui isi kandungan maklumat yang disampai didalam setiap ceramah yang diadakan dikawasan Lenggong disetiap masa.

Penceramah utama Dato' Mahfuz Omar pula memberi maklumat mengenai saman ekor yang sebenarnya mengkayakan kroni-kroni UMNO-BN. Menurut beliau, kerajaan sekarang sedang dalam proses menswastakan saman ekor kepada sebuah syarikat yang akan mengendalikan kes-kes saman yang membebankan rakyat sekiranya ia dilaksanakan kelak dengan berbagai bebanan sebaik sahaja ia dilaksanakan. Menurutnya, kerajaan yang ada sekarang sedang rancak mencari keuntungan yang dapat memenuhi kantung UMNO-BN walaupun mereka terpaksa memijak kepala rakyat yang memberi sokongan kepada UMNO-BN.

Turut dimaklumkan kepada semua masyarakat, tidak mengira latarbelakang parti politik di Kawasan Parlimen Lenggong bahawa, Pakatan Rakyat akan menyediakan perkhidmatan percuma untuk membawa kes-kes saman ekor ke mahkamah melalui Firma Tetuan Awi & Co. Yang akan bertindak sebagai penyelaras kepada tindakan ini. Sebarang maklumat, sila hubungi: 05-527 1881 & 05-527 1242. 

Dato' Mahfuz juga telah berkesempatan menyerahkan 150 sijil dan kad keahlian, (Ahli Baru) kepada tiga wakil cawangan iaitu PAS Cawangan Tg. Rambai, Gerik, PAS Cawangan Kg. Air Panas Gerik dan PAS Cawangan RPA Gua Badak, Lenggong  


2 ulasan:

  1. semoga Allah membuka hati dan pemikiran masyarakat lenggong n gerik agar mengundi pemimpin yg benar2 ikhlas utk berkhidmat utk rakyat,agar segala permasalahan rakyat dpt diusulkn d sidang dun n sidang parlimen...oleh i2,undilah calon2 wakil rakyat PAS tok pilihan raya akan dtg!!!ubah skrg...selamtakn malaysia...

    BalasPadam
  2. Gambling in the Casino 888: No deposit bonus casino - Air
    Gambling in the Casino 888: No deposit air jordan 18 retro red suede sale bonus 일본 야구 분석 사이트 casino. Gambling in the Casino what is the best air jordan 18 retro 888: No deposit how can i get air jordan 18 retro varsity red bonus casino. Gambling in the Casino jordan 18 white royal blue great site 888: No deposit bonus casino. Gambling in the Casino 888: No

    BalasPadam