Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 3 Mac 2011

Peranan Pengerusi BAPA di Kerdau.

Kerdau,28 Feb- Hj. Razman Zakaria, selaku pengerusi Badan Bertindak Felcra Kebangsaan dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada masyarakat pengundi di Rancangan Felcra (PPSK) Rumpun Makmur.

Bertindak sebagai pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan, beliau memberi faham kepada semua masyarakat Felcra mengenai hak-hak yang sepatutnya diberikan oleh FELCRA kepada peneroka.

Berikutan luahan ketidakpuasan hati peneroka dengan pemberian saham yang tidak diketahui jumlah sebenar pembahagiaannya. Dan geran tanah tidak diserahkan kepada peneroka setelah peneroka menjelaskan hutang-hutang yang tidak dinyatakan dengan jelas. Lebih malang lagi, peneroka Felcra Rumpun Makmur sendiri tidak mengetahui dimanakah lokasi lot-lot tanah mereka berada.

Berikutan itu, Hj. Razman telah memberikan penerangan supaya perkara ini dapat di ajukan kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab didalam FELCRA bagi membela nasib peneroka yang mendakwa mereka ditindas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan