Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 25 Januari 2011

PEMIMPIN UMNO-BN MERATAH, PESERTA FELCRA MAKAN KUAH.


LENGGONG- Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kelibat Dato' Saarani begitu ligat menampilkan diri menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin di Kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Tampan dalam Program Bantuan Rumah (PBR) dan di Wakill Rakyat seluruh Negeri Perak juga tidak ketinggalan menyampaikan bantuan yang sama. Ternyata UMNO telah menggunakan wang Felcra untuk kepentingan politik BN kerana program ini dilaksanakan oleh kerajaan BN dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  sedangkan modalnya dikeluarkan oleh FELCRA sebagai agensi pelaksana bagi program itu.

Dari manakah jumlah RM21 juta  untuk PBR diseluruh negeri ini diperolehi? Kenapa bukan agensi kerajaan lain yang menjadi badan pelaksana program tersebut? Atau serahkan sahaja kepada RISDA sebagai badan pelaksana Program Bantuan Rumah tersebut? Mengapa Felcra yang dipertanggunngjawabkan? Mengapa pendapatan kadar dividen peserta-peserta Felcra masih terlalu rendah? 

Kalau nak beri bantuan, berilah juga kepada tuan tanah atau peserta-peserta dulu, jangan jadikan Felcra sebagai hak UMNO-BN. Konon nak tunjuk kerajaan baik, tetapi tidak peduli dengan pemilik tanah yang masih lagi berada dibawah paras kemiskinan. Keluarkan dulu peserta-peserta Felcra dari belenggu kemiskinan.

Tuan tanah beri tanah kepada Felcra untuk diusahakan, supaya apabila hasilnya dapat keuntungan maka, tuan tanah dapatlah rasa peningkatan taraf ekonomi mereka. Tetapi malangnya, jumlah hasil yang diterima oleh tuan tanah tidak setimpal jika dibandingkan dengan hasil yang diperolehi penerima-penerima bantuan PPRT, PBR, bantuan bulanan,dsb. Jadi, dimanakah Misi dan Visi Felcra yang telah digariskan kepada peserta-peserta Felcra untuk meningkatkan taraf hidup mereka selama ini?

Dato' Saarani memandang beban kemiskinan yang ditanggung oleh rakyat kerana masalah sikap masyarakat yang "malas" berusaha, tetapi tidak melihat kegagalan pemimpin-pemimpin UMNO menaikkan taraf hidup rakyat yang terang-terangan dilihat menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa, Kalau Ahli Parlimen gunakan wang Felcra untuk dapatkan "Lembu Korban" maka peserta-peserta Felcra duhulu yang berkorban atau  terkorban. (Bukan wakil rakyat yang berkorban beli LEMBU KORBAN tetapi, peserta FELCRA DIKORBANKAN supaya Ahli Parlimen Lenggong dapat 5 ekor LEMBU KORBAN) - Teruk sungguh pemimpin UMNO buat kerja, harta banyak kerana sikap rajin mereka...... Jadi berilah daging lembu korban "Sekati Dua" kepada rakyat miskin yang mempunyai sikap malas berusaha........(Begitu ke Dato' Shaarani???) Yang ini, Ahli Parlimen Lenggong dan ADUN Kota Tampan kenalah jawab dengan segera......

Disini, jelaslah kepada rakyat bahawa Felcra dijadikan satu agensi untuk menyambung survival politik UMNO oleh kerajaan BN setelah pemilihan untuk mendapat sebarang bantuan yang disalurkan melalui Felcra diambil daripada cadangan atau maklumat yang dikemukakan oleh wakil rakyat, penghulu dan ketua Kampung menurut kenyataan Dato' Saarani. 

Rakyat diseluruh pelusuk kampung dikawasan Lenggong dan di Pasir Salak, telahpun memahami apa yang sebenarnya berlaku didalam agensi Felcra mengenai penyelewengan-penyelewengan yang  dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN menerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) yang di Pengerusikan oleh Tuan Hj. Razman Zakaria.

4 ulasan:

  1. Minta YB Saarani (Exco Perladangan) arahkan segera pej. Wilayah Felcra Berhad siasat penipuan pejabat timbang keluar hasil sawit dari ladang Gugusan Chepor secepat mungkin. juga, siasat para pegawai ladang yang bertanggungjawab menguruskannya. Pegawai dan Mandor tidak masuk ladang.Pemimpin UMNO dan Kroni-kroni ladang sedang ligat mencuri dengan cara yang terhormat.....

    BalasPadam
  2. Ya, siasat segera kiraan jumlah tan di pejabat timbang dan kiraan jumlah tan di kilang. Pegawai ladang asyik berkeliaran di pekan lenggong. Mandor pulak masuk kerja lambat, balik kerja awal, bayak hasil di pokok tidak dituai, makan gaji buta je..... Akhirnya peserta-peserta Felcra dapat dividen sikit. Peserta Felcra Bayar gaji pegawai suruh buat kerja untuk dapat dividen lebih, bukan makan gaji sesuka hati....

    BalasPadam
  3. Pelik betul la Yb Umno ni.. bila pembangkang nak bela peserta Felcra yang terang-terang ditindas, kata Pembangkang nk cari modal politik kosong... Weh Yb Mangkuk hayun... tak payah la dok bela Felcra tu.. tengok la nasib orang kg ni mcm mn... yang dok bela Felcra tu psasal apa??? ada share kot....

    BalasPadam
  4. Guna duit Felcra, BN dapat nama.....

    BalasPadam