Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Isnin, 10 Januari 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN: Tiada Lagi Bantuan Kepada Murid-Murid Sekolah

(Bukti surat makluman)

Lenggong- "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" apabila ibubapa pelajar-pelajar disekitar daerah Lenggong, Perak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap makluman surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah mengenai penarikan bantuan (KWAMP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan kelas Baucer Tuisyen (SBT) pada tahun 2011.

Difahamkan bahawa terdapat juga kesemua murid-murid sekolah ini tidak layak lagi untuk menerima semua bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), termasuk bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan Kelas Baucer Tuisyen (SBT).

Menurut maklumat, surat yang dikeluarkan itu juga menjelaskan bahawa pihak Sekolah dan Pejabat Pelajaran tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan murid yang layak untuk mendapat sebarang bantuan persekolahan. Sekiranya senarai murid yang layak mendapat bantuan ia adalah ditentukan sendiri oleh pihak ICU-(Sebuah badan dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.)

Disini penulis turut melahirkan rasa dukacita dan perihatin terhadap tanggungan ibubapa yang semakin berat untuk menyediakan bekalan makanan dari rumah atau wang perbelanjaan harian yang secukupnya kepada kepada anak-anak atau jagaan masing-masing setiap hari untuk meneruskan persekolahan. Yang mana, boleh dianggarkan kesemua penduduk kampung-kampung di daerah Lenggong masih lagi berada pada tahap pendapatan RM1000.00 sebulan kebawah atau dikategorikan sebagai penduduk miskin.
(Gambar ini sekadar hiasan)
Bagaimanakah keputusan memberhentikan bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta Kelas Baucer Tuisyen kepada murid-murid miskin ini terjadi?...

Berbagai persoalan timbul apabila bantuan ini tidak layak lagi diberikan kepada semua murid-murid Sekolah  pada tahun ini. Bagaimanakah keputusan tersebut di nilai???... Adakah ketua Kampung atau Penghulu atau ADUN ataupun Ahli Parlimen telah pasti dan yakin bahawa kesemua penduduk-penduduk kampung di daerah Lenggong kini telahpun terkeluar daripada senarai penduduk rakyat termiskin di negeri Perak sehingga terdapat di beberapa buah Sekolah tiada seorang pun pelajar yang layak untuk menerima bantuan tersebut???....

(Gambar ini sekadar hiasan)
Amat malang jika kesemua bantuan ini tidak layak diberikan kepada murid-murid luar bandar,sepatutnya pelajar luar bandar lebih layak menerimanya atau didahulukan supaya mereka dapat mengecapi kemajuan negara setelah lebih 50 tahun negara Merdeka. Pelajar yang tinggal dibandar sangat mudah mendapatkan kelas-kelas tambahan, sedangkan pelajar yang tinggal di sekitar pekan kecil Lenggong selama ini sangat jauh ketinggalan atau terkebelakang.

Ataupun mungkin akan berlaku sesuatu yang lebih mencurigakan apabila keputusan layak atau tidak pelajar mendapat bantuan ini hanya ditentukan sendiri oleh  pihak ICU iaitu sebuah badan dibawah Jabatan Perdana Menteri melalui e-kasih.

(Gambar ini sekadar hiasan)
Jika benar kerajaan mahu tolong rakyat miskin maka akan bertambah lah bilangan penerima bantuan tersebut, jika berkurangan atau tiada langsung bantuan diterima maka jelaslah pembohongan kerajaan dengan berbagai slogan yang di laung-laungkan seperti, Program Tranformasi ekonomi Negara khasnya bagi membantu rakyat keluar dari beban kemiskinan.

Penulis sedang menantikan maklumat pendaftaran e-kasih yang sedang ligat dilakukan oleh ketua-ketua  kampung bersama kameranya yang berkelip-kelip di sekitar rumah-rumah penduduk mesra BN sahaja, diharapkan e-kasih tidak terus menjadi p-kasih (pilih kasih) seperti yang lazimnya terjadi.

Perlu di ingatkan supaya berlaku adil kepada semua tanpa mengambil kira latarbelakang politik ibubapa yang kesemuanya masih berada dalam kemiskinan, jangan malu menyatakannya ketika bermesyuarat bersama penghulu mukim. Terimalah kenyataan bahawa ibubapa pelajar-pelajar memerlukan bantuan persekolahan untuk masa depan anak-anak mereka, kembalikan hak yang sepatutnya mereka terima.

Jika e-kasih menjadi umpan BN pada pilihanraya yang semakin hampir, rakyat sudah cerdik dan tidak mahu lagi tertipu seperti janji BN pada pilihanraya yang lalu....... Kononnya yuran di mansuhkan, tetapi rakyat kena bayar bermacam-macam bayaran yang sangat mengelirukan....... Nantikan selepas ini keputusannya e-kasih atau p-kasih (pilih kasih)..........

Adakah dengan logo begini atau cara demikian kerajaan dapat membantu rakyat????? 





9 ulasan:

  1. kisah benar 4 adik beradik di sebuah sekolah di lenggong tahun lepas 4 adik beradik semua dapat RMT. tahun ni abang je dapat. adik-adik tengok terliur je abang dapat makan. kesian!Mereka ni ibu ayah bercerai duduk dengan keluarga angkat berlainan.Sekolah mereka daripada beratus nama yang hantar hanya 10 je lulus oleh e-kasih....daripada 10 4 dah pindah/tak sekolah tinggal 6 je RMT di sekolah tu...apa nak jadi ni!SBT pun takde.kelas tuisyen jauh dari lenggong...kos tambang bas le jawapnya!!! Shamsul tolong perhatikan hal ni!!!

    BalasPadam
  2. Ketua kampung JKKP antara panel penting sepatutnya mengisi e-kasih.pastu ada jkkp tak buat kerja goyang kaki serah tugas diorang kepada cikgu2 untuk buat kerja depa...Hei mana pi elaun korang yang dah naik ni!Mula lah bagi alasan tak tak pandai nak guna internet. kalau tak pandai dan malas serah je kat orang lain tugas atau letak jawatan!semua tarik subsidi pastu bagi kononnya rasional ada keluarga pakai astro la macam-macam.memang la kat lenggong nih payah dapat line.Begitahu je alasan sebenar yang BN nak guna banyak duit untuk PRU 13!

    BalasPadam
  3. Kalau dah nama nyer PAS PIS PUS sebab tu lah bodoh.Ada pulak JKKKP lagi dalam Perak.JKKK lah.Baca dulu tugas JKKK tu apa.Sekadar mencadangkan.Yang uruskan memang pihak sekolah dalam mengisi borang tu.Semua jabatan kerajaan pakai sistem E-Kasih bagi pembasmian kemiskinan.Kalau bodoh bertanya.Sebab tu bila Allah tarik balik kuasa korang memerintah korang bising,walhal korang lupa,korang bodoh

    BalasPadam
  4. Bersyukur dan terima kasih pada kerajaan taknak bantuan NAK! malu wei.memang org PAS camtu erk? pengemis!

    BalasPadam
  5. KAH....KAH...KAH..... Apa la punya teruk orang-orang UMNO kat Lenggong nih...... ingat kan mentaliti kelas pertama..... rupa2nya.... kelas pertama dari bawah.... woit..... mana peginya bajet untuk Kementerian Pelajaran kepada pelajar2, apa, ingat belanjawan tu, bapak UMNO punya ke? tu sebab tu la ketua kampung kena isi untuk P-Kasih. Woit.... Bersyukur hanya pada ALLAH je, Bukan PADA UMNgok.

    Terima bersyarat, apa ingat kebulur ke duit bantuan tu..... kami ni dok kesian pada anak-anak orang UMngok ada yang sepatutnya dapat tapi tak dapat. Terimalah hakikat sebenarnya. Jangan jadi ayam daging, diberi makanan untuk disembelih je. UMNgok ni... Stuktur kelas pertama, mentaliti kelas ketiga.....

    BalasPadam
  6. Tu la..... Kalau dah kerajaan Haram, Jangan dak jadikan Halal. Yang haram takkan jadi halal...... UMNgok Perak tetap Haram, jadi JKKK untuk kerajaan yang SAH. Yang Haram dipanggil JKKP.... teruk punya mentaliti UMNgok........

    BalasPadam
  7. Sebelum membodohkan orang tolong jawab soalan ni, adakah tugas cikgu sekolah untuk kenalpasti siapa di kalangan penduduk sesuatu kawasan/ kampung tu layak dapat terima bantuan? daftar e-kasih bukan untuk yang bersekolah saja.Yang tak bersekolah dan habis sekolah?takde termaktub dalam pekeliling cikgu yang tolong isi online e-kasih ni!Banyak lagi tugas cikgu!Sapa yang lebih kenal tentang penduduk kampung sendiri kalau tak ketua kampung?Hei , ke ketua kampung tak kenal langsung ahli qaryah kampung dia?Kerja UMNO memang memperbodoh2kan rakyat!!

    BalasPadam
  8. Nak bersyukur kepada BN yang nak buka hub malam?!Tolong la sikit,bantuan tu memang tugas kerajaan!bagi pada tak kira sesiapa .hei kerajaan BN yang Terlalu Berkira! pasal untuk rakyat nak kena ada makmal rasionalisasi subsidilah, itu la inilah . eh tapi bagi kat Rosmah, eh hem tiap tahun ratusan juta!

    BalasPadam
  9. Dah tak da arah dah Penyokong tegar UMNgok ni..... Nak berhujah tak pandai, tapi tetap nak menegakkan benang yang basah....... para penyokong PAS selama ni bukan kemaruk bantuan kerajaan yang di peruntukkan, dah tahu sangat ketidak adilan ketua Kampung UMNgok. Tapi dah jadi tahap macam sekarang, rasa kesian bertambah-tambah kepada penyokong tegar OMNgok, tak boleh dah sokong UMNO. Sokonglah macamana sekalipun.... nantikan selepas ini.... Nak tutup kes bantuan sekolah, OMNgok akan masuk semua Kampung beri Hamper dsb. UMNgok tetap nak tunjuk kebaikan mereka kepada rakyat......

    BalasPadam