Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 7 Januari 2011

BANTUAN 'BACK TO SCHOOL' DI KAMPUNG KG. CHEPOR

(Bergambar setelah mendapat saiz yang sesuai: jom ke sekolah...!!!)
(Bergambar bersama Ust. Haris, Pengerusi Jawatankuasa Surau Kariah Bukit Belapit Kg. Chepor.)
 Alhamdulillah, bantuan untuk meringankan bebanan kemiskinan ibubapa dan ibu tunggal pelajar-pelajar miskin  meneruskan pelajaran ke sekolah telah selesai disempurnakan bagi tahun 2010 dan disambut dengan rasa syukur oleh penduduk Kampung Chepor Lenggong, Perak.

(Gembira dan bersemangat untuk ke Sekolah.)
Seramai 20 orang pelajar di senaraikan sebagai penerima bantuan pada kali ini, begitu gembira menerima sepasang pakaian seragam sekolah bagi pelajar lelaki/perempuan dilengkapi, sepasang kasut, stoking, beg sekolah dan alatulis untuk meneruskan persekolahan di sekolah menengah dan sekolah rendah pada tahun ini.

Dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Kariah Bukit Belapit Kg. Chepor, bantuan ini disasarkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mempunyai bilangan anak-anak yang ramai memasuki kelas persekolahan supaya dapat meringankan tanggungan dan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa sekarang, dan Insya Allah program ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

(Janji nak belajar bersungguh-sungguh.)
Bantuan diberikan adalah hasil wang zakat yang telah diberikan oleh "hamba Allah" supaya disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak untuk menerimanya tanpa mengira latar belakang politik ibubapa mereka. Insya Allah, pada tahun yang akan datang bantuan ini akan diberikan pula kepada pelajar-pelajar yang belum pernah menerima bantuan sebelum ini.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program bantuan 'Back to School 2010' Kampung Chepor Lenggong Perak pada kali ini.
(Senarai penerima bantuan 'BTS 2010'.)




 

6 ulasan:

  1. Ketika kerajaan sedang memutuskan bantuan persekolahan, maka rezeki dari Allah sampai kepada yang memerlukan melalui tanggan-tangan manusia yang berjiwa murni. Mudah-mudahan Allah merahmati hambanya yang mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan.......

    BalasPadam
  2. buat hande orang chepor ni

    BalasPadam
  3. luku pala sat ni

    BalasPadam
  4. dh la perak macm sakai

    BalasPadam
  5. ubah! ini kalilah....BOLEH BELAHHHHHHHHHHH..Pas dah kalah Lenggong BN punya orang cepor sokong pas menang sorak je hahahahahahahahaha.

    BalasPadam