Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 20 April 2013

Penamaan Calon P.055 Lenggong: "Razman Harapan Baru Rakyat Lenggong."





LENGGONG 20 April 2013 - "Tn Hj Razman Zakaria Harapan Rakyat Lenggong,".... Laungan Para penyokong Pakatan Rakyat Ketika perarakan penamaan calon bagi Parlimen P0.55 (PAS) Lenggong.

Para penyokong Pakatan Rakyat mula berhimpun seawal 7.30 pagi di perkarangan Masjid Jame' Lenggong, dengan bersolat hajat sebelum melangkah ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah disini.

Kemeriahan perarakan ini bermula dengan konvoi bermotosikal berkuasa besar dan kereta daripada kumpulan anak muda yang menzahirkan sokongan padu mereka kepada calon P.055 (PAS) Tn Hj Razman Zakaria yang berlepas pada jam 7.45 pagi dari  kediamannya di kg.Luat. 

Setibanya di Masjid Jame' Lenggong, Tn Hj Razman disambut dengan gema laungan Takbir daripada para penyokong dan terus menjemput tn hj Razman menunaikan solat Sunat Hajat dan Dhuha sebelum menuju ke tempat penamaan dengan menaiki kereta klasik disediakan khas berlogo PAS dengan angka 13, sebagai simbolik yang menyaksikan kelainan dalam sejarah baru bagi pemimpin dicalonkan untuk menjadi 'Harapan Baru Rakyat Lenggong' pada masa ini. 

Harapan rakyat yang memuncak inginkan perubahan di Lenggong sangat ketara. Semuanya terbukti apabila begitu ramai para penyokong Pakatan Rakyat yang memberikan sokongan kepada PR terdiri dari golongan anak  muda yang merupakan pengundi muda yang akan membuat perubahan pada pilihanraya umum ini nanti untuk kemenangan PAS dan PR disini.

Inilah masanya rakyat membuat perubahan... 
Kami menyeru kepada semua pengundi supaya membuat pilihan betul memilih pemimpin yang benar-benar amanah, setelah sekian lama pemimpin umno bn tidak dapat menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat melalui Pilihanraya.

Inikali lah, kita tukar kerajaan yang baru... kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih telus dan berkebajikan.

(Kemaskini) 9:20am -
Proses mengisi borang pencalonan sedang berlangsung di pejabat Daerah Lenggong. 

Manakala, para penyokong PR sedang berselawat tanpa berhenti keatas Nabi Muhammad sementara menunggu pengumuman dilakukan di perkarangan pejabat Daerah oleh pihak SPR.

(Kemaskini) Semua calon PR keluar dari pusat penamaan dan di isytiharkan oleh pihak SPR.

Calon-calon memberikan ucapan kepada para penyokong yang menunggu.

Tn Hj Razman Menyeru dihadapan penyokong. "Pada hari ini, usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat merupakan tugas akhir untuk dilakukan oleh semua penyokong-penyokong yang hadir disini."

"Selepas ucapan ini, semua penyokong tidak boleh lagi menjadi penyokong parti semata-mata. Tetapi semua yang ada disini hendaklah menjadi jentera parti yang berkerja setiap masa dalam tempoh 15 hari ini untuk memastikan masyarakat pengundi menterjemahkan kemenangan untuk PR melalui peti undi."

"Masuklah kesemua rumah pengundi-pengundi mengajak dan menarik para pengundi menyokong PR dan hanya dengan itu sahajalah PR dapat memenangi semua kerusi yang telah ditandingi oleh PR."

"Saya juga mengharapkan kita semua tidak akan berasa kecewa setelah kita semua berusaha bersungguh-sungguh dengan masa, tenaga, harta dan jiwa dan semoga dengan kesungguhan itu kita tidak akan rasa kecewa dan bersalah sekiranya keputusan pilihanraya tidak berpihak kepada PR."

"Saya juga meminta kepada semua penyokong-penyokong PR, sekiranya keputusan pilihanraya nanti mengecewakan kita semua, setelah kita berusaha ketahap maksima, jangan kita cepat berputus asa. Tetapi, kita hendaklah teruskan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan kemenangan dapat kita semua kecapi pada masa-masa yang akan datang."

Demikian, seruan dan harapan seorang Pemimpin berjiwa besar yang telah memikul amanah Allah dalam membawa suara rakyat yang mahukan Perubahan, terutamanya untuk kebajikan masyarakat luar bandar yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan Agama, bangsa dan Negara. 

Siaran Langsung Dari Pusat Penamaan Calon P.055 Lenggong
Insya Allah, sekiranya beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan, segala usaha untuk kemajuan ekonomi rakyat bawahan merupakan agenda utama beliau sebagai ahli Parlimen khusus untuk rakyat Lenggong.

Inilah masanya... tukar kerajaan yang rosak dan ganti kerajaan Baru kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik.

































16 ulasan:

  1. mana gmbr krte yg bwk YDP 2..HAHAHA

    BalasPadam
  2. Ramai sungguh orang muda yang datang mengiringi YDP PAS kali ini. 99% pakai baju PAS. Syukur.

    BalasPadam
  3. Adakah calon pkr yang akan mewakili rakyat ini benar-benar tidak bermasalah ? Undilah pemimpin yang duduk bersama-sama dengan rakyat kerana dia lebih memahami masalah rakyat daripada orang yang baru nampak muka bila dah ada potensi untuk menang.. Undilah calon yang berkhidmat kepada rakyat tak kira lah daripada parti mana..

    BalasPadam
  4. sahabat saya di Jabatan Kastam dulu..

    BalasPadam
  5. Conpem tak menanglah Razman !! Adohai ada jugak orang kampung miker nak tipu ..

    beranganlah orang pas lenggong.. agaknya balik modal tak miker bila pergi ceramah mengumpat anjuran PAS .. duit dah gerenti masuk tabung PAS,, dapat dosa FREE lagi .. kasihan orang PAS lenggong ..

    BalasPadam
  6. Aduhai ...Tanpa Nama25 April 2013 10:28 PTG
    Semua ahli2 PKR/PAS bekerja tanpa mengharapkan sebarang balasan..semua sumbangan yg masuk tabung tu IKHLAS dari hati...

    Yang penting.. UMNO & BN tumbang...itulah hadiah yg paling bermakna..

    BalasPadam
  7. admin penipu !! komen aku kena removed !!

    Lebih bermakna kalau duit tu dari poket razman bukan yang dikutip dari ahli miskin PAS !!

    Mana senarai bisnes\pelaburan Razman, sehingga dia terlampau mewah !! Duit EPF dia berjuta2 ker ?

    Admin, aku cabar Razman senaraikan bagaimana dia menjana duit yang terlebih-lebih

    ingat, INI CABARAN AKU SELAKU ANAK WATAN LENGGONG !!!

    Aku akan pangkah Razman jika Razman dapat menyenaraikan bagaiana dia menjana kekayaan.

    Aku akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Temelong.

    Ini nak membuktikan aku adalah anak Watan Lennggong

    BalasPadam
    Balasan
    1. [Ni, aku ni Admin]Sape yang remove komen kau? kau reti guna IT ke dak? kita terbuka la encik... Yang patut kena senaraikan Harta ialah MP Lenggong tu... dari mana dapat duit pakai Harrier, Estima, Accord baru... Dulu cikgu sekolah jer..... Kaya hasil daripada undi rakyat stelah jadi wakil rakyat... dok dalam dewan parlimen jadi tukang tepuk meja jer.... Orang macam tu pun engkau angkat jadi Wakil Rakyat lagi.... kesian aku tengok mentaliti orang Temelong macam kau.... :)

      Padam
  8. Pak Sedare aku pon ade...Hidup Bakar Pok Leh

    BalasPadam
  9. Kan dah KALAH dok canang kata cina lenggong akan pangkah RAzman. Apa sdh jadi? Yg utknya org pas yg pangkah DAP sehinggakan menang besar yg bodohnya org pas . Yg untung besar Dap
    .pas dok mcm tu jugak.

    KEna telus bukan konvoi sana sini ..

    BalasPadam
  10. jom gi putrajaya naik bas red n yellow ............tarikh belum ditetapkan , htr nama ke pej PAS LG ......... berminat hubungi zul cpor atau bakar pak leh

    BalasPadam
  11. ini kali lah.........kalau ada apa2 masalah pada orang cina.........razman akan bantu

    BalasPadam
  12. kepada mereka yang sakit kepala kerana pas lenggong kalah.......sila menyusuri sepanjang jalanraya kerana ada banyak panadol disitu

    BalasPadam
  13. pas lenggong kalah ...........berkat doa adik nik aziz dan terlampau banyak makan sup seliper masa kempen baru2 ni...............percayalah.......ALLAH yang merestui pas lenggong kalah

    BalasPadam
  14. kasihan razman ... agaknya PRU14 ni nak bertanding lagi tak ...

    bagitau kat orang orang cina lenggong sokong dia ... jom kita konvoi putrajaya .. tambang bayar sendiri2 yea .. ikhlas dari poket sendiri kerana allah taala ..

    apa cer apa cer ni ..

    hello admin ... tak nak buat cerita baru ker ..

    alhamdulillah BN menang !!!!

    BalasPadam
  15. Sunnah berjuang memang macamtu, baru sekali masuk gelanggang takkan terus menang, tunggulah, tunggulah pakcik makcik yang karat biru tu semua dah jalan, tinggal yang muda muda, ketika tu baru boleh lihat perubahan dan kejayaan, maklum saja lah kebanyakan orang kampung, media mereka hanyalah TV dan Surat kahbor je, tunggulah masa sahaja yang menentukan

    BalasPadam