Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 5 April 2013

BANTAH PKR BERTANDING DI DUN (N.04) KOTA TAMPAN.

LENGGONG: 4 April 2013- Jentera pilihanraya umum 13, Majlis Tindakan Dun (MTD,) DUN (N.04) Kota Tampan yang mewakili sebanyak,15 Unit Peti Undi (UPU)
di sini, membuat keputusan drastik memutuskan dengan sebulat suara, menolak parti PKR yang akan bertanding di kerusi DUN Kota Tampan, setelah mendapati PKR tidak mempunyai jentera dan sokongan dari pengundi yang dapat membantu memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Menurut Pengarah MTD DUN Kota Tampan, sdr Abu Ammar Mohammad, 50, tindakan ini berdasarkan keputusan dibuat oleh kesemua pengarah-pengarah dan jentera PRU13 PAS, di UPU-UPU yang bertanding.

Tambah Abu Ammar, penolakan jentera PAS terhadap PKR, bertitik-tolak daripada hasil soal selidik yang telah di lakukan jentera PAS di sepanjang tahun, berkenaan penerimaan masyarakat pengundi terhadap calon dari parti manakah yang di terima oleh masyarakat pengundi di sini, yang di percayai boleh memenangkan Pakatan Rakyat.

Tindakan yang dibuat oleh jentera PAS di peringkat akar umbi ini, berdasarkan kepada realiti hasil gerak kerja berterusan mendekati pengundi di Parlimen Lenggong, sejak 5 tahun lalu.

Bertindak untuk memenangkan PR disini, jentera pas mengambil kira suara pengundi-pengundi yang mahukan PR meletakkan calon daripada parti PAS, kerana pengundi di sini lebih mempercayai kewibawaan PAS untuk memenangi kerusi di pertandingkan dan seterusnya dapat menerajui masyarakat dengan lebih telus.

Di akhir pertemuan bersama jentera PRU PAS MTD Kota Tampan, Abu Ammar mewakili suara pengarah-pengarah UPU DUN Kota Tampan yang bertanding, telah bertegas mahu meletakkan calon di wakili PAS dan menolak calon dari parti PKR berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

1. PKR tidak pernah sama-sekali menonjol dan memperkenalkan siapakah calon berwibawa dari parti itu untuk di nilai oleh masyarakat setempat, yang dipercayai boleh memenangi hati pengundi-pengundi sebagai calon yang diterima oleh masyarakat 5 tahun kebelakangan ini.

2. Organisasi PKR Cabang Lenggong, telah lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang Ajk Cabang, yang diragui tidak dapat melaksanakan tugasan dengan baik bagi menghadapi PRU 13 akibat krisis dalaman parti itu.

3. PKR tidak mempunyai jentera di peringkat UPU dan Cabang untuk melaksanakan misi besar bagi memenangkan calon dan membantu kemenangan PR di sini.

Tambah Abu Ammar, jentera PAS juga mengambil inisiatif tentang semangat dalam Pakatan Rakyat untuk memacu kemenangan PR disini, dengan mengambil kira parti mana yang boleh diterima oleh masyarakat pengundi untuk memenangkan PR.

Tujuan jentera peringkat akar umbi PAS,  bukanlah bermaksud mahu merebut kerusi di pertandingkan. Tetapi mengambil kira setiap aspek yang boleh mendatangkan kemenangan kepada PR menurut penerimaan pengundi-pengundi setempat terhadap kewibawaan pemimpin yang akan diangkat mewakili rakyat khususnya di DUN Kota Tampan.

54 ulasan:

  1. Kepada saudara2ku yg berada diLenggong Terutama di Kota Tampan.. apa yg dibangkikan itu ada kebenarannya.. setiapa keputusan yg hendak dibuat seharusnya dibawa bermusyawarah didalam kompenen PR utk dibincangkan & mendapat persetujuan semua kompenen PR.. ambil titik tolak mencari kemenangan PR.. cuba dapatkan calun yg mana mendapat sokongan di hati penggundi & boleh memberi kemenaggan pada PR.. Ingat Perjuangan kita.. Agama Bangsa Negaran & Budaya (adap resam Kehidupan Bangsa).. Bersatu kita teguh.. Bulat air kerana pebentungnya.. Ikut Hati kita mati, Ikut Rasa kita akan Binasa, Ikut Nafsu kita Lesu (Lemah / Kecundang), Ikut 'Akal Mati Jadi Hantu... Ikutlah Ajaran Agama.. In Sya Allah kita deberi Kejayaan / Kemenangan.. Islam ada Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa-apa pun saya berharap berbincanglah baik-baik...kitakan satu pakatan. jgn gaduh2 nanti kalau puak2 bn tgk...mesti mereka akan bertepuk tgn.

      Padam
    2. PKR, PAS, DAP sebuah pakatan menumbangkan BN tapi masing ada agenda perjuangan yang tersendiri. Muafakat diantara mereka ? Jawapannya tiada sebab hala tuju dan cita-cita tidak sama yang sama adalah menghancurkan BN...

      Padam
  2. Benar apa yang telah di nyatakan ini. Menangkan PR, itu semangat pas yang turut disokong kuat oleh pengundi melayu, cina dan india setelah melihat gerak-kerja pas dari mula hingga akhir. Pkr hanya 'work smart' tumpang 'tuwi' untuk takhta sahaja, tiada apa yang boleh dibanggakan pkr disini, samada bentuk sumbangan tenaga, meterial, idea dll. Tiada sebarang usaha dari mereka untuk meyakinkan pengundi, Kalaulah mereka ni berikan sumbangan seperti, Anuar Ibrahim, jingga 13, silakanlah..... harus di ingat, masyarakat pengundi sekarang bukan seperti masyarakat dahulu. Masyarakat pengundi pada hari ini melihat kewibawaan pemimpin bercirikan ilmuan Islam. Apalagi di luar bandar seperti Kota Tampan, di Lenggong sekarang ini.

    BalasPadam
  3. Susahlah jika masih begini...tidak fahamkah segala usaha yang telah dilakukan oleh pimpinan dalam menghadapi PRU kali ini.
    Bukan masanya sekarang...sebelum bubar kenapa berdiam diri tidak cuba mengusulkan. Jika sudah, pimpinan menolak maknanya akur sahajalah. Hidup berjemaah begitulah. Bukan kehendak peribadi yang perlu diutamakan. Ini soal mahu memerintah negeri dan negara. Bukalah minda...belajarlah menerima dan berbincanglah tepat pada masanya. Bukan seperti sekarang, baru nak heboh-heboh....Sedih jika masih begini keadaannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wala' ahli Pas hanya mendengar arahan pimpinan parti .. Parti2 lain tak berhak nak suruh kami buat itu ini..fahamilah konsep tahaluf dalam pakatan..tempat pkr kuat parti lain jangan kacau..tempat dap kuat parti komponen lain jangan menyibuk..tempat yang Pas kuat parti-parti lain jangan terhegeh-hegeh...kes Lenggong ni biar pucuk pimpinan Pas yang tentukan..parti-parti lain bantu parti yang kuat di kawasan tu..baru ada semangat pakatan..

      Padam
  4. dah nampak ciri2 nak kalah, tak boleh sepakat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah memenangkan individu individu yang memperjuangkan Islam di bumi Lenggong...katakan amin

      Padam
  5. Mula2 rasa dihati nak sokong PR,..tpi kalau dah macam ni...mainan politik PR, lebih baik kekalkan BN je laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula ingat nak sokong umno...calon pun tak tau..apa yang nak dibawa oleh umno pun tak jelas...lebih baik sokong Pas...bersama Islam pasti selamat

      Padam
  6. Adakah pas akan menang,seberapa lama bertanding di kt tampan?Boleh kah pas lggng bukti kan kemenangan bila calon pas? Sudahkah yakin dengan mimpi kemenangan?Adakah PKR musuh PAS?Nampaknya PAS lenggongg boleh berkawan dgn UMNO? Sedarkah Orang PAS pun membenci suasana ini..jgn biarkan mereka lari. Sedangkan PKR mungkin ada jalan dan cara sendiri utk menawan hati rakyat..hebatnya DSAI..mengumpul begitu ramai penyokong utk berjuang bagi memastikan kemenangan di parlimen Lenggong, ada pun jentera PKR yg menguruskannya..perlukah kita pemimpin2 melaungkan kita kuat? Di medan2 maya? Menonjolkan sifat riak & takabbur? Sedangkan sifat2 itu dipegang kuat oleh Abu Jahal& Abu Lahab sewaktu di kota Mekah.Apakah perlu kita mengekalkan semangat Abu Jahal & Abu Lahab dalam kita memperjuangkan Islam?Alhamdulillah di atas perjuangan Rasullullah di waktu itu diketegorikan pembangkang di kota Mekah, di atas keikhlasan matlamat perjuangannya atas dasar amanah Allah memastikan islam itu hidup tanpa memperdulikan siapakah yg membantu, tetpi di atas niat yg sama, Abu Lahab & Abu Jahal tewas, Mekah di bwh kepimpinan Rasulullah.Siapakah Abu Jahal & Abu Lahab? Kita berdoa semoga Allah meletakkan kita dlm perjuangan yg sebenar dan dilindungi dari sifat2 Abu Jahal& Abu Lahab...sedih kehadiran ku di lenggong mengambarkan seornag tokoh islam dipamerkan di banner2 persimpangan jalan,apakah matlamatnya? Semoga Allah mengaampunkan aku dan meletak aku dlm landasan perjuangan yg mewarisi perjuangan Rasullah...aku tak kira aku PAS ke PKR ke inilah hasrat seorang pengundi bukan PAS@PKR yg kuat...cermin2 lah selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan kecewa bai pkr tak diterima di Lenggong..Pas menang kira pr pun menang apa..ingat bai Pas kuat bukan sebab individu..pkr boleh hidup selagi mana ada anwar ibrahim..sekarang kita nak jayakan gagasan abu asal bukan umno..Islam adalah matlamat..semoga Allah menaikkan individu yang nak perjuangan Islam di lenggong

      Padam
  7. Perjuangan PKR di Lenggong seumpama Dedalu Api. Menumpang hidup dipokok tumpangnya yang dikira sementara. Tetapi,... Akhirnya mereka membunuh pokok di tumpanginya untuk kelangsungan hidupnya sendiri. Berapa ramai dah PKR ambil ahli PAS menjadi PKR??? kenapa budaya ini menjadi amalan PKR? Sehingga Ahli PAS di pecah-belahkan menjadi ahli PKR. Kalau nak tambah ahli, silalah ambil orang yang tak berparti, atau orang yang tidak pernah menjadi ahli PAS. Ini tidak, PKR ambil ahli PAS.Inikah semangat Pakatan Rakyat acuan PKR di Lenggong ni? kalau nak lihat islam berjaya di martabat, masuklah kedalam PAS untuk menguatkan jemaah. Simple.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah statement yg ditunggu2 oleh UMNO....

      Padam
    2. Dan juga ditakuti oleh PKR...Dah kata tak dak orang..letak je la calon dari PAS..apa yang susah hati sangat..

      Padam
    3. hebatnya org pkr boleh pecahkan pas dan mencuri ahli,dlm anda tidak bekerja
      dan mungkin tak lama lagi ahli pas akan masuk dap.......kita doakan agar ia tidak berlaku kerna kekuatan dan tarbiah yg sentiasa diikuti oleh ahli pas yg memenuhi surau dan masjid

      Padam
    4. dahulu minum bersama dahulu ba dahulu utz sukri dahulu utz azizan indah keluarga ini,susah bersama,semuanya hasil kutipan bersama,tiada bezanya matlamat sama,bila pakatan sudah berpakat sudah beharta menjadi pokok,sudah kenal simiskin dihina umpama dedalu api,hilang kawan hilang keluarga dimaki di hina sesuka kata bila harta dan kuasa yg lain menyembah berkongsi kuasa, teruslah kamu wahai simiskin membawa amanah yg utk bangsa dan agama,jika langkah yg benar Allah sentiasa bersama kita.

      Padam
  8. Sepatutnya PAS lenggong perlu bijak utk menyampaikan bantahan, ini masalah dalaman pakatan yg berlaku di lenggong tak perlu dimasukkan dalam blog, cukup sekadar sampaikan melalui saluran dalaman parti....bila dah heboh dalam blog, semua org baca, rakyat yg menyokong PR ditempat lain pun akan terkesan samada nak sokong PR atau BN...

    BalasPadam
  9. Rakyat perlu bijak memilih pemimpin yang istiqamah dan parti yang berwibawa untuk PRU kali ini...Kita tak nak insiden lompat melompat berlaku lagi...tak mahu kerajaan PR hanya dapat bertahan 11 bulan kerana rakyat tersilap memilih pemimpin yang BELOT dan TIDAK AMANAH tak kira dari parti mana..Apa yang Pas Lenggong buat adalah jalan yang terbaik untuk suarakan hasrat rakyat..Biar rakyat yang tentukan siapa yang berhak memimpin...

    BalasPadam
  10. ayat yang allah turunkan.....taat lah kepada allah....taat lah kepad rasul....patuh lah pada pemimpin.....maaf cakap...saya salah seorang ahli parti pkr ...kami pun x mahu bertanding tapi atas taat dah patuh pada pemimpin kami akur.....apakah pas x berpandukan pada pemimpin.....kami redha atas apa yg telah kami usahakan...inikah yg dimaksudkan oleh pas...yg memperjuangkan agama....tetapi x dapat menerima apa yg pucuk pimpinan telah perintah dan di persetujui?????mana terletaknya patuh pada pemimpin dalam pas?????teori mudah dilaksanakan....tetapi praktikal??....ini lah hasilnya...jika dah tentu perjuangan pas disukai oleh semua rakyat msea....apakah pas selama ini mampu mengusai kerajaan????tapa bantuan dan sokongan yang laen....sudah pasti tidak.dalam menentukan politik umno bn berkubur....kita harus bijak berkerjasama.......contoh dalam sebuah kereta....pastilah ada seorang pemandu...3 yg laen pastinya menumpang....dalam pr semangat ini lah yang patut diterapkan....yg lebih kita patut tumpang yang kurang patut tampung?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya penyokong Pakatan dan akan mengundi di Parlimen Lenggong, juga sangat bercita-cita untuk menyaksikan Pakatan beroleh kemenangan bukan sahaja di Lenggong malahan ke Putrajaya . Membaca wacana perdebatan sihat yang telah terbuka ini menjentik minat saya untuk turut sama melontarkan sedikit komentar .

      Quote : " kami pun x mahu bertanding tapi atas taat dah patuh pada pemimpin kami akur.....apakah pas x berpandukan pada pemimpin.....kami redha atas apa yg telah kami usahakan...inikah yg dimaksudkan oleh pas...yg memperjuangkan agama....tetapi x dapat menerima apa yg pucuk pimpinan telah perintah dan di persetujui"..

      Kenyataan saya ini sekadar untuk membela PAS dan tidak berniat mengguris perasaan ahli PKR. Saya kenal ahli-ahli PAS sebagai ahli yang sangat patuh dan setia pada keputusan Majlis Syura (baca : pemimpin PAS) .. Sebab tu tidak ramai ahli PAS yang berani belot . Ahli-ahli PAS yang bertanding atas tiket PKR adalah kerana mereka mendapat lampu hijau daripada pimpinan parti.Ini kekuatan PAS yang selayaknya diberi pujian.

      Politik sekarang jauh berbeza dengan politik dahulu. Aliran maklumat kini tidak lagi terkawal. Kita mahukan pemimpin yang matang untuk mewakili rakyat . Rakyat akan menyemak sendiri kredibiliti individu yang diketengahkan oleh parti-parti politik sebelum dia dipilih untuk mewakili mereka. Justeru PAS dan PKR harus bijak mengambil kesempatan ini serta akur kepada hasrat rakyat yang semakin cenderong kepada Pakatan .



      Quote : " dalam menentukan politik umno bn berkubur....kita harus bijak berkerjasama.......contoh dalam sebuah kereta....pastilah ada seorang pemandu...3 yg laen pastinya menumpang....dalam pr semangat ini lah yang patut diterapkan....yg lebih kita patut tumpang yang kurang patut tampung"..

      Nah! sememangnya anda yang mewakili PKR memahami konsep ini secara teori . Maka sila praktikkannya dalam konteks kerjasama tahaluf Pakatan Rakyat di Lenggong.

      Dengan menimbang fakta yang dikemukakan oleh PAS dan kehendak pengundi di Parlimen Lenggong, ia memberi isyarat kepada PKR supaya berundur secara hormat untuk memberikan laluan kepada PAS pada PRU kali ini. Kerusi PKR di Perak sudah mencukupi, apa yang harus ditamakkan lagi?

      Di Lenggong PAS lebih menyerlahkan keyakinan mereka untuk memimpin hingga menenggelamkan UMNO yang sedang berkuasa . Jika PKR hendakkan undi rakyat maka tampil kehadapan . Jangan hanya mengharap ihsan penyokong PAS dan DAP atau berselindung di sebalik bayang Anwar Ibrahim.

      Padam
    2. Nak memerintah cabang, negeri dan negara, nak tubuhkan ranting pun tak berdaya.... apa cerita....??? Tinggal di Lenggong dun kota tampan dan kenering, lagak mereka seperti anwar ibrahim dan cikgu faris musa yang siang malam meyakinkan pengundi dengan mencari fakta dan bongkar..... yang duduk kat cabang hanya tahu auta,.... cita-cita nak jadi penyelia dun jer, menang tumpang kawasan2 lain dun perak, bukan nak menangkan parti mereka sendiri disini..... hampeh......

      Padam
    3. Alhamdulillah,yang kecewa menyampaikan kekecewaannya,yang berjihad teruskan ada amanah besar dihadapan,pohonlah pada Allah sesungguhnya Ia lah tempat memohon pertolongan,segala diatur olehNya,kita hanya alat untuk diuji mengenal erti kesabaran, kembalilah pada Allah.jangan kita hanyut dibawa arus kemarahan,peganglah pada tali Allah bersandakan niat dan matlamat,jaminan syurga dan janganlah kita mencaci beserta iblis yg dilaknat.kembalilah pada tuhanmu.

      Padam
  11. Kalau kita nak ibaratkan PAS dan UMNO ni sebagai satu produk...boleh la kita simpulkan bahawa:_

    PAS adalah produk yg paling baik,...tetapi masalahnya...pemasaran produk itu yg kadang2 menjelikkan, tidak bijak sehingga produk yg baik, org tidak pandang atau org pandang tapi tak sanggup membeli.

    UMNO produk yg dah tamat tempohnya, tetapi disebabkan pemasaranyanya bijak, dan menarik..produkyg dah lusuhpun,..masih dikira baik dan boleh digunakan.

    BalasPadam
  12. PKR produk yang macam mana pula?...PAS adalah gerakan Islam yang menggabungkan elemen dakwah,tarbiah dan siyasah..Satu-satunya gerakan dakwah di Malaysia yang setaraf dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan dan gerakan Islam di negara-negara yang lain..Hebatnya PAS kerana ia mampu meraih sokongan daripada kalangan non-muslim..Saya lihat jika apa yang PAS Lenggong buat ini melanggar prinsip parti pasti PAS pusat akan mengambil tindakan...Setiap parti ada agenda mereka tersendiri dan agenda PAS amat jelas iaitu DAKWAH ISLAMIAH..Dalam dakwah tiada istilah kalah dan menyerah..Parti komponen PR pun faham dan menghormati prinsip PAS ini..Semoga rakyat Malaysia bijak memilih pemimpin yang tidak pernah mengkhianati perjuangan Islam..

    BalasPadam
  13. Hehe teruknya Pas kena hantam sama kawan sendiri..geng dengan UMNO tak mau seronok kena liwat sama Al-jubori dengan DAPig..hey kuda, you lawan cakap you punya bos tengok sekarang apa pun tadak dapat..hehe..mari kita tengok drama Pas kene tunggang dengan fuckatan liwat dlm PRU nnt

    BalasPadam
  14. Macai umno da singgah bawa najis...siapa yang sanggup nak cuci..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayoyo macai PAS ? gua berak gua cuci sendiri loh ..

      lu sapa cuci ? tarak .. itu sebab lu bau manyak masam ..

      Padam
  15. PAS takkan menang di Lenngong .. anak lenggong di perantauan akan menidakkan PAS di kertas undi. Ingat mungkin mak bapak kami pangkah PAS tapi kami akan memangkah BN.

    Ceramah PAS mmg mendapat sambutan tapi ramai yang datang nak tengok dan dengar makian2 sesama islam.

    Orang PAS Lenggong panjat pejabat Shamsul minta bantuan, kenapa tak ke Bungalow Razman minta bantuan.

    Razman, Semua orang dalam kedai makan awak tolong tapi kenapa bila ceramah minta derma ? Kalau awak betul2 dermawan malulah minta derma dari orang kampung.

    Pls stop collecting money from your members !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah Ta'ala mengurniakan akal yang sihat kepada pengundi-pengundi di Lenggong khususnya dan Malaysia amnya untuk memilih pemimpin yang dapat menjaga amanah-Mu Ya Allah!..Amin

      Padam
  16. TIADA MASA UNTUK BOIKOT2 CALON.....YANG PENTING SEKARANG MENANGKAN PAKATAN RAKYAT...

    MADEY LAGI KATA JGN TGK SAPA CALON BN JANJI PANGKAH JA BAGI MENANG.....

    TU PASAL ORG KG DOK PANGKAH BN LAGI....YG KITA DOK GADUH NAK BEREBUT JADI CALON...!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PR tak sama dgn BN...Waktu sebelum penamaan calon ni la kita nak pilih calon yang betul-betul berwibawa...Bila dah ditentukan kita hanya ada dua pilihan samaada dari PR atau BN...Nak bising bising sekarang ni jangan sampai pisang berbuah dua kali..Ingat, Kerajaan PR di Perak dulu hanya sempat bertahan 11 bulan

      Padam
  17. Belum apa-apa lagi Fuckatan dah nak jahanam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. trima kasih UMNO....kerana mendidik ahli anda macam ni, bahasanya sangat cantik dan sopan sekali,...inilah melayu contoh yg Tok JIb tarbiah dan bangga2kan..

      Padam
  18. kamisebahagian dari penyokong pakatan dan kami adalah pengundipr yg
    penuh yakin dgn kc pkr cabang lgg dan kepimpinan2nya diatas program2 yg dibaut utk hadapi pilihanraya.kami mengenali saudara kc yg berjuang menghadapi pilihanraya semenjak 1999 lagi,walau di fitnah dimuatkan dgn fakta yg tidak benar,masih berdiam diri,semoga Allah memberi kekuatan dan pertahankan amanah yg dipikul,kami sentiasa mendoakan saudara.taniah diatas ketahanan saudara dalam keupayaan kemudahan yg serba kekurangan saudara mampu melaksanakan meniup semangat perjuangan yg semakin mendapat sokongan, dalam kehidupan perkampungan yg serba penyokong nya berpendapatan rendah dalam politik nilai,kalau nak bandingkan dgn mereka mereka memerlukan pelubaran yg besar.syabas kami sentiasa dibelakang saudara.

    BalasPadam
  19. PAS dalam pergerakan sendirian x mampu untuk menarik minat golongan2 dalam melayu umno dan juga kaum2 lain....didorong oleh parti berbilang bangsa...kaum mejoriti cina dapat digabungan kan hasil kebijaksaan pemimpin pkr...msea dapat dikuasai 5 buah negeri.....bukan dari pergerakan pas..tetapi hasil tahaluf siasi pemimpin pkr lah kesepakatan ini terbentuk....namun untuk pas angkuh dan sombong .riak dan takabbur...kekuatan yang di nilai bukan lah hasil gerak kerja pemimpin pas semata2....perjuangan keadilan...amat2 terkesan pada umno......segala isu2 besar hasil pembongkaran dari pemimpin2 pkr....dan dalam parti pas bukan nya yg mengusai pucuk pimpinan terdiri dari ulamak2...sekarang di kuasai oleh golongan2 profesinol....yg banyak menyokong dasar yg dibawa oleh dsai..golongan2 entelektual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keadilan mmg bijak...sampai pemimpin pas pun jadi pak turut...tp di lenggong lain cerita...pkr ada xmbntu xdak lg baik...dulu da bertanding tp kalah skrng bg calon yg boleh menang bertanding ... Bukan pas angkuh tp pkr tamak dan opportunis pandai amik kesempatan..Sedar diri dan bantu pas dengan IKHLAS macam mn pas pernah bg kerjasama pd pkr...tu pun susah mcm mn nk jd pemimpin

      Padam
  20. pas ..zaman ustaz azizan...ustaz zulkefli...x juga mampu bergerak dek kerana faktor kewangan yg hanya bergantung harap dari kutipan derma...akan tetapi pkr tidak sekali menghina dan mengherdik pas....sekarang tokoh calon yg mempunyai kewangan yg kukuh...masing2 menunding jari pada kearah pkr dek kerana mampu bergerak.....kami pkr tetap juga menyokong pergerakan pas pada masa itu kami lah yg sanggup menghadapi segala resiko yg berlaku kami jugak berdepan dgn karenah penyokong umno...dan kami juga lah yg melindungi pemimpin pas....ini perjuangan kami ahli pkr....ketika pas bergerak pada zaman itu tiada siapa yg sanggup mengikuti pemimpin pas kesana kemari....kerana apa?????kerana duit poket lah harus dikeluarkan....berbeza amat2 lah berbeza....

    BalasPadam
  21. Kekuatan dalam pas sanggup bergadai harta, tenaga, masa, jiwa, keluarga dan segala2nya. Ahli pas sentiasa bersedia dalam segala hal kearah yang bersungguh2. siapapun calon atau pimpinan yang hendak melaksanakan tanggungjawab bersungguh2, pasti ada ahli yang sanggup berkorban demi kesungguhan pimpinan kawasan itu. pas bukan seperti parti lain, yang mana bila dah disenaraikan terpilih menjadi calon, barulah nak keluarkan tenaga, masa, jiwa keluarga dan wang dari poket mereka untuk melobi petugas dengan upah yang belum tentu demi Allah dan rasul. Perjuangan pas menyambung perjuangan para nabi yang di teruskan oleh para ulamak. sekarang pas terus menjadi sinambungan perjuangan satu2nya parti islam di negara ini. Wang bukanlah segala2nya, tetapi segala2nya perlukan wang untuk menggerakkan kerja. Begitupun diatas kesungguhan beristiqomah dalam melaksanakan kerja islam, setiap rezeki itu datangnya dari Allah, para pejuang islam tidak boleh meletakkan sebarang kekurangan sebagai alasan untuk tidak berusaha melaksanakan amanah menurut kemampuannya dalam ertikata lain, duduk dan rehat. tengok dan lihat, tak perlulah buat..... pas mengajar ahli2nya supaya berusaha menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, esok menjadi lebih baik daripada hari ini. Sebaiknya pkr jadi parti yang matang di peringkat cabang dan ranting. Kita nak berperang, kalau tiada tentera, bukanlah perang namanya. kalau ada harta, bolehlah jugak bayar tentera gurkha..... jangan jadi seperti umno bn, bila dapat jadi calon baru nak buat kerja. kalau tak dapat jadi calon, satu apa pun tak nak buat kerja. jika begitulah sikapnya, jelaslah ada kepentingan peribadi. kalau dapat baru buat. tak dapat aku lompat.... Nak jadi WAKIL RAKYAT bukan Serupa jadi TAUKE KOLAM UDANG. untung dapat pancing besar, dapat hadiah.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang umno pun cakap wang bukanlh segalanya dan perlukan wang untuk gerakkan kerja,teruslah tradisi anda kalau itu yg menjaminkan kemenangan.benar rezeki dari allah ,mengapa kita nak berkira sedangkan allah tak pernah berkira dlm memberi rezeki,org pkr tak cerdik agama tak ada kelulusan hanya penoreh getah,itulah rezeki yg allah bagi,kami tetap besyukur dan dapat meneruskan perjuangan yg semampu,hati senang jiwa aman,lawan tetap lawan.kami tak pernah cerca pun pemimpin pas...tapi nasib kami dan janganlah menghina pemimpin kami sedangkan anda memerlukan undi kami,kami tetap mengundi anda,kami pegang pada yang satu.

      Padam
  22. Hang pa nk gaduh lantak...klu PAS bertanding aku ABU klu parti lain aku ABAI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah yang mengikut jalan nabi dan rasul itu diajar untuk menyakiti hati manusia,bersihkan hati lahirlah jiwa yang tenteram beserta iman,Allah mengenal akan hambanya tak perlu kita menilai,walaupun berada dalam parti islam tak semestinya kita mengetahui semuanya janganlah kita mendabik dada tentang ilmu yang ada,didiklah ahli2 berkawan dgn ahli pkr sesungguh mengeratkan dan menjaga hubungan silaturahim dan kasih saying lebih bermakna dari memenagi pilihanraya...apakah untungnya kemenagan itu kalau nafsu dikuasai didiklah mereka sayangilah mereka tidakkah mrk pun islam juga.

      Padam
    2. aku tetap sokong pakatan tak kira sapa pun betanding,pas ada jentera ke pkr x ada jentera ke dah dari dulu ,hampa x percaya tgk org pkr ni ejen lambat panas dah lagu tu dari dulu,asal bukan calon dacing.

      Padam
    3. pas..setuju kenangan x dapat dibuang,kesian utz ibrahim waktu tu' ,,nasib baik sahabat2 keadilan yg tak pernah menilai keupayaan waktu tu,biasa le bila terasa dah mampu,tu belum diuji kemenangan lagi.lebih baik berkawan dgn DAP yg tak mengenal islam dapat juga berdakwah.

      Padam
  23. tak payah la nk menuding jari dan mengaku diri kuat..istiqamah dan kembali lah bawa berbincang...

    BalasPadam
  24. https://www.facebook.com/photo.php?v=444598292294179&set=vb.146054222172585&type=2&theaterini kah ciri2 islam yg dibawa oleh pas

    BalasPadam
  25. Memalukan, bila pekong dibuka dan merasakan diri kita hebat dan kuat.Menampakan yang diri kita yang tak cukup tarbiah dan tak tahu berorganisasi.Jangan jadi munafik bila berjanji kita mungkir.Perang uhud telah mengajar kita supaya patuh kepada pimpinan dan jangan ada perasaan tamak.Kalau kalah bukan kerana mereka kuat tetapi kerana kita lemah.Lemah segalanya!Macam mana nak jadi pemimpin kalau diri sendiri tidak boleh mengikut arahan pucuk pimpinan.BARISAN 1-PAKATAN 0

    BalasPadam
  26. Satu lagi keputusan bodoh oleh pas...yang bertanding atas kapasiti pas bukan pakatan rakyat.... aku anugerahkan kerusi kota tampan ini kepada BN

    BalasPadam
  27. Apabila sesuatu kerusi telah diputuskan oleh pimpinan pakatan rakyat , setiap ahli semestinya akur kepada sesuatu yang telah diputuskan , ingat matlamat kita UMNO BN mesti ditumbangkan, jika rakan tiada jentera maka kita adalah jentera pakatan rakyat...contohi kelantan bersatu menumbangkan umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS TAKKAN MENANG DI LENGGONG !!!

      End ..

      Padam
  28. Pkr letak calon yg rakyat tak kenal asal usul mari dari mana lepas tu paksa rakyat sokong dia atas dasar nak jatuhkan BN dan menangkan Pakatan...lebih baik undi Dato Saa'rani, sekurangnya rakyat kenal dia siapa. Aku kesal PR letak calon yang tidak berwibawa untuk mewakili rakyat Lenggong. Adakah rakyat Lenggong boleh percaya dengan calon pkr ni? Adakah pasti dia takkan bawa masalah? Fikir-fikirkanlah... Saya pilih kestabilan dan keamanan..

    BalasPadam