Lenggong: 14 Mac - Pas Kawasan Anjurkan majlis solat
hajat memohon pertolongan Allah agar Negara ini aman daripada sebarang bencana dan
mendoakan rakyat di selamatkan daripada sebarang keganasan serta kezaliman seperti
yang sedang berlaku dalam Negara akhir-akhir ini.
Sementara itu, hj Razman berkata, penganjuran solat hajat
ini mengajak semua umat islam bersatu di bawah payung islam, serta menghayati
kebergantungan kita dengan Allah di dalam menghadapi sebarang kemungkinan
disetiap keadaan dan situasi.
Tambah hj Razman, peristiwa di Lahad Datu, Sabah, merupakan
tragedi berulang sepertimana yang telah berlaku di Memali dan Bukit Jenalik,
Sauk suatu masa dulu. Majlis di adakan ini turut mendoakan para syahid dan
syuhada yang telah terkorban dalm peristiwa berdarah itu.
Sejurus selesai solat isyak, ceramah umum turut diadakan di
dataran hj Zul, di lokasi yang berdekatan dengan menampilkan Ust. Mohd Asri
Zainal Abidin Ajk Dewan Ulamak PAS Pusat,
sebagai penceramah utama ust.
Ibrahim Zakaria serta tn hj Razman Zakaria.
Ust. Mohd Asri dalam ucapan ceramah beliau menjelaskan, PRU
13 ini merupakan pilihanraya paling getir bagi Umno Bn. Kerana angka 13,sering
di percayai oleh Umno Bn sebagai angka yang tidak memberi kelebihan kepada
mereka.
Jelas ust Mohd Asri, Sebenarnya di dalam islam, angka 13
tidaklah memberikan apa-apa kemudaratan atau kebimbangan kepada seluruh umat
islam. Malah, lebih memberi kekuatan iman jika di lihat dari perspektif islam
menurut sejarah peperangan dunia islam yang menyaksikan angka 13 lebih berpihak
kepada kemenangan islam.
Umno Bn tidak perlu
terikut-ikut teori barat yang mempercayai angka 13, sebagai angka membawa
malapetaka. Sebaliknya, malapetaka yang jelas sudah berlaku, rakyat pada hari
ini telah menyaksikan peristiwa berdarah di Lahad Datu, Sabah, angkara memberi
kad pengenalan kepada warga asing seperti pengakuan Tun Mahathir baru-baru ini.
Jelas ust. Mohd Asri.
Ust. Ibrahim Zakaria, dalam ucapan ceramah beliau menyeru
semua masyarakat pengundi di Lenggong, supaya memilih tn Hj Razman sebagai
wakil mereka yang akan membawa suara masyarakat di sini kedalam dewan Parlimen.
Kredibiliti yang ada pada hj Razman, kerana pernah berkhidmat
sebagai pegawai kanan kerajaan, di percayai dapat membawa perubahan ekonomi dan
kemajuan rakyat yang selari dengan kehendak agama khususnya untuk di nikmati
oleh masyarakat di sini, ujar Beliau.
orang yang lebih islam pun percaya ke benda yang karut marut tu.....bodoh betul
BalasPadamDepa percaya Umno tumbang dalam Pru 13...
BalasPadamDan kene perkuda oleh parti al-Juburi n kafir harbi
BalasPadam