(PROGRAM 23 JUN 2012) |
PAS kawasan Lenggong gigih berdakwah dalam usaha mewujudkan
Lenggong sebagai hub Islam didaerah ini.
Yang Dipertua PAS Kawasan, merangkap
Timb. Pesuruhjaya PAS Perak. Tn Hj Razman Zakaria, merupakan anak kelahiran Kg.
Luat berkata, beliau bersama-sama rakan seperjuangan sedang berusaha
mengembalikan semula lembah Lenggong yang pada suatu masa lalu terdapat banyak pusat
pengajian pondok dan guru agama terkenal.
Diantaranya, Allahyarham Tok Guru Hj
Idris, Hj Nasruddin @ Hj Nasir, Hj Yahya, Tok Lebai Johan dan Ust Zahid anak
kelahiran kg. Luat yang telah menjadi tonggak membangunkan sekolah agama di
Paya Lintah, Padang Rengas, Perak.
Ketika ini, usaha pembangunan sekolah pengajian pondok di
Banggol Batu dan Kg. Tawai sedang dalam pembinaan. Sementara sebuah pusat
tahfiz al-Quran di Kg. Luat dijangka siap pembinaannya pada bulan November ini.
PAS kawasan Lenggong komited untuk menjadikan
lembah Lenggong sebagai sebuah hub melahirkan ilmuan Islam, usaha dakwah
menghidupkan suasana agama disini dilakukan berterusan.
Bagi merealisasikan hasrat ini, PAS
Kawasan telah mengatur dua program bagi menghidupkan syiar dakwah disini dengan
menjemput Tn Guru Hj Salleh Musa dalam program; Munajat Perdana “Memohon
Pertolongan Allah.” Pada 23 Jun 2012, bermula solat maghrib berjemaah diikuti
solat hajat dan tazkirah yang akan diadakan di dataran rumah Kak Yam, Pekan
Lenggong.
(PROGRAM 29 JUN 2012.) |
Manakala pada 29 Jun 2012, Ust
Azhar Idrus akan menyampaikan ‘Kuliah Dhuha’ pada jam 9 pagi, di Surau Ibnu
Zakaria, Dataran Jambatan Kg. Luat, Lenggong.
Kami mengharapkan semua masyarakat didalam
dan disekitar daerah ini datang beramai-ramai untuk mengimarahkan program agama
yang telah diatur pada 23 dan 29 Jun, 2012 ini nanti. Kata, Tn Hj Razman
Zakaria.
Tambah Tn Hj Razman, kami juga menyeru,
sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau infaq untuk pembangunan insan
mengikut acuan Rasulullah bagi pembinaan sekolah pondok ‘MADRASAH AL-IBTIDIAH
AD-DINIAH AL-KAMALIAH.’ Kg. Banggol Batu, Lenggong, Perak. Sila hubungi; 019-437
2065 (Ust Rahmat Abd Rahman.)
Dan sumbangan atau Infaq bagi menyiapkan pembinaan sekolah
pengajian pondok Kg. Tawai, Gerik. Sila hubungi; 019-910 5220 (Tn Hj Zulkifli
bin Awang Kechil.)
(PONDOK AL-IBTIDIAH AD-DINIAH AL-KAMALIAH, BGGL BATU LGG.) |
Lebih 50 tahun umno Lenggong kononnya sebuah parti bawak pembangunan dan kemajuan. Tapi, haprak..... jilat chooo.... buat 2 jambatan bailey zaman tok bakerly tu kemajuan untuk projek kroni.... nak buat pusat kemajuan agama.... jauh sekali.... macam tu ka umno nak jaga agama, bangsa, negara??? Aku nih kontraktor yang memang meluat dengan ahli Parlimen Lenggong Sekarang ni. Kawan2 aku di Pejabat daerah pun sangatlah setuju kalau Ahli Parlimen Lenggong Sekarang ni pergi jahanam..... semua kuasa meluluskan projek dikawal sepenuhnya oleh sang siol si pelagak Ahli Parlimen Lenggong BN. Jahanamlah kamu Sang Siolllll..... Aku dah sedar, ALLAH BERI REZEKI. LEBIH BAIK PAS GANTIKAN UMNO......
BalasPadam