Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 12 Julai 2011

Sepinggan RM25 untuk setiap tahanan


Nasi Kosong Dengan Kuah Sambal,  Duit Rakyat RM25 Satu Kepala
Charge Rakyat RM25 Satu Kepala, Nak Makan Pinggan Takdak. Makan dalam Gelas...
 


KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM25 setiap hidangan untuk diberikan kepada penyokong Bersih 2.0 yang ditahan dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin. 

Ini bermakna sebanyak RM42,425 diperuntukkan untuk juadah bufet yang disediakan bagi menampung 1,697 individu ditahan. 

Ini sekali gus menafikan dakwaan, bahawa tahanan dilayan tanpa belas kasihan. 

:Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bukan hanya makanan umpama kenduri kahwin, polis turut menyediakan tempat solat untuk tahanan beragama Islam di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak. 

“Bagaimana boleh timbul dakwaan itu? Semua kemudahan termasuk makanan bufet berharga RM25 setiap kepala disediakan. 

“Mereka perlu tahu, anggota polis yang bertugas sebelum, semasa dan selepas perhimpunan hanya diberi makanan bungkus. Ada juga yang tidak sempat menjamah makanan demi tugas,” katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam. 

Kelmarin, laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar peserta perhimpunan yang ditahan, sebelum menjalani proses dokumentasi. 

Selain ruang solat, bilik rawatan perubatan juga disediakan bagi memberi keselesaan kepada peserta. 

Amar Singh berkata, selain Pulapol, balai polis di Jinjang dan Cheras turut dijadikan pusat tahanan sementara.


Ulasan 


Rakyat bukan pandang sangat makan-minum tu, dah tau dah untung Kroni-kroni jugak. Rakyat hanya mahu sampaikan isyarat untuk BERSIHkan Pilihanraya Kotor Barisan Nasional.

2 ulasan:

  1. hahaha kat kedah kenduri kawin baru kos RM5.80/kepala package termasuk khemah dan kerusi meja.......ada daging+ayam lagi maaaaa

    BalasPadam
  2. satuday & sunday bro, double charge

    BalasPadam