Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 20 April 2011

ALAHAI HARUSSANI, TOLONG AJAR PAS BOLEH?


MUFTI Perak, Harussani Zakaria dikatakan enggan membuat penjelasan kepada tuan Guru Nik Aziz berhubung isu `Undi PAS Masuk Syurga'. Sebelum ini Tuan Guru Nik Aziz telah menghantar surat kepada Harussani agar memberikan penjelasan tentang penulisan beliau berkaitan isu tersebut.

Memetik dari yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Mufti Perak itu berkata, "Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan. “Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.

Pelik sungguh, beliau mengaku bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik tetapi tidak mahu kaitkan hukum Islam di dalam politik. Jadi, mahu dikaitkan dengan hukum agama apa pula? Mahu PAS kaitkan dengan agama Kristian, Budha atau Hindu? Atau, adakah PAS akan berpolitik seperti orang sekular berpolitik? Kita bayangkan, seorang Jurulatih Bolasepak akan mengajar pelatih-pelatihnya tentang bermain badminton atau bercucuk tanam. Apa akan jadi?

Adakah maksud Harussani agar PAS hanya bercakap pasal pembangunan, bina jalanraya, janji sediakan WIFI, janji padang Futsal, janji peruntukan berjuta-juta semasa berkempen sepertimana puak di sebelah sana sering amalkan? Cuba Harussani sebutkan secara jelas sepatutnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apakah yang patut PAS lakukan sewaktu berkempen?

Mungkin Harussani masih beranggapan bahawa Umno lebih memperjuangkan Islam dari PAS, justeru itu pelik apanya Harussani memberi komen yang senada dengan pimpinan Umno. Saya juga tidak merasa pelik jika beliau berdiam diri jika ada orang yang mengaku Islam mengalungkan bunga ke kubur Kamal Antartuk. Pelikkah kita jika beliau berdiam tatkala Muhyiddin mengkritik Kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengharamkan judi di negeri tersebut?

Sebaik-baiknya Harussani berdepan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan berilah pendapat beliau berpandukan hukum Islam. Jika PAS sebuah parti Islam tentulah PAS akan bercakap di mana-mana pun berkaitan dengan Islam. Jika Harussani sebagai seorang Mufti, masakan Harussani akan bercakap atau memberi ilmu tentang bagaimana untuk menjadi seorang ratu cantik yang terkenal. Itu bukan Mufti namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan