Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 26 Mac 2011

TAKLIMAT & CERAMAH DI FELDA BERSIA, GERIK

Buat julung kalinya Tuan Hj Razman selaku Pengerusi Lajnah Tanah & Kemajuan wilayah Pas Perak di jemput Oleh Pas Kawasan Gerik untuk menyampaikan taklimat di Felda Bersia. Ini juga pertama kali rombongan Hj Razman tiba di Felda Bersia ini. Taklimat ini diadakan hasil anisiatif Pas cawangan Felda Bersia yang diadakan di PASTI Felda Bersia. Kehadiran amat menggalakkan sekitar 100 orang walaupun masih ada peneroka yang masih ketakutan untuk hadir mendengar taklimat ini.
 Selesai taklimat disampaikan, Peneroka mengajukan beberapa persoalan dan permasalahan yang selamaini tidak mendapat sebarang pembelaan sewajarnya dari pihak Felda mahupun kerajaan. Masalah ini telah ditanggung berpuluh tahun oleh peneroka seperti generasi kedua, wang khairat kematian, potongan wang tanan semula dan pelbagai lagi masalah besar seperti di Felda - Felda lain.
Dimaklumkan juga ladang Felda Plantation di Tawai beerkeluasan melebihi 6000 hektar. Ini menunjukkan Felda hanya mementingkan keuntungan syarikat mereka sahaja walhalnya beribu lagi anak - anak peneroka yang masih belum mempunyai tanah serta pekerjaan yang boleh dibela oleh Felda sesuai dengan matlamat penubuhannya dahulu. Ini lah yang menjadi salah satu kandungan di dalam Buku Jingga dimana Kerajaan PR akan membatalkan semua Felda Plantation ini dan ladang ini akan diserahkan kepada anak-anak peneroka dan anak muda yang menetap di kampung. Ini lah yang sepatutnya yng perlu di bela oleh wakil rakyat yang dilantik rakyat, membela rakyat, bukan membela Felda. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia..

1 ulasan:

  1. ayuh masyarakat felda,kte undi PAS tok pru akan dtg agar segala permasalahan anda dpt diselesaikan oleh wakil rakyat yg berkhidmat utk rakyat....

    BalasPadam