Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 18 November 2014

SAMPAI KINI TIADA PEMBELAAN DARIPADA 'WAKIL RAKYAT' PRU-13.

Himpunan Derita Rakyat
22hb November 2014
Jam 9 pagi Berkumpul di Shell Lenggong
Turut memeriahkan Leman Raja Lawak.

Orang melayu kampung sebahagian besar pekerjaan mereka adalah menoreh getah. Ada juga mengurus kelapa sawit dan juga nelayan sungai/nelayan darat.

Sebelum PRU13 harga getah mencecah RM8/sekilogram. Ini bermaksud mereka menoreh 10kg sehari, pendapatan mereka RM80/sehari. Sekiranya mereka menoreh di kebun atau pokok orang lain, pendapatan mereka dibahagi dua iaitu RM40/sehari.

Selepas PRU13 sehingga sekarang, harga getah serendah RM1.60 /kg. Sekiranya penoreh mendapat 10kg sehari maka pendapatan mereka RM16/sehari. Seandainya menoreh pokok getah orang, hasilnya dibahagi dua dengan tuan tanah iaitu RM8/sehari.

Dalam masa yang sama kos barang keperluan asas meningkat dengan kenaikan harga minyak.Tujuan himpunan ini diadakan bagi menyedarkan rakyat apa usaha wakil rakyat UMNO yang dipilih dalam PRU13 yang lalu dalam membela nasib pengundi mereka? BR1M dan bantuan lain yang diperolehi rakyat juga merupakan pulangan sebahagian kecil daripada bentuk penindasan yang ambil daripada penurunan harga getah serta kenaikan harga barang.

Saya menyeru semua pimpinan dan penduduk sekitar parlimen Padang Rengas, Lenggong, Gerik dan Larut bersama kita turun untuk memberi kesedaran kepada pengundi dan penyokong UMNO.

Hj Razman Zakaria
PJ PAS Perak.

Khamis, 6 November 2014

AKHIRNYA PERJUANGAN INI BERHASIL

CATATAN PERJALANAN KE RINGLET YANG DILANDA BANJIR LUMPUR

Dalam perjalanan menziarahi Ringlet, Cameron Highland yang dilanda banjir lumpur pagi ini bersama Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayob .

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Makcik Wahidah dan Hj Halim di kampong Cubadak.

Pengorbanan serta perjuangan beliau dan suami mempertahankan hak mereka sebagai rakyat bumiputera Malaysia akhirnya membuahkan hasil.

Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1968 dan membina rumah di atas tanah lombong yang agak jauh daripusat bandar pada ketika itu.

Mereka tidak diberi status tanah tapak rumah yang telah dibina walaupun sudah menetap di situ dalam tempoh yang lama. Malangnya kerajaan UMNO Barisan Nasional telah menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat pemaju perumahan.

Diatas kerakusan pemaju dengan bantuan kerajaan UMNO Barisan Nasional telah menghalau dan merobohkan rumah kediaman anak bangsa ini dengan tidak berperikemanusiaan. Mereka diberi sagu hati yang tidak setimpal, lantas dipaksa keluar dengan tangisan di bumi sendiri.

Tinggallah beberapa rumah yang berbaki termasuk keluarga Makcik Wahidah. Walaupun rumah mereka di roboh sebanyak dua kali, namun atas bantuan dan keprihatinan PAS dan NGO, akhirnya pemaju bersetuju menghargai Makcik Wahidah tersebut dengan memperolehi kepentingan kepentingan berikut;

a) Pemaju bersetuju memberi gantian rumah kos sederhana yan akan dibina di tapak Kg Chubadak ini dengan keluasan 700 kaki persegi, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 lot parking.

b) Pemaju bersetuju tidak akan menuntut ke atas Hj Halim sebarang kos mahkamah serta bayaran guaman atas kes-kes yang telah dimenangi oleh pihak pemaju di mahkamah sblm ini. Kos-kos tersebut dianggarkan tidak kurang RM50,000 akan ditanggung (absorbed) sepenuhnya oleh pihak pemaju.

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS di bawah Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Orang Asal bersama 14 NGO di bawahnya.

Bangkitlah wahai warga Felda, Felcra, petani,nelayan, orang kampung, perjuangkanlah hak kita. Tuntutlah hak kita.

HJ. RAZMAN ZAKARIA
PESURUHJAYA PAS PERAK,
TIMB PENGERUSI LAJNAH TANAH PAS PUSAT,
PENGERUSI NGO BAPA
(Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan)

6 November