Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 5 Mac 2011

KENALI YDP PAS KAWASAN LENGGONG: UMNO Jangan Rendah Minda

Menerima Ijazah Perubatan Islam Darussyifa'.
PEMIMPIN UMNO LENGGONG- Mula rasa tercabar setelah Tuan Hj.Razman, mula membuka minda rakyat atau masyarakat dikawasan Parlimen Lenggong. 

Setelah kehabisan idea, kemarahan UMNO Lenggong jelas terbukti, apabila pemimpin-pemimpin UMNO membenarkan tindakan tidak bermaruah dilakukan oleh mereka yang bersekongkol menghantar "surat layang" (FITNAH,) yang di alamatkan melalui pos kerumah masyarakat pengundi di daerah ini, bagi menjatuhkan kredibiliti seorang pemimpin PAS di Kawasan Lenggong.

UMNO Lenggong sanggup berbuat apa saja untuk memastikan supaya kedudukan mereka selamat. Itulah agenda UMNO sebenarnya. Berbanding YDP PAS yang sanggup bersusah-payah meninggalkan kesenangan hidup yang ada, beliau menyertai politik semata-mata  mahu membela rakyat yang jauh ketinggalan dari semua aspek pembangunan selama berada dibawah naungan pemimpin-pemimpin UMNO selama lebih 50 tahun diberi kuasa khususnya, di Parlimen Lenggong. 

Lihatlah rungutan yang disuarakan oleh masyarakat penduduk di Parlimen Lenggong, bagaimana teruknya 'mentaliti' UMNO Lenggong, apabila menganjurkan majlis-majlis yang dapat menghimpunkan orang ramai:

Menerima Ijazah 'Master Degree' Universiti Malaya
1.) Di Felda Lawin Selatan- (Bersama Pegerusi Felda.) Pemimpin-pemimpin UMNO hanya menyampaikan ceramah politik. Mencaci maki 'pembangkang' dan YDP PAS, tetapi tidak menyelesaikan permasalahan yang dihadapi peneroka seperti, penipuan penjualan kayu getah oleh pengurusan Felda/pemberian hak milik tanah. Ini menyebabkan peneroka lebih sedar sekarang bahawa UMNO lebih memihak kepada Felda berbanding peneroka. Bukan padang Futsal yang mereka minta....... (Ini kata-kata yang keluar dari mulut peneroka yang setia kepada UMNO-BN apabila TS Isa Samad, meluluskan peruntukan padang Futsal).

2.) Di Resort Tasek Raban- Pemimpin UMNO sepatutnya merasmikan mesyuarat agung Felcra, tetapi malangnya, YB UMNO menyampaikan ceramah politik. Mencaci maki 'pembangkang' dan YDP PAS. Membela Felcra Bhd, bukan peserta, menceritakan kejayaan Felcra dan kerajaan memberi berbagai bantuan, sedangkan semua masyarakat Felcra sudah faham bahawa semua bantuan PBR, PPRT dan Saraan Bulanan yang diberikan adalah hasil daripada pendapatan ladang yang diusahakan oleh Felcra diatas tanah peserta Felcra. Sepatutnya YB perlu luangkan masa emas YB, untuk mendengar masalah peserta Felcra yang tidak berpuas hati dengan pemberian bantuan dan kadar dividen rendah yang YB bangga-banggakan tersebut. (Sila rujuk dengan Pengurus & Pegawai Felcra yang hadir pada mesyuarat agung tempohari.) Betapa gemuruhnya sorakkan ketidakpuasan hati peserta Felcra apabila kes bantuan tersebut dibangkitkan oleh peserta yang semakin berani menuntut hak mereka keatas Pengurusan Felcra. (Kata peserta Felcra, setelah YDP PAS beri faham, elaun mesyuarat dinaikkan sebanyak RM50.)

Sijil Pengajian Syariah
Selama lebih 50 tahun dibawah naungan UMNO, masyarakat pengundi di Parlimen Lenggong, khususnya sekarang sudah mula faham. Apakah sebenarnya agenda politik yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka lantik sekiranya, tidak dapat menyelesaikan masalah penipuan/penyelewengan dalam Felda dan Felcra yang menyebabkan peneroka/peserta mendapat hasil/dividen yang tidak munasabah? Pemimpin UMNO semakin kaya setelah bergelar YB, tetapi dikampung-kampung Sehingga kini masyarakat Felda/Felcra masih tidak dapat keluar dari beban kemiskinan dan menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.     

Bagaimanapun, PAS Kawasan Lenggong mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat atau bersekongkol menghantar "surat layang" kerana memperkenalkan YDP PAS kepada masyarakat yang masih belum benar-benar mengenalinya. Kalau ada yang tidak mengenalinya, mungkin orang-orang tersebut tidak melibatkan diri didalam hal-ehwal masyarakat. Tetapi menurut survey yang dilakukan, YDP PAS Kawasan Lenggong lebih dikenali berbanding YB-YB Lenggong setakat ini.

Anugerah Khidmat Cemerlang 2003 Pegawai Kanan KDRM
Alhamdulillah, masyarakat penduduk didaerah Lenggong mula faham beberapa agenda dibawa oleh Hj Razman zakaria selaku YDP PAS Kawasan Lenggong:

1.)  Hak mereka sebagai rakyat dalam menentukan kepimpinan negara.

2.) Hak rakyat untuk melantik dan memberi amanah untuk menjaga kekayaan negara agar dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

3.) Hak rakyat untuk menikmati kemudahan asas dengan tidak membebankan seperti, elektrik/air/telefon/kesihatan dan persekolahan.

Anugerah Khidmat Cemerlang Pegawai Kanan 2007 KDRM
4) Hak rakyat dalam memahami agama dan mendapat pendidikan agama di Masjid dan Surau mengikut tafsiran sebenar daripada Al Quran, Hadith, Ijma',Qias.

5.) Kesultanan melayu, bahasa melayu, agama Islam, hak keistimewaan orang melayu tidak hilang walaupun beratus-ratus tahun Malaysia dijajah tetapi, hak-hak ini mula terhakis setelah lebih 53 (lima puluh tiga tahun) di bawah pentadbiran kerajaaan sekarang. (UMNO-BN)

6.) Rakyat Lenggong sudah mula sedar yang kaya adalah pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat hanya diminta mempersetujui apa saja tindakan mereka, rakyat terus diperlekeh dan di perbodohkan.

Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam Universiti Malaya
Rakyat Lenggong sudah tahu sangat menilai siapakah pemimpin atau bakal pemimpin yang mampu membawa perubahaan dan pembaharuan didaerah Lenggong ini, berdasarkan kemampuan  akademik mahu pun pengalaman didalam bidang pengurusan/pentadbiran selama berkhidmat dengan sektor kerajaan. 

PAS Kawasan Lenggong bukan riak,  dengan sijil dan Ijazah yang di paparkan tetapi, sebagai satu usaha untuk mengatasi fitnah "surat layang" yang mengatakan YDP PAS tiada kelulusan untuk mengimamkan Solat jenazah, Imam solat waktu berjemaah, khalifah bacaan Yaasin dan Tahlil. 

P/s: Orang yang tulis "surat layang"  tu mungkin dah wasiatkan pada waris-waris dia kot, apabila dia meninggal, Wakil Rakyat yang ada ijazah atau sijil syariah je yang boleh sembahyangkan mayat dia. (Inilah bahaya yang dicipta oleh UMNO apabila Agama tidak boleh di campurkan dengan politik.........) Wa Iyya U'Dzubillah, Wallahu A'lam. 




7 ulasan:

  1. Alah.. sama je la. UMNO atau PAS. dua-dua bodoh mcm lembu. Dulu tok nenek korang mati kebulur kepung dek komunis. korang apa tahu. sekarang dah berbalah. bergadus sesama sendiri. Cina jugak yang untung.. PAS dah jadi parti haprak. UMNO jadi Tak guno.. Samo je lah.. Bodoh tak buleh nak ajar. ubahlah. berdamai. bermuzakarah. cari jalan penyelesaian. jangan terlalu ikut dan taksub kepada pemimpin yg tak betul. perbetulkan apa yg tak betul. Nik Aziz pun bukannya hebat sangat dan Najib tu pun bukannya betul sangat pun. kita yg waras ni kena fikirkan. apa pun saya masih tak setuju dgn Ahli Parlimen yg ada sekarang. Shamsul Nasarah si kuda KJ. Kita tukor je dia yop.!! getik bebenor teman.!!

    BalasPadam
  2. Dulu komunis kepung melayu, sekarang melayu UMNO kepung melayu miskin. UMNO Macam kutu,,,,, Kalau tak makan atas kepala rakyat mana dia nak cari makan. Dari UMNO Baiklah PAS, Sokong UMNO tak Guno Mengabihkan beras.

    BalasPadam
  3. modal dia fitnah dulu masa keje dia makan rasuah beratus ribu,bila yang tau dedahkan fitnah konon ...ingat tuhan tak tau ..bodoh punya razman ....atas kepala putih tapi.....hati hitam lebih dari cat hitam lagi

    BalasPadam
  4. kenali ydp pas lenggong yang dulunya korup sebab tu tak sampai pencen,dah sapu berjuta2 pastu cakap kerajaan sekarang korup,pukimak dia,penyokong pas yang bahlol pun percaya......siasat dulu kalau tak percaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bukti ke yob? Inilah jiwa kotor putera puteri UMNO. Yang kamu agungkan UMNO, kini telah menjadikan melayu semakin bodoh. Lihat kalau kroni buat salah boleh terlepas.Tanah rizab melayu semakin menyusut.Pelajaran ke U kena pinjam. Petronas kaya harga minyak dalam negara mahal ( bandingkan dengan negara pengeluar). Bank bumiputera lingkup. Kemasukan warga asing melimpah-limpah dan semakin parah. Felda nak disharekan.kesian peneroka yang telah tua kena bayar pinjaman Untung tak pasti. Kedai melayu semakin menyusut bilangannya terutama di IPOH.Hak istimewa melayu semakin layu.Perumahan harga rendah tak tak nampak lagi.Kami orang susah tak mampu beli rumah ratusan ribu.

      Padam
    2. sokong lah dap tu.........nak tahu melayu duduk mana...........pasal bukti tu.....tanya dia.....apa reaksi dia.......aku kerja macam dia ....aku tau la......kat kg gelok ada sekor lagi........yg buat markas tu ....kalau kau nak tahu

      Padam
  5. Tanpa Nama26 April 2013 4:52 PTG

    PAS lenggong PENIPU besar !!

    Jawab kenapa jug2 diedarkan minta sumbangan !!

    Kalau DUIT NAK PUN minta pada ahli Parti esok kalau menang mmg kempunanlah orang PAS lenggong. UNDI PAS KERANA BOLEH ADA TIKET KE SYURGA ATAU MENKAYAKAN RAZMAN.

    Kalau Razman betul2 ikklas suruh dia jual rumah dia klang yang harganya berjuta2 RM , hasil jualan tu suruh dia distribute pada ahli PAS bukannya kutip duit dari ahli PAS yang miskin [Ko kaya kot, takpa lah] ..

    Saya cabar PAS lenggong buktikan dari mana Razman mengumpul kekayaan sebegitu BANYAK sebelum 5hb Mei pada blog lenggongkite ini.

    Jika PAS Lenggong dapat memberi perincian bagaimana razman menjana duit sebegitu banyak yang sy fikirkan boleh diterima akal fikiran saya AKAN MENGUNDI PAS !!!

    LENNGONG KITE TOLONG SAMPAIKAN CABARAN SAYA PADA RAZMAN !!

    BalasPadam