Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 30 Mac 2012

LAPORAN POLIS: FELDA CUBA NAK MENGELIRUKAN WARGA PENEROKA.

LENGGONG - 29 Mac: Wakil peneroka di 3 Felda disini hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gerik di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.

Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri, Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.

Antara lain pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan berwarna, geran ladang dan rumah, maklumat pentadbir tanah, maklumat anak-anak, status bank, salinan akaun Maybank dan nombor keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Serentak dengan kekeliruan dihadapi peneroka berikutan pekeliling yang mula diedarkan baru-baru ini, mereka mendesak pihak polis menyiasat tujuan dokumen tersebut diperlukan oleh pihak pengurusan Felda itu.

Polis juga didesak menyiasat sejauh mana benarnya pekeliling berkenaan kononnya peneroka dijanjikan dengan durian runtuh (hasil penyenaraian saham) sedangkan mesyuarat (EGM) KPF telah dibatalkan.

Polis juga diminta menyiasat kebimbangan dan kemungkinan geran hak milik peneroka akan dicagar untuk tujuan tertentu di sebalik penubuhan Syarikat Tujuan Khas (SPV) seperti diumumkan Isa Samad.

Jurucakap peneroka Felda yang membuat laporan polis berkenaan, ust Abu Hassan bin hj Khatib, 62, berkata, mereka amat dukacita disogokkan dengan gambaran akan mendapat durian runtuh dalam bentuk saham dan wang tunai melalui pekeliling berkenaan.

“Peneroka terpedaya dengan menuruti semua kehendak pengurusan Felda tanpa memikirkan risiko apabila dokumen yang sangat penting seperti geran hak milik diberikan.”

“Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia masih samar-samar ekoran EGM KPF pada 22 Februari yang lalu dibatalkan sedangkan durian runtuh itu masih tidak jelas apabila disenaraikan.”

“Jadi, terdapat sebahgian warga Felda yang keliru dengan pekeliling tersebut, adakah pengurusan Felda hanya menjadi alat kepada agenda pemimpin tertentu (Ahmad Maslan dan Isa Samad) yang mempertegaskan penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan,” katanya.

Tambah ust abu Hassan, sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pegawai tertinggi Felda, justeru polis diminta menyiasat sejauh mana kebenaran pekeliling tersebut bagi mengelakkan peneroka terpedaya dengan sandiwara pemimpin tertentu yang berselindung di sebalik tawaran durian runtuh.

Sementara itu, Pengerusi BAPA, tn hj. Razman Zakaria hadir memberi sokongan. Turut hadir Naib Timb. Yang Dipertua PAS Lenggong, tn hj. Zainal ketua ketua lajnah kebajikan, en. Hatta abd Aziz serta ajk pas kawasan Lenggong.

Dalam pada itu tn hj. Razman selaku timbalan pengerusi lajnah pembangunan tanah & wilayah Pas Pusat menyokong tindakan warga Felda membuat laporan polis supaya siasatan dibuat kerana semua dokumen penting yang diminta boleh dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

“Segala kemungkinan boleh berlaku, umpamanya mungkin dokumen penting yang diserahkan dibimbangi untuk tujuan tetap menyenaraikan Felda di bursa saham dan tidak mustahil geran hak milik ladang dan rumah dijadikan cagaran sebab geran besar tanah peneroka ada dalam simpanan Felda.

“Saya juga mendesak pekeliling yang amat mengeliru dan membimbangkan peneroka ini ditarik balik dengan segera oleh Felda,” tegasnya.

 ULASAN: Berbagai cara pengurusan Felda yang dikuasai oleh kerajaan BN mencari-cari peluang untuk mencapai matlamat penyeneraian Felda ke Bursa Malaysia, inilah kebimbangan yang duhadapi oleh warga peneroka.

Katanya nak bagi 'Durian Runtuh', nampaknya 'Durian Mangko' jugakla yang bakal diberi kepada warga peneroka nanti.

Yang hairannya baru sekarang ini kerajaan baru mula nak beri macam-macam keuntungan kepada rakyat, mengapa ye? Dah lebih 50 tahun dah diberi kepercayaan.

Mengapa baru sekarang....???

Selasa, 27 Mac 2012

TSUNAMI KECIL MELANDA LENGGONG: Mangsa Mahu Penyelesaian.


Tinggal tapak, rumah dihanyutkan arus deras.

Banyak pihak menuntut penyelesaian segera dicari berikutan insiden banjir besar yang telah menghayutkan beberapa buah rumah ekoran hujan lebat yang melanda di sekitar 2 daerah, Lenggong dan Gerik, pada 10 Mac lalu.


Mereka berpendapat isu banjir kilat di daerah ini sudah berlarutan sejak sekian lama, kejadian banjir berlaku saban tahun menjadi ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda setiap kali hujan lebat turun. Dan sudah tiba masanya untuk meletakkan titik noktah sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi masyarakat penduduk disini.

YDP PAS Kawasan Lenggong, tn hj Razman Zakaria, berkata, "suatu langkah penyelesaian segera dan lebih bermanfaat perlu diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang berpanjangan."



Paras Banjir, lumpur memenuhi rumah
Tambahnya lagi, "jika kita lihat kos untuk mendalamkan sungai selama tempoh berberapa tahun kebelakangan ini masih gagal  menangani masalah banjir, angka perbelanjaannya telah mencecah berjuta-juta ringgit, tetapi masih tetap tidak menemui jalan penyelesaiannya."

"Sebagai langkah terbaik, kerajaan negeri MB Perak perlu bertindak  bagi menjamin keselamatan  Penduduk dengan menyediakan tapak penempatan semula untuk Mangsa-mangsa yang sering mengalami bencana banjir. Kebanyakan mereka, masih lagi tinggal diatas tanah rizab sungai dan tanah TOL." Katanya ketika kunjungan menziarahi mangsa banjir baru-baru-ini.

Hutan gondol, tanah runtuh kerana projek tanam semula Felda.
"Kita tidak boleh hanya mengharapkan pihak Jabatan Pengairan saliran (JPS) menyediakan perancangan jangka pendek sahaja untuk mengurangkan kejadian banjir.
 Ia memerlukan campur tangan pelbagai pihak, perancangan jangka pendek adalah untuk melaksanakan kerja-kerja penggalian semula sungai-sungai dan sistem saliran untuk membuang kelodak, mendapan dan sekatan-sekatan untuk memastikan aliran sungai terlancar bagi mengurangkan limpahan air berlaku."" katanya.

Titi gantung roboh dihanyutkan arus deras.
Tinjauan kami berpendapat, semua pihak perlu menitik-beratkan usaha menyelamatkan ekosistem tadahan hujan dengan lebih bersistematik. Penebangan hutan dan projek tanaman semula serentak di 3 Felda disini juga didapati telah memberikan kesan terhadap hakisan tanah yang menyumbang berlakunya banjir luarbiasa.

Tiang tumbang, rumah roboh dihanyut air deras.
Curahan hujan yang berlaku, menyebabkan limpahan air dan lumpur larian permukaan dari sistem perparitan setempat dan melimpahi sungai yang akhirnya menjadi cetek dan tidak mampu menampung lebihan air hujan lebat boleh menyebabkan banjir besar.

Menurut tn hj. Razman, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai masalah yang timbul setiap tahun apabila berlakunya banjir besar, terutamanya melibatkan penduduk-penduduk kampung yang tinggal dipesisir sungai. Mereka tidak mempunyai pilihan lain, kerana tidak mempunyai tanah untuk berpindah.
Arus deras telah meruntuhkan dinding rumah.


Luahan kami dan harapan mangsa-mangsa banjir supaya, semua pihak yang berwajib dapat menyelesaikan masalah mereka dengan sebaik mungkin, sekiranya masih ada peluang untuk mereka keluar daripada ancaman bahaya banjir yang boleh meragut nyawa dan harta benda setiap tahun.

Selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat & Pengerusi Lajnah sama di Perak, tn hj. Razman akan memastikan masyarakat penduduk yang terlibat akan diberi perhatian yang sewajarnya jika beliau diberi mandat oleh rakyat pada Pilihanraya umum akan datang sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menguasai Negeri Perak dan Putrajaya, Insya-Allah.

ULASAN:- Tanah Perak Ini Luas, apa salahnya tanah-tanah yang ada diberikan kepada rakyat yang memerlukan? Rakyat tidak diberikan hak untuk mendapatkan tanah, kerajaan juga rugi kerana tidak mendapat hasil cukai tanah. 

Sekiranya jika tanah diberi kepada rakyat, kerajaan akan memperolehi bayaran hasil premium dan cukai hasil tahunan daripada pemilik tanah tsb.

Atau mungkin kerajaan sengaja melengah-lengahkan permohonan rakyat, yang mana bayaran permohonan atas tanah TOL lebih menguntungkan kerajaan kerana bayarannya lebih tinggi daripada cukai hasil tanah tahunan...???

Jika begitu kerajaan Umno-Be End sengaja mahu mengaut keuntungan daripada rakyat miskin, sambil memeras secara terhormat dengan umpan nak beri geran dari tahun ke tahun hinggalah sekarang. 

Tak ada gunanya slogan rakyat didahulukan....... Tukar sekarang, ubah kerajaan.... itulah yang terbaik untuk rakyat.


Sabtu, 17 Mac 2012

APA SUDAH JADI DENGAN LADANG TEH LENGGONG?

          Sekitar tahun 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa teh lenggong ternyata berbeza dengan teh - teh yang lain. Ini adalah satu produk yang dapat dibanggakan oleh penduduk Lenggong dan kerana teh Lenggong juga Lenggong dikenali di merata tempat. Tanah  milik PKNK dikatakan seluas 700 ekar dibangunkan serta memberi manfaat peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
          Tetapi semuanya tinggal kenangan... kini tiada lagi teh Lenggong. Produk yang dulu menjadi kebanggaan kini telah ditelan zaman. Tidak tahu dimana silapnya, projek kerajaan negeri ini terhenti begitu sahaja.. kilang memproses teh ditinggalkan, ladang teh yang dahulunya subur kini dikatakan menjadi semak samun. Tidak pernah dinyatakan sebab musabab kenapa projek ini dihentikan.
           Bagi memperolehi maklumat sebenar, baru - baru ini rombongan Pas Kawasan Lenggong mendaki bukit untuk meninjau dengan sendiri apa sebenarnya yang berlaku dan ingin melihat sendiri keadaan ladang teh ini. Setibanya diatas puncak bukit kami dapati lain keadaanya daripada apa yang didengar sebelum ini.
           Rombongan kami disambut oleh seorang warganegara asing. Setelah kami mendengar apa yang diterangkan dan meninjau kedaan diatas dengan bantuan wargaasing ini rupanya ada sesuatu telah berlaku di tanah ladang teh ini yang selama ini diluar pengatahuan semua.
           Tanah ladang teh ini sebenarnya telah diserahkan kepada satu syarikat peladangan yang kini giat menarah bukit ini untuk menanam sejenis pokok balak untuk dijadikan bahan membuat kertas. Difahamkan juga pokok yang ditanam ini telah diharamkan oleh negara Australia kerana mempunyai kesan terhadap alam sekitar.
          Persoalan yang timbul hasil dari tinjauan yang dibuat ini :


  1. Bagaimanakah tanah milik kerajaan negeri (PKNK) diserahkan kepada syarikat ini?
  2. Bagaimana pula kesan terhadap ekosistem atau pencemaran yang berlaku hasil daripada penebangan dan pembersihan hutan yang dilakukan?
  3. Tidak adakah pemantauan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar kerana banyak pencemaran berlaku?
  4. Kemanakah hasil kayu balak yang ditebang semasa kerja membotakkan bukit ini?
  5. Bagaiman pula pokok yang diharamkan oleh Australia dibenarkan ditanam di Malaysia? Rujuk disini :  





    http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html




         Sebagai anak Lenggong yang perihatin, kami mahukan penjelasan yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Selamatkan tanah di Lenggong ini.




Kilang memproses serbuk teh  yang ditinggalkan

Warga asing sedang memberi taklimat kepada Hj Razman tentang spesis pokok yang ditanam di tapak ladang teh Lenggong yang dikatakan telah diharamkan di Australia.

 Rumah kongsi pekerja syarikat berkenaan

 Hasil balak setelah bukit ladang teh digondolkan

 Lihatlah apa lagi yang tinggal?

 Tidakkah mereka memikirkan kesan sebegini rupa yang mungkin membawa padah kepada penduduk Lenggong







Nantikan siri - siri pendedahan  yang berikutnya berkenaan ladang teh ini!

Rabu, 14 Mac 2012

BANTULAH GOLONGAN MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN

KAMPUNG TAWAI, GERIK: Kunjungan 7  Mac lalu ke sini untuk menemui asnaf, Abd Rahim bin Hassan, 41, yang mendiami sebuah bilik dibelakang rumah, bersama isteri dan 2 orang anak-anaknya, sangat menyentuh perasaan kami.

Ruang bilik sempit, menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga dibelakang rumah orangtuanya yang tidak mempunyai dinding untuk keselesaan mereka seisi keluarga. Begitu juga keadaan bilik air yang tidak mempunyai dinding untuk membasuh dan mandi.

Abd Rahim tidak mampu memiliki atau menyewa rumah dan tiada pekerjaan tetap. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pembantu peniaga dipasar-pasar malam bagi menyara isteri dan 2 orang anak yang berusia 5 dan 2 tahun dengan pendapatan yang tidak menentu.

Ketika berada didalam serba kekurangan, beban kemiskinan beliau menjadi semakin berat setelah terpaksa berhenti bekerja sejak 3 bulan lalu, kerana menghidapi penyakit injap jantung rosak.
Penyakit dialaminya, menyebabkan beliau tidak mampu melakukan sebarang kerja dan sering mengalami keletihan disamping, terpaksa berulang-alik 3 kali seminggu untuk berjumpa doktor di hospital Gerik pada masa ini.

Disebabkan tidak ada punca pendapatan untuk menanggung sara hidup mereka sekeluarga, isterinya Fadzlina Mat Yusof, 40, kini berkerja sebagai pencuci pejabat secara kontrak. Gaji diterimanya sebanyak RM250 sebulan, tidak mencukupi untuk membeli keperluan harian  mereka seperti ,makan minum untuk anak-anak yang masih kecil.

Menurut Abd Rahim, sebelum menghidapi penyakit ini, beliau tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan tidak berputus asa berusaha untuk keluar dari kemiskinan hidup yang ditanggungnya selama ini. Tetapi segala usahanya menjadi buntu kerana keuzurannya dan kini dia terpaksa bergantung hidup dengan pendapatan dari gaji isterinya semata-mata.

Kami dimaklumkan oleh ibubapanya yang telah uzur, mereka sekeluarga tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini, dan memohon supaya ada pihak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal atau mana-mana pihak yang berwajib dapat memberikan bantuan yang sewajarnya supaya kehidupan mereka lebih terbela.

Kunjungan ziarah kami disini hanya sekadar dapat memberikan sedikit bantuan makanan untuk bertahan selama beberapa hari sahaja.

Harapan kami agar, ziarah ini memudahkan pihak-pihak yang berwajib, badan-badan amal, NGO atau sesiapa juga dapat mengambil peranan bagi membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan lantaran kemiskinan.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan atau bantuan sila hubungi maklumat seperti berikut:-

Nama: Abd Rahim bin Hassan.
No. Tel: 012-532 8152.
No. Akaun CIMB: 0810 – 0062904 – 52 – 2.
Alamat: No: 116, Kg. Baru Kaki Bukit. Tawai, 33300. Gerik, Perak.





Sabtu, 10 Mac 2012

Bencana Banjir Lenggong.


(Kota Tampan Banjir Lagi)

LENGGONG: 10 Mac - Hujan lebat selama 7 jam telah menyebabkan Penduduk didaerah ini sekali lagi menghadapi banjir menyebabkan 3 keluarga di Taman Perumahan Awam Kota Tampan disini, dipindahkan ke Surau Ibnu Zakaria, Kg. Luat, selain rumah saudara-mara kerana bimbang paras air naik semakin tinggi pada malam tadi.

(Kedai Runcit Ditenggelami Air)
Ekoran hujan lebat yang turun bermula jam 7 petang itu, rumah penduduk di 10 buah kampung disini terjejas teruk, mangsa hanya sempat menyelamatkan barang-barang penting sahaja disebabkan rumah mereka dinaiki air dengan cepat.

Antara kampung yang terjejas teruk ialah di Kg. Malau, Kg. Lawin, Kg. Padang Jeri, Kg. Padang Kunyit, Kg. Gelok, Kg. Sumpitan, Kg. banggol Belimbing, Kg. Banggol Batu dan Kg. Lubuk Kawah.

(Rumah Ditenggelami Banjir)
Bagaimanapun semua mangsa dilaporkan selamat dan masih berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca yang masih menunjukkan musim hujan masih belum berakhir.

Kesemua mangsa telah mengalami kerugian harta benda dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

(Air Naik Mendadak dan Terpaksa Berpindah lagi  Ke Surau Ibnu Zakaria Kg. Luat Pula.)
Berikutan itu, Skuad Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Kawasan Lenggong menyeru kepada semua masyarakat tampil untuk menghulurkan derma atau sumbangan “Bencana Banjir Lengong” dengan menghubungi ketua dan setiausaha skuad, Sdr Hatta Abd Aziz di talian; 013-594 6944 atau; 013-502 0254, sdr Mohd Rashidi Yusuf, supaya bantuan itu dapat agihkan terus menurut keperluan mangsa-mangsa banjir banjir disini.

(Masjid Al Ikhsaniah Dinaiki Air)
Sementara itu, Jab. Amal Lenggong juga mengharapkan lebih ramai sukarelawan membantu dengan menghubungi ust Wazir Mat Zin ditalian; 010-384 1527 atau; 017-530 3858 sdr Ku Azwan Ku Zainal, supaya  turun bersama-sama mereka membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan daripada semua pihak pada ketika ini.

(Ruang Solat Setelah Dibersihkan.)
 

(Amal Kerana Allah.)




Selasa, 6 Mac 2012

JABATAN AMAL PERAK TERUSKAN BERBAKTI UNTUK RAKYAT KERANA ALLAH: PESURUHJAYA PAS PERAK

JABATAN AMAL PERAK TERUSKAN BERBAKTI UNTUK RAKYAT KERANA ALLAH: PESURUHJAYA PAS PERAK
IPOH, 4 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian melahirkan rasa penghargaan yang sangat tinggi dari PAS Perak kepada seluruh anggota Jabatan Amal khususnya di Perak yang telah banyak membantu PAS Perak dari segala sudut.
Beliau menyatakan demikian dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta Ipoh.

Menurut beliau, PAS  sangat menghargai Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana hari ini Jabatan Amal semakin mengorak langkah megah sebagai sebuah pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.
Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau.
Memetik ucapan beliau,
“ Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela”
“ Lihat sahaja sumbangan besar ahli Jabatan Amal dalam beberapa pehimpunan yang besar, tugas mereka jelas membantu pasukan keselamatan awam bagi mengawal keadaan”

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan”

“ Malah ramai diantara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarbangsa”

Dalam ucapannya juga, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa ahli Jabatan Amal sebagai golongan yang sedia memberikan khidmat secara ikhlas kepada masyarakat tanpa ada apa-apa ganjaran menarik.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat setempat yang hadir agar  turut serta dalam Jabatan Amal ini agar jabatan ini dapat diperkuatkan lagi fungsinya.

Turut serta dalam majlis itu ialah Haji Razman selaku Timbalan 3 Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Dahlan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Nazre Din dan Ustaz Hafez Sabri dari Dewan Pemuda PAS Perak.

Jumaat, 2 Mac 2012

KES PENYELEWENGAN FELCRA BERHAD - Dato' Tajuddin Rahman mesti jawab!

            Projek ternakan lembu berskala besar yang diwar-warkan Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Rahman sebelum ini dapat menjana ekonomi, menambah pendapatan dan peserta Felcra bakal menerima RM500 hingga RM1000 sebulan sebelum ini hanyalah temberang sahaja. Lihatlah bagaimana Pengerusi Felcra inidengan bangganya mengumumkan tentang projek ini yang dianggarkan bernilai lebih dari RM18 juta. Tinjauan yang telah dibuat baru - baru ini mendapati projek ini nampak lesu. Dari maklumat - maklumat yang diperolehi hasil daripada tinjauan dan pertanyaan yang dibuat 
keatas pakerja ladang ini, ternyata ianya hanyalah tanggungan kepada Felcra sahaja.

             Apa yang dimaklumkan purata pengeluaran lembu oleh syarikat ini hanya sekitar 3 ekor seminggu dan lebih kurang 12 hingga 15 ekor sebulan. Dari jumlah ini kita dapat mengetahui pendapatan syarikat ini daripada hasil jualan lembu. Boleh dikatakan cukup untuk membayar gaji pekerja sekitar 15 orang. Baka lembu yang diimport dari Thailand ini tidak menjanjikan sebarang keuntungan kepada Felcra. Harga anak lembu yang dibawa masuk sahaja menjangkaui RM1000 seekor.
   
                  Walaupun telah beroperasi lebih 5 tahun, projek ini masih suram, seolah - olah biar nampak ada lembu daripada ditutup terus. Tinjauan dan pertanyaan kepada masyarakat tempatan juga memberi gambaran bahawa projek ini hanya satu pembaziran. Mereka yang rata - rata peserta Felcra di Changkat Lada sudah jemu dengan janji manis wakil rakyat ini.                       

                 











    Yang amat menyedihkan lagi.. lembu - lembu yang diternak ini dijadikan seperti harta mereka sendiri. Digunakan untuk kepentingan UMNO/BN yang hanya memikirkan kuasa yang mereka ada tanpa melihat kesusahan rakyat. Lembu - lembu ini difarait dikalangan wakil rakyat BN untuk edaran hari raya Qurban. Ini buktinya  :