Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 31 Disember 2010

Peluk Islam Setelah Temui Sungai Tawar Di Lautan Masin Seperti Tertulis Dalam Al-Quran





Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Qur'an

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. 

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


» KETERANGAN

Gambar 01


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut: 

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu” (QS Fushshilat 53).

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi” (Q.S Al Furqan 53).

Pada suatu hari Mr.Jacques Yves Costeau ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Gambar 02


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi; “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.

Gambar 03


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Gambar 04


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Rabu, 29 Disember 2010

BERTAHUN-TAHUN JALAN ROSAK DIBAIKI SECARA GOTONG-ROYONG

LENGGONG 26 Dis 2010: Jalan Tekok yang menjadi laluan utama bagi lebih 300 penduduk di Kampung Chepor Hulu dekat sini yang mengalami kerosakan teruk sejak bertahun akhirnya dibaik pulih secara bergotong-royong setelah mengambil kira keselamatan penduduk yang melaluinya.


  Lebih 30 penduduk keluar untuk menyiapkan kerja baik pulih jalan itu secara bergotong-royong apabila tidak diendahkan pihak-pihak bertanggungjawab yang sepatutnya berusaha mendapatkan peruntukan segera.
 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Program itu, Mat Saad Abdul Rahman, 60, berkata usaha baik pulih itu terpaksa dibuat secara bergotong-royong berikutan jalan itu yang juga disebut Jalan Tok Goling adalah laluan utama bagi penduduk yang hendak keluar ke pekan, ke ladang dan juga digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.
  "Kami bermesyuarat di surau kariah Hulu Chepor dan sepakat untuk membaik pulih jalan itu secara bergotong-royong, di mana modal untuk membeli simen kami kutip daripada penduduk.
  "Ada penduduk yang derma wang ringgit secara ikhlas yang tidak kami tetapkan sekian-sekian banyaknya dan ada juga yang derma simen sekampit," katanya ketika ditemui selepas gotong-royong. Mat Saad berkata, sekiranya hendak menunggu peruntukan  untuk baik pulih jalan itu tidak tahu bila, sementara jalan terus mengalami kerosakan teruk, manakala orang ramai tetap melaluinya, lebih baik dibaiki secara gotong-royong.
Pengumpul dana program itu, Ahmad Kushairi Mat Dayeb, 58, berkata selepas bermesyuarat untuk bergotong-royong, mereka berjaya mengumpul hampir RM500 untuk membeli simen dan mereka beruntung kerana pasir hanya diangkut dari Sungai berdekatan  tanpa perlukan perbelanjaan.
 Seorang warga emas, Saari Goling, 84, berkata jalan tar sepanjang hampir 1 km itu dibina hampir 10 tahun lalu dan telah mengalami kerosakan di sebahagian besar, terutama di kawasan yang dibaik pulih secara bergotong-royong itu.
  Katanya, sudah dua musim banjir berlaku menyebabkan jalan itu mengalami kerosakan teruk sehingga ada tempat-tempat yang dawainya menonjol membahayakan laluan kenderaan.
 
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Ahmad Ruzi Bahari, 46, berkata permohonan untuk keseluruhan jalan dalam kampung sepanjang 3 km telah dibuat dan berharap diluluskan pada tahun depan.
Katanya yang turut bersama dalam program gotong-royong itu, bukan saja jalan Tekok yang mengalami kerosakan, banyak lagi jalan lain yang juga rosak dan permohonan dibuat untuk keseluruhannya.

Sementara itu, Tuan Hj. Razman Zakaria dijemput bertemu  dengan penduduk yang sedang menjalankan kerja gotong -royong tersebut untuk mengadakan kenduri tahlil  pada hari yang sama setelah kerja-kerja itu siap dilaksanakan  oleh penduduk Kg. Chepor.
                             

PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK) KECEWA DENGAN PERLANTIKAN PENGERUSI FELDA YANG BARU

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) sangat dukacita dengan pengumuman pejabat Perdana Menteri mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Alasan kononnya Tan Sri Isa mempunyai kemampuan dan perkhidmatan yang efisien terlalu longgar dan dangkal berasaskan latarbelakang beliau sebagai Menteri Besar

Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan.
Sabitan rasuah 5 daripada 9 pertuduhan politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan September 2004 masih diingati rakyat negara ini kerana liputan meluas mengenainya. Beliau yang digantung keahliannya selama 6 tahun adalah bukti jelas pembabitannya dalam amalan rasuah yang sangat menjijikkan.

Bukan itu sahaja; penduduk Negeri Sembilan pun tahu betapa korupnya beliau ketika menjadi Menteri Besar selama 22 tahun. Beliau melepaskan jawatan tersebut dengan isu ternakan babi di Bukit Pelandok yang memaparkan wajah sebenar siapa beliau. Ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan; beliau dilihat gagal berperanan sebaliknya menggunakan hubungan baik dengan tauke tertentu untuk mendapat habuan bagi menyogok perwakilan dalam pemilihan parti. Saya sendiri pernah menghantar memorandum kepada Badan Pencegah Rasuah(nama ketika itu)mengenai penglibatan Isa Samad dalam aktiviti korup beliau.

Adalah pelik bagaimana tokoh kitar semula ini dilantik menerajui Felda, sebuah GLC terpenting milik orang melayu dengan track record yang begitu buruk?
Kenyataan Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini yang mendedahkan kejayaan anak-anak peneroka dalam kerjaya mereka sebagai seorang ahli korporat, profesional dan ahli akademik yang berjaya; nampaknya tidak memberi apa-apa makna. Kenapa tidak dilantik dikalangan mereka; yang sekurang-kurangnya boleh menandingi pencapaian Tan Sri Raja Alias, bekas Pengerusi Felda dulu.

Bayangkan, di zaman Tan Sri Yusof Nor sebagai Pengerusi Felda(1 Julai 2001-31 Dis 2010)pelbagai cerita, skandal dan krisis berlaku. Pendedahan Datuk Ahmad Maslan sendiri di Parlimen yang mengesahkan rezab Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 ke RM1.3 bilion pada tahun 2009 membuktikan Felda sedang bermasalah akibat salah urus, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Adakah dengan perlantikan Isa Samad akan menyempurnakan pakej manusia korup menerajui Felda iaitu Ahmad Maslan, Isa Samad dan Najib Tun Razak?

Tanah seluas 905,000 hektar adalah aset 112,635 orang peneroka dan akan di warisi oleh lebih sejuta generasi kedua dan ketiga Felda. Kenapa mereka ini tidak pernah dirundingkan terlebih dahulu?
Saya penuh yakin tidak akan ada yang menyokong Isa Samad melainkan para pengampu Felda sahaja. Ketika ini pun puluhan sms dan panggilan talipon yang saya terima membantah perlantikan Isa Samad dan mendesak sesuatu dilakukan.

Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak Perdana Menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. ANAK akan menggerakkan pungutan tandatangan seluruh warga Felda mulai 1 Januari 2011 ini dan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri dalam tempoh sebulan.

Jika ianya gagal melembutkan pendirian Perdana Menteri, suatu Memorandum akan diserah ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk memohon campurtangan baginda. Pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa Samad tidak akan dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru. Perdana Menteri telah melakukan kesilapan besar atas perlantikan ini. KATAKAN TIDAK KEPADA ISA SAMAD!


MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden ANAK
HP 0197130103

28 Dis 2010

Selasa, 28 Disember 2010

LENGGONG: Jalan Tekok yang menjadi laluan utama bagi lebih 300 penduduk di Kampung Chepor Hulu dekat sini yang mengalami kerosakan teruk sejak bertahun akhirnya dibaik pulih secara bergotong-royong semalam.
  Lebih 30 penduduk keluar untuk menyiapkan kerja baik pulih jalan itu secara bergotong-royong apabila tidak diendahkan pihak-pihak bertanggungjawab yang sepatutnya berusaha mendapatkan peruntukan segera.
  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Program itu, Mat Saad Abdul Rahman, 60, berkata usaha baik pulih itu terpaksa dibuat secara bergotong-royong berikutan jalan itu yang juga disebut Jalan Tok Goling adalah laluan utama bagi penduduk yang hendak keluar ke pekan, ke ladang dan juga digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah.
  "Kami bermesyuarat di surau dan sepakat untuk membaik pulih jalan itu secara bergotong-royong, di mana modal untuk membeli simen kami kutip daripada penduduk.
  "Ada penduduk yang derma wang ringgit secara ikhlas yang tidak kami tetapkan sekian-sekian banyaknya dan ada juga yang derma simen sekampit," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui selepas gotong-royong.
  Mat Saad berkata, sekiranya hendak menunggu peruntukan  untuk baik pulih jalan itu tidak tahu bila, sementara jalan terus mengalami kerosakan teruk, manakala orang ramai tetap melaluinya, lebih baik dibaiki secara gotong-royong.
  Pengumpul dana program itu, Ahmad Kushairi Mat Dayeb, 58, berkata selepas bermesyuarat untuk bergotong-royong, mereka berjaya mengumpul hampir RM500 untuk membeli simen dan mereka beruntung kerana pasir hanya diangkut dari Sungai Chepor tanpa perlukan perbelanjaan.
  Seorang warga emas, Saari Goling, 84, berkata jalan tar sepanjang hampir 1 km itu dibina hampir 10 tahun lalu dan telah mengalami kerosakan di sebahagian besar, terutama di kawasan yang dibaik pulih secara bergotong-royong itu.
  Katanya, sudah dua musim banjir berlaku menyebabkan jalan itu mengalami kerosakan teruk sehingga ada tempat-tempat yang dawainya menonjol membahayakan laluan kenderaan.
  Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Ahmad Ruzi Bahari, 46, berkata permohonan untuk keseluruhan jalan dalam kampung sepanjang 3 km telah dibuat dan berharap diluluskan pada tahun depan.
  Katanya yang turut bersama program gotong-royong itu, bukan saja jalan Tekok yang mengalami kerosakan, banyak lagi jalan lain yang juga rosak dan permohonan dibuat untuk keseluruhannya.

PROJEK LEMBU FELCRA BERSKALA BESAR

Bio - Valley Felcra Seberang Perak merupakan projek Felcra Bhd yang mendapat liputan secara meluas setelah diwar-warkan oleh Pengerusi Felcra, Dato' Tajuddin Rahman. Peruntukan sebanyak RM18 juta telah dikeluarkan oleh Felcra untuk membeli 800 ekor anak lembu yang dianggarkan seekor anak lembu berharga RM22,000 sedangkan laporan yang dibuat Felcra pembelian anak lembu dari luar negara hanya antara RM300 ke RM400 seekor yang hanya melibatkan jumlah kos tidak sampai RM500,000. Malangnya projek ini indah khabar dari rupa. Peruntukan sebesar ini siapa yang mendapat keuntungan?? peserta ataupun individu lain?? Secara logiknya peserta Felcra yang sepatutnya mendapat hasil dari keuntungan projek ini bukan Pengerusi Felcra dan kumpulan penyamun UMNO. Felcra ini milik rakyat, bukan milik UMNO!.. Kepada wakil rakyat UMNO yang terlibat dalam kegiatan samun lembu Felcra ini dinasihatkan supaya berhenti dari meneruskannya. Malu la sedikit dengan rakyat, wang sudah berjuta dikaut melalui pelbagai cara, jangan lah sampai lembu pun nak disamun juga... kalau Tan Sri Khalid MB Selangor dibesar-besarkan kes pemberian lembu kerana hanya memberi lembu kepada yang tiada dalam senarai, bagaimana pula Kumpulan Penyamun Lembu Felcra dari UMNO ini??? Senyap sunyi.... memang benar kata P.Ramli, ini undang-undang ana yang bikin....
 Kepala penyamun sedang melawat lembu Felcra. Selalunya dekat musim hari raya Qurban.

Berita Projek Lembu yang diwar-warkan dalam Akhbar Sinar Harian 6/6/2010

Laporan akhbar Utusan Malaysia 7/12/2008 yang menyiarkan ketidakpuasan hati peserta Felcra berkenaan projek lembu ini.

MASALAH PENDUDUK KAMPUNG DISELESAIKAN SENDIR OLEH RAKYAT



KAMPUNG CHEPOR, Lenggong: 26 Dis – Masyarakat penduduk kariah surau di Kampung Hulu Chepor bertindak melakukan kerja bergotong-royong setelah menerima sumbangan derma daripada orang ramai untuk membaiki kerosakan teruk jalan di situ setelah bertahun-tahun jalan rosak itu tidak dibaikpulih.

Menurut kenyataan penduduk, sudah begitu lamma kali penduduk disitu membuat aduan kepada pihak JKKK supaya membaikpulih dengan segera kerana kenderaan yang melalui jalan tersebut sering mengalami kebocoran tayar disebabkan dawai jalan berkenaan bercaracak diatas permukaan jalan, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Pengerusi JKKK di Kampung tersebut.


pakatan gotong -royong bagi membaiki kerosakan teruk jalan utama yang menghubungkan penduduk disitu ke pekan Lenggong.

Selama dua musim banjir melanda menyebabkan kerosakan jalan tersebut, aduan telah dibuat kepada JKKK apabila banyak kenderaan mengalami kebocoran tayar semasa melalui jalan tersebut, tetapi tidak diambil berat oleh JKKK untuk membuat sebarang permohonan bagi membaik pulih jalan utama yang menghubungkan 300 orang penduduk di situ.
Ekoran itu, masyarakat kariah surau Kampung Hulu Chepor mengadakan kesepakatan membuat kutipan derma ikhlas untuk memperbaiki jalan secara gotong-royong setelah mengambil kira keselamatan masyarakat penduduk yang berulang-alik melalui jalan tersebut ke pekan Lenggong.

GAMBAR SEKITAR CERAMAH SEMPENA PELANCARAN BAPA DI LENGGONG





PELANCARAN BADAN BERTINDAK PESERTA FELCRA KEBANGSAAN (BAPA)

         Pelancaran Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) di selamat di sempurnakan pada 25/12/2010 jam 2.00 petang di Markas Tarbiah Air Kuning.Majlis perasmian di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ust Nasaruddin Mat Isa. Turut hadir dalam majlis ini ialah Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat & Pengerusi Lajnah Tanah dan Pusat), Ust Abu Bakar Hussin (Pesuruhjaya PAS Perak) dan dihdiri kira-kira 300 orang terdiri daripada pimpinan PAS Kawasan serta peserta Felcra dari seluruh Perak.
         BAPA dipengerusikan oleh Hj Razman Zakaria yang antara lainnya berfungsi sebagai pengantara peserta Felcra dan pihak pengurusan Felcra bagi membuat rundingan serta menyelesaikan segala isu yang dibangkitkan peserta sesuai dengan tema pelancaran BAPA 'bersama kita mengangkat hak dan ekonomi peserta'.
         Diharapkan dengan adanya BAPA ini dapatlah digunakan sebaiknya oleh peserta Felcra khususnya dalam bersama-sama berjuang dan menuntut hak dan harapan juga di letakkan kepada BAPA agar terus menjadi pembela kepada peserta Felcra khususnya orang melayu di kampung-kampung.
 ucapan aluan pengerusi BAPA, Hj Razman Zakaria
 Antara yang hadir
 Mazlan Aliman sedang menyampaikan ucapan. Idea penubuhan BAPA dicetuskan oleh beliau.
 Ucapan perasmian oleh Ust Nasaruddin Mat Isa.
Kemuncak perasmian.

Jumaat, 24 Disember 2010

INI KAH GERAKAN YANG DIKATAKAN PENGKHIANAT BANGSA???


Yang hendak membantu & menolong bangsa sendiri di katakan pengkhianat bangsa, yang cuba sedaya upaya menuntut hak bangsa melayu yang dizalimi ini dikatan membuat fitnah, Yang memperjuangkan Melayu hanya mampu melihat bangsa Melayu itu ditindas, ditipu malah didalam golongan yang memperjuangkan Melayu ini jugalah sebenarnya yang menzalimi Melayu.. Ubah sekarang selamatkan Melayu dari jajahan UMNO/BN.

LAGI KES PESERTA FELCRA DAERAH LENGGONG KEHILANGAN TANAH


          Kalau Pembangkang bangkitkan soal penindasan oleh FELCRA kita dituduh menabur fitnah, cari isu politik murahan dan sampai dituduh pengkhianat bangsa. Pembangkang  membangkitkan soal ini kerana ini adalah isu besar orang Melayu di Lenggong ini dengan buktinya sekali. Pembangkang tidak pernah membuat dakwaan semborono malahan dari awal lagi pihak Pembangkang ini bersedia ke mahkamah jika ini dakwaan palsu. Pihak Pembangkang bersedia menghadapi cabaran ini.
          Lihatlah keadaan kehidupan peserta FELCRA sekitar Kg.Luat, Kg.Chepor dan Kg. Beng FELCRA yang rata-rata masih ditahap kemiskinan dan mereka dijanjikan sesuatu yang indah oleh Kerajaan dan pihak suatu masa dahulu. Rupanya hasil tidak sebanyak mana, dan lebih menyedihkan tanah yang diusahakan sekian lama hilang hak milik apabila diserahkan kepada FELCRA. Kes ini beberapa kali sudah diajukan ke pihak pengurusan FELCRA dan sehingga kini FELCRA masih membisu. 
         Yang selama ini mengaku sebagai 'PEMBELA MELAYU' ini tidak prihatin kah mereka?? atau sengaja buat-buat tak tahu?? Atau lebih tepat lagi kerana dijanjikan 5 ekor lembu qurban milik FELCRA setiap tahun. Kerana nafsu gila puak-puak ni juga lah yang menyebabkan melayu di Lenggong terus ditindas oleh FELCRA dan Penyamun Lembu.... Hidup YB Lembu....  
          Kalau dilihat diatas pentas ketika menyampaikan ceramah atau ucapan, sememangnya terpaut hati orang-orang kampung kepada YB Lenggong  ini. Muka  tak la sampai macam Dato' Tajuddin Rahman tu... ada la seri jugak, tapi bila kita tengok surat kelulusan permohonan lembu qurban milik FELCRA yang tertera nama YB Lenggong ni, Ya Allah.... Sungguh tak di sangka-sangka YB Lenggong 'Penyamun Lembu'... malu jugak la kita ni orang Lenggong kan... maklum la kalau dalam Parlimen, YB Lenggong ni dikenali sebagai pendiam, tak banyak cakap, kalau ada pun sekali sekala je, tu pun berbahas 'standard Diploma Maktab' je... Masalah itu tidak mengecewakan orang Lenggong kerana rata-rata orang Lenggong ni faham itu lah standard YB kesayangan mereka. Akan tetapi bila diketahui secara meluas di Lenggong ini yang YB mereka terlibat secara langsung dalam  'Pakatan Penyamun-Penyamun Lembu FELCRA' (PPPLF) satu lagi PAKATAN selain PAKATAN RAKYAT ni, habis malu 1 LENGGONG..

Selasa, 21 Disember 2010

Rakyat Berubah BN Rebah


Parti Islam SeMalaysia Pas mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat dan peserta konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya.

Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba takut perubahan kerana mereka tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik.

Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu  praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar  jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan.

Pas mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa  100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka.

Pas ingin mengigatkan kepada umno BN bahawa PR mampu untuk mentadbir negara. PR sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan,  ketelusan untuk mengurus insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia. Insya Allah.

Jumaat, 17 Disember 2010

BUKTI PENYELEWENGAN PIMPINAN UMNO DI DALAM PENGURUSAN FELCRA

Berikut adalah bukti penyelewengan penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra. Pengerusi Felcra menggunakan kuasanya meluluskan pemberian lembu korban kepada Ahli Parlimen UMNO. Sepatutnya pimpinan UMNO perlu mengutamakan nasib peserta Felcra yang masih lagi berada ditahap kemiskinan. Bela lah mereka bukan makan hasil mahsul mereka.. Jika betul  niat untuk ibadah Qurban, fikirkan hukum hakam soal Qurban ini sedalamnya... Buktinya dah ada, jadi kita biarkan orang-orang Lenggong menilai bukti tersebut.  YB Lenggong pun ada dalam senarai nama penerima 5 ekor lembu... Persoalannya, lembu Qurban itu diniatkan untuk siapa...??? Tak malu ke muka dia apabila dengan bangganya memberi lembu ini kepada orang-orang Lenggong dengan ungkapan "Sumbangan Ikhlas Daripada Ahli Parlimen Lenggong"..........





TAKLIMAT KHAS KEPADA BEKAS KETUA KAMPUNG PAKATAN RAKYAT DAN AHLI MAJLIS

Taklimat ini diadakan pada jam 5.00 petang di bilik seminar Rumah Rehat Lenggong. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah kerana ingin mengumpulkan semula seluruh bekas ketua kampung PR ini setelah sekian lama tidak bersua. Kesempatan ini juga digunakan YDP, Hj Razman untuk menyampaikan taklimat gerakkerja pilihanraya, suntikan semangat untuk kembali memulakan gerakan dalam usaha memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di Lenggong




CERAMAH KELOMPOK DI CAWANGAN ULU KENDERONG

Ceramah kelompok ini diadakan hasil perbincangan saat akhir antara Ketua Penerangan PAS Kawasan dan pemuda Ulu Kenderong memandangkan ada kekosongan jadual YDP. Ceramah Penerangan ini diadakan di surau Kg Ulu Kenderong selepas solat Isyak dan doa tahlil di rumah sahabat yang baru 2 hari kembali ke Rahmatullah.


Rabu, 15 Disember 2010

KES TERBARU KEMARAHAN PENEROKA FELCRA


SELASA, 14.12.2010 di Pejabat Felcra Seberang Perak (1,2,& 16), sekumpulan warga Felcra Seberang Perak bersama Generasi ke-2 Felcra Seberang Perak sedang menghantar Nota Memorandom Khas kepada Pengurus Felcra Seberang Perak. Tuntutan warga Felcra Seberang Perak (Blok B) menuntut 4 penjelasan asas sepertimana berikut :-

1. Mohon ditentukan lokasi sebenar saham sawit 1 ekar di Blok B
2. Mohon desegerakan pemberian geran hak milik
3. Kami tidak berpuashati dengan bayaran 1 ekar sawit yang diberi, sedangkan harga pasaran lebih tinggi.
4. Mereka memohon segala kos operasi sawit blok B, dilaksanakan secara telus.

Manakala , generasi ke-2 Felcra Seberang Perak menuntut penjelasan dan hak mereka sepertimana lampiran dibawah :-

Turut bersama dalam penghantran Memorandom ini ialah Tn Hj Razman Zakaria, selaku Pengerusi Badan Bertindak Warga Felcra Kebangsaan merangkap Pengerusi Lujnah Tanah & Wilayah PAS Perak.
Kebangkitan rakyat terutama warga Felcra dan generasi - generasinya seharusnya perlu sentiasa peka dan prihatin tentang penindasan dan ketidak adilan yang mereka sendiri terima. Moga semangat ini perlu membara dan tersu bersinar selagi hak dan kebenaran milik sendiri dapat dimanfaati bersama, bukan sekadar menyenangkan perut pihak pihak yang mencari kepentingan dan kekayaan semata-mata.