Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 13 Mac 2011

PENYERAHAN SURAT CABARAN BERDEBAT DENGAN DATO’ AHMAD MASLAN, OLEH PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA (ANAK).

(Cabaran Berdebat Demi Generasi Peneroka Felda)
WISMA FELDA PERDANA: Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) bersedia berdebat dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Ahmad Maslan.

AJK Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Pusat Razman Zakaria, telah menyerahkan surat cabaran berdebat mengenai isu-isu FELDA itu kepada setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan, Hj. Mohammad Khairuddin, kira-kira jam 11:30 pagi jumaat lalu (11 Mac 2011).


Cabaran berdebat itu dibuat berikutan kenyataan Ahmad Maslan, yang sebelum ini menawarkan supaya debat dilakukan secara tertutup ketika kempen pilihanraya kecil DUN tenang Januari lalu.

Hj. Razman yang mewakili Presiden ‘ANAK’ sdr Mazlan Aliman, berkata; “Ahmad Maslan yang mewakili agensi Felda hendaklah menyahut cabaran debat seperti yang ditawarkan oleh Presiden ‘ANAK’ bagi menyelesaikan isu-isu dan kemelut yang melanda didalam FELDA supaya, dapat dijelaskan kepada peneroka-peneroka FELDA diseluruh Malaysia yang sehingga kini masih lagi dibelenggu oleh berbagai permasalahan, katanya.”

Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang Januari lalu, Ahmad Maslan berkata, beliau sedia berdebat sekiranya ‘ANAK’ mengadakan debat secara tertutup. Tetapi ditolak oleh Presiden ‘ANAK’ yang pada ketika itu mahu debat diadakan secara terbuka kerana bimbang rancangan debat secara tertutup sewaktu pilihanraya kecil akan dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, setelah mengambil kira tiada lagi pilihanraya kecil berlaku dan kepentingan peneroka FELDA yang mahu menuntut hak mereka yang sepatutnya diberikan, maka kini ‘ANAK’ sedia berdebat dimana-mana sahaja tempat yang akan ditetapkan, samada secara terbuka atau tertutup bagi mencari jalan penyelesaian kemelut permasalahan yang di alami oleh peneroka-peneroka FELDA di seluruh negara.

Hj. Razman menjelaskan, “sekiranya Kerajaan benar-benar mahu membela nasib peneroka FELDA dan rakyat didahulukan, maka tidak perlu lagi Ahmad Maslan berdolak dalih atau menafikan hak-hak peneroka secara berpanjangan,” ujar beliau. 

Dan katanya lagi, “Ahmad Maslan tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk menyahut cabaran berdebat bersama presiden ‘ANAK’, sekiranya beliau mahu memberikan keadilan kepada peneroka FELDA melalui debat itu nanti, dan mudah-mudahan ianya akan dapat mencapai keputusan yang adil bagi kedua-dua belah pihak, sehingga tidak akan berlaku lagi sebarang penindasan terhadap peneroka-peneroka FELDA seperti yang telah berlaku selama ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan