Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 30 April 2013

KONVOI TAWAN PARLIMEN LENGGONG: "Sejarah PRU P.055 Parlimen Lenggong Tercipta."

LENGGONG: 28 April 2013 - Kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan disini ternyata telah dizahirkan dalam program konvoi jelajah Unit Peti Undi (UPU) kawasan P.055 Parlimen Lenggong, ditandingi Calon PAS, Tn Hj Razman Zakaria

Program kempen konvoi berkereta dan bermotosikal melibatkan jentera semua peringkat PAS Kawasan,  turut dibantu 17 orang ahli kelab motosikal 'Superbike' (Berkuasa Tinggi) anak Lenggong diperantauan yang didatangkan khas daripada Lembah Klang, bagi membantu  dan  menyuntik semangat jentera pemuda bersama-sama berkempen mendekati serta merayu pengundi memberikan sokongan kepada Calon PAS, Tn Hj Razman Zakaria, sepanjang tempoh beberapa hari lagi menjelangnya PRU-13 pada 5 Mei Ini.

Penyertaan peserta diluar jangkaan dalam program ini sangat membanggakan apabila hampir 1000 peserta dianggarkan mengikuti konvoi yang dikawal oleh Jab. Amal Kawasan yang berakhir dengan selamat tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Konvoi bermula jam 11:30 pagi dari rumah Calon PAS, Tn. Hj Razman Zakaria, di kg.Luat, dianggarkan deretan sepanjang 5 kilometer sepanjang jalanraya merentasi  laluan Kg. Telok Batu, kawasan Felda Lawin Selatan, Felda Papulut, Felda Lawin Utara merentasi Gerik dan berakhir di Kg. Air Ganda.

Sambutan baik diberikan oleh rakyat ketika edaran risalah disampaikan oleh jentera dari rumah kerumah juga mendapati rakyat menerimanya dengan baik. Sambil menyatakan mereka juga akan bersama-sama rakyat yang akan akan membuat perubahan untuk memberikan sokongan dan undi kepada calon PAS bagi P.055 Parlimen Lenggong dan calon dari Pakatan Rakyat pada hari mengundi 5 Mei nanti.


Tn Hj Razman mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program konvoi terbesar ini. "Inilah kekuatan ahli dan penyokong-penyokong PAS yang dikagumi, disegani dan ditandingi oleh pihak lawan."

"Saya rasa terharu dengan sokongan diberikan oleh semua peserta konvoi yang telah menjayakan program ini. Sebenarnya, jumlah peserta yang menyertai program ini adalah diluar jangkaan saya."

"Walaupun tiada sebarang imbuhan atau upah diberikan kepada semua peserta dan penyokong-penyokong untuk mengikuti konvoi. Tetapi, mereka tetap bersemangat dan tetap bertenaga mengikuti program hingga berakhir." Tambah Tn Hj Razman.

Inilah gelombang kebangkitan rakyat yang telah dizahirkan oleh para penyokong-penyokong PAS di Lenggong. Dengan pendekatan ini, rakyat diperingkat akar umbi dapat menyaksikan arus perubahan yang sedang berlaku. 

Maklum balas segera daripada pengundi ketika menerima bahan kempen yang  diedarkan oleh jentera PAS; "Inikali lah..." membuatkan jentera PAS gembira sambil berkata; "Tukar." 

Penerimaan baik diberikan oleh rakyat di Lenggong kepada calon P.055 Lenggong, Tn. Hj Razman Zakaria ketika kunjungan rumah-kerumah yang dilakukan dengan berterusan di kawasan ini sejak 5 tahun lalu, memberikan kelebihan kepada beliau mendahului calon lawan daripada Bn.

Pandangan rakyat terhadap calon PAS, menggambarkan ada peningkatan sokongan dan kelebihan kepada Tn Hj Razman berdasarkan, kesungguhan gerak kerja beliau  didalam semua program yang telah dianjurkan oleh PAS kawasan Lenggong.

Agenda membela permasalahan rakyat melalui isu-isu yang  menyelubungi rakyat berkaitan tanah penempatan dan pertanian baru untuk generasi anak muda, agensi Felda dan Felcra serta kampung-kampung tradisional di kawasan Parlimen ini, telah membuka mata rakyat diperingkat akar umbi.

Disamping itu, pelan perancangan untuk menjadikan Lenggong sebagai hab pengajian islam telah dimulakan daripada awal dengan terdirinya sebuah Maahad Tahfiz Al Quran Lid Da'awah Wal Imaamah yang dibuka pada awal tahun 2013 dengan pengambilan pelajar seramai 30 orang pelajar menduduki kelas pengajian selama 3 tahun bagi sesi pertama sebagai, 'Huffaz.'

Tn Hj Razman bercita-cita untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang 'Huffaz' Quran, untuk sebuah kampung yang berada di Parlimen Lenggong.

Insya-Allah, sekiranya cita-cita dan usaha ini berjaya, maka mereka inilah yang akan menjadi harapan dan tempat sandaran kepada masyarakat yang tinggal di kampung halaman mendapat rujukan dan membolehkan generasi akan datang mengembalikan suasana surau dan masjid yang sudah lama tidak lagi kelihatan sinar kegemilangannya seperti apa yang sedang berlaku pada hari ini.

Calon PAS ini juga yakin, apabila masyarakat memberikan mandat kepada beliau pada PRU 13 ini sebagai pemimpin di Parlimen Lenggong, beliau akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan apa yang diperjuangkan untuk rakyat selama ini, akan dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat dengan adil.

Insya Allah, "Tn Hj Razman Zakaria Harapan Baru Rakyat Lenggong." 

Sesuailah Seperti Laungan Gelombang Kebangkitan Rakyat Diseluruh Negara; "Inikali lah,... Tukar"...!!!.

Sama-samalah Kita Buat Perubahan.
[Admin] : Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program 'Konvoi Tawan Parlimen Lenggong' secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih kepada:-
  • Rakyat Yang Mahukan Perubahan.
  • Pengundi P.055 Tinggal Di Luar Kawasan.
  • 17 Sahabat Kami 'Super Bikers'.
  • Jab.Amal Kawasan.
  • PDRM.

















Ahad, 21 April 2013

CALON BN : TENGOK-TAPIS-FIKIR JAP-TOLAK TERUS-

LENGGONG: 21 April 2013 - Peringatan kepada rakyat disini yang akan membuang undi bagi melantik dan memberi mandat kepada pemimpin dipilih nanti supaya membawa suara rakyat kedalam Dewan Negara dan  Dewan Negeri.

Peringatan penting ini sangat perlu kerana, tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang amanah, ikhlas dan sanggup menghambakan diri kepada Allah dan bersedia menjadi golongan pemimpin bagi kaum muslimin dengan telus, adil berkebajikan. Semua ini   merupakan suatu kewajipan besar keatas semua umat islam dan bukan islam di daerah ini untuk membuat pilihan.

Kita tidak mahu bicara politik yang tidak ada nilai seperti 'fitnah dan lucah.' Kerana budaya itu bukan milik anak bangsa.

Tetapi, kita wajib bicara politik 'hujah dan fakta' yang ada nilai tinggi didalam membangunkan institusi masyarakat samada diperingkat pemimpin dengan rakyatnya, Negara dan Negerinya, kerajaan daerah serta kerajaan kampungnya. Meliputi seluruh pembangunan dan kemajuan melalui kesedaran rohani dan jasmani merangkumi hal berkaitan dunia dan akhirat rakyatnya.

Nah... saksikan,.. Pada PRU 13 ini, sekali lagi ketiga-tiga calon yang telah dilantik oleh pimpinan Bn ini, berhasrat untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat di daerah ini untuk sepenggal lagi sebagai wakil rakyat.

Perhalusilah berulangkali, sekiranya mereka dipilih mewakili rakyat untuk kesekian kalinya, ingatlah tempoh sepenggal dalam masa 5 tahun akan datang, merupakan satu jangkamasa yang panjang bagi rakyat yang sering mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk mereka nikmati dan dapat diwarisi oleh masa depan anak-anak mereka nanti.

Sampailah masanya pada tahun 2013 yang bersejarah ini, setiap 5 tahun sekali, kita semua dapat menilai hasil kerja yang telah diamanahkan kepada pemimpin BN yang telah dipilih. 

Lihatlah,.. mari kita imbas kembali 'Track Record'  pencapaian kerja mereka yang tidak dapat menampakkan anjakan besar dalam menyelesaikan masalah atau membantu rakyat golongan bawah di akar umbi yang berlarutan sejak sekian lama dengan berbagai masalah.

Kemelut kemiskinan dibawah takrif berpendapatan rendah rakyat yang berkerja kampung-kampung, menjadi belarutan dan tiada sebarang agenda atau rangka penyelesaian dilakukan oleh wakil rakyat BN untuk menjamin masa depan golongan anak kampung termasuk golongan anak muda yang mahu tinggal di kampung halaman sendiri.

Barang diingat, kita sebagai anak warisan desa berhak untuk menduduki, mengusahakan tanah-tanah pinggir yang mesti diberikan peluang untuk membuka dan memajukan tanah-tanah pinggir samada secara kelompok ataupun sebagainya bagi meneruskan kesinambungan hidup sebagai anak desa.

Persoalan yang mesti dirungkai, apakah ada kerugian terhadap kerajaan selama BN memerintah untuk anak bangsa, Negeri atau Negara, sekiranya tanah-tanah yang masih luas dipinggir kampung mereka diberikan kepada anak kampung untuk diusahakan, serta diberikan hak milik untuk diwariskan kepada anak desa yang mengusahakannya agar  mereka boleh menetap tinggal di tanah tumpah darahnya sendiri?

Dan apakah untungnya kepada rakyat sekiranya semua saki-baki tanah-tanah pinggir kampung diteroka oleh syarikat pembalakan. Setelah mengaut berjuta-juta keuntungan, akhirnya, tanah tersebut diteroka pula  untuk dijayakan projek-projek perladangan yang menyaksikan tanah-tanah pinggir kampung warisan anak desa diserahkan kepada syarikat-syarikat tertentu yang memang tidak menguntungkan rakyat tempatan dan akhirnya status pemilikan tanah itu juga dengan mudah terlepas kepada tangan-tangan orang yang bekepentingan.

BANTUAN BR1M: CUBAAN BN MENUTUP KELEMAHAN, SEKAT RAKYAT TUNTUT HAK YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH UTAMA.  
Sekiranya bantuan BR1M yang telah diterjemahkan oleh calon BN itu sebagai bantuan paling besar BN kepada rakyat, maka nilainya amat kecil jika kita hendak bandingkan dengan kepentingan hak asasi kita sebagai rakyat (warganegara) di Negeri dan Negara ini.

Bantuan kewangan dan barangan itu sebenarnya hendaklah bersifat berterusan, bukan selepas 56 tahun BN memerintah. 

Manakala, hak rakyat yang asasi, ialah menentukan setiap warganegara Malaysia mempunyai hak untuk memiliki tanah untuk dijadikan tapak rumah dan tanah pertanian khususnya kepada rakyat yang tinggal di kampung-kampung tradisional di luar bandar. Itulah yang menjadi warisan anak bangsa. Sedang kita saksikan pada hari ini, semakin banyak syarikat-syarikat yang telah memonopoli ribuan dan ratusan ekar tanah-tanah anak warisan desa diatas tiket pembangunan dan kemajuan luar bandar yang telah terlepas ketangan orang lain ketika rakyat sendiri masih menumpang dibumi sendiri.

Apa yang mengecewakan rakyat luar bandar pada ketika ini, semua calon BN yang dipilih ini, hanya mengutamakan pembangunan projek yang tidak menyentuh terus kepada golongan sasaran. Iaitu, rakyat yang masih tidak punyai aset untuk teruskan kehidupan di desa dan berpendapatan rendah yang berkerja dan tinggal dikampung.

Nilai sebidang tanah untuk rakyat meneruskan kehidupan menyambung warisan anak desa tidak boleh langsung disamakan dengan nilai pemberian bantuan BR1M bersifat sementara oleh calon-calon BN.

Ingat, nilai kita sebagai rakyat bukan setakat RM500 atau RM1000 selepas 56 tahun. 

Tetapi, nilai kita sebagai warganegara dan anak bangsa lebih besar dan kita berhak mendapat manfaat daripada hasil setiap inci bumi warisan desa yang kita pijak ini.

Jadi, usahlah terjerat dengan kesanggupan calon BN berbohong ketika rapat umum seperti katanya; "BN membawa kemajuan dan kemudahan setelah menyediakan infrastruktur asas kepada rakyat seperti bekalan air, letrik, jalan dan  jambatan itu, merupakan rahmat paling besar dari BN untuk rakyat nikmati. (Sedarlah,..Tiada Negara didalam Dunia ini yang tidak menyediakan keperluan asas kepada rakyatnya. Hanya calon-calon BN di 'Lenggong' sahaja  sanggup menyatakan sedemikian kepada orang kampung.)

Puashati kah anda sebagai rakyat merdeka? Setelah 56 tahun berlalu, 4 kampung seberang sungai Perak belum tentu bila akan mula menerima bekalan air bersih? Inikah pencapaian calon BN disini? Saluran batang paip  kerumah rakyat pula hanyalah PVC berkualiti rendah. (Kalau polypipe ada la jugak standard) Sedangkan, jumlah peruntukannya melebihi RM6.8 juta.

Nyatanya, ia sudah terlambat dan langkah calon BN itu, sedang berada paling jauh terkebelakang ketika berdepan dengan para generasi pengundi baru untuk meraih undi.

FAKTOR SUPAYA RAKYAT MENOLAK SEMUA CALON-CALON BN YANG BERTANDING DI P.055 LENGGONG. (DUN Kota Tampan & DUN Kenering.)
Kesemua calon BN agak gagal memikul tanggungjawab besar menggendong harapan rakyat di kampung-kampung disini yang  mengalami berbagai masalah seperti pendudukan tanah pinggir rizab sungai (Tanah TOL) di beberapa buah kampung oleh masyarakat kampung sejak diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Antara faktor calon-calon BN gagal selesaikan masalah rakyat saya senaraikan disini seperti berikut:-
1. Tanah Bagan Ragut kg.Cherakoh untuk penduduk Kg.Raban,Kg.Kuak dan Changkat Berangan diambil buat kolej. Tanah lebih dipecah menjadi tanah lot banglo dan dijual kepada golongan kaya. Sampai sekarang tidak diganti untuk rakyat tambah pendapatan menternak peliharaan.

2. Tanah warisan desa penempatan orang melayu kampung tradisional tidak mempunya status hak milik/TOL. Sehingga kini masih tidak di selesaikan.

3. Ladang teh Lenggong dana dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak mengalami kerugian sehingga kilang ditutup. Lebih malang, tanah ladang teh itu juga tidak dapat memberi mnfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan. Sebaliknya, beratus ekar ladang terlepas kepada syarikat yang didalangi oleh pihak berkepentingan.

4. Pembalakan Hutan simpan banjaran Korbu merentasi kg bukit Sapi, Chepor, Luat dan kg.Beng yang telah menyebabkan ganguan satu-satunya bekalan air bukit (tiada bekalan air bersih) kepada 4 buah kampung setiapkali hujan.

5. Tanah hutan simpan banjaran Korbu sudah mula diteroka, bermula di air Karah sehingga ke hutan Lasah sg.Siput. Kononnya untuk mewujudkan Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM.) Sayangnya, manfaat untuk rakyat yang hendak bermastautin di kampung halaman tidak juga kelihatan. Jadi, apa yang telah berlaku keatas ladang teh suatu masa dulu akan berulang sama seperti hal yang dinyatakan keatas tanah hutan simpan banjaran Korbu ini.

Admin juga akan memperincikan satu persatu isu tanah yang gagal diselesaikan oleh kesemua calon-calon BN selama mereka menjadi wakil rakyat di P.055 ini pada kemaskini akan datang.
  1. Kg.Pengkalan Ikan Kuak - DUN Kota Tampan.
  2. Chuas terletak ditepi rezab jalan - DUN Kota Tampan.
  3. Cherakoh - DUN Kota Tampan. 
  4. Tampan Air - DUN Kota Tampan.
  5. Kg.Sawa - DUN Kenering.
  6. Kampung Malau - DUN Kenering.
  7. Kg.Belum Baru - DUN Kenering.
  8. Kampung Kuala Kenering (Rancangan Merah) -DUN Kenering.
  9. Kg.Lawin - DUN Kenering.
  10. Kg. Padang Jeri - DUN Kenering.
  11. Air Ganda -DUN Kenering.
  12. Bukit Merikan - DUN Kenering.
  13. Kg.Kuala Kenderong - DUN Kenering.
Jadi, wahai semua calon-calon BN, berhati-hatilah ketika menuturkan ucapan kamu sewaktu siri rapat umum disepanjang tempoh kempen ini.

Jangan pula kamu semua cuba menabur fitnah dan kata lucah terhadap lawan kamu dihadapan rakyat yang telah berikan kamu kepercayaan menjalankan amanah yang tidak kamu laksanakan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Kewajipan kamu adalah memberikan hak rakyat yang kamu pinjam selama kamu diberi mandat oleh rakyat pada PRU12 yang lalu.

Pada hari ini, masyarakat warisan kampung dan desa sudah dapat menilai 
keupayaan pemimpin politik dan dapat berfikir di luar kotak didalam mencari  halatuju yang lebih baik untuk masa  depan mereka, berbanding sebelumnya.

Inilah masanya kita tukar...









Sabtu, 20 April 2013

Penamaan Calon P.055 Lenggong: "Razman Harapan Baru Rakyat Lenggong."





LENGGONG 20 April 2013 - "Tn Hj Razman Zakaria Harapan Rakyat Lenggong,".... Laungan Para penyokong Pakatan Rakyat Ketika perarakan penamaan calon bagi Parlimen P0.55 (PAS) Lenggong.

Para penyokong Pakatan Rakyat mula berhimpun seawal 7.30 pagi di perkarangan Masjid Jame' Lenggong, dengan bersolat hajat sebelum melangkah ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah disini.

Kemeriahan perarakan ini bermula dengan konvoi bermotosikal berkuasa besar dan kereta daripada kumpulan anak muda yang menzahirkan sokongan padu mereka kepada calon P.055 (PAS) Tn Hj Razman Zakaria yang berlepas pada jam 7.45 pagi dari  kediamannya di kg.Luat. 

Setibanya di Masjid Jame' Lenggong, Tn Hj Razman disambut dengan gema laungan Takbir daripada para penyokong dan terus menjemput tn hj Razman menunaikan solat Sunat Hajat dan Dhuha sebelum menuju ke tempat penamaan dengan menaiki kereta klasik disediakan khas berlogo PAS dengan angka 13, sebagai simbolik yang menyaksikan kelainan dalam sejarah baru bagi pemimpin dicalonkan untuk menjadi 'Harapan Baru Rakyat Lenggong' pada masa ini. 

Harapan rakyat yang memuncak inginkan perubahan di Lenggong sangat ketara. Semuanya terbukti apabila begitu ramai para penyokong Pakatan Rakyat yang memberikan sokongan kepada PR terdiri dari golongan anak  muda yang merupakan pengundi muda yang akan membuat perubahan pada pilihanraya umum ini nanti untuk kemenangan PAS dan PR disini.

Inilah masanya rakyat membuat perubahan... 
Kami menyeru kepada semua pengundi supaya membuat pilihan betul memilih pemimpin yang benar-benar amanah, setelah sekian lama pemimpin umno bn tidak dapat menunaikan mandat yang diberikan oleh rakyat melalui Pilihanraya.

Inikali lah, kita tukar kerajaan yang baru... kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih telus dan berkebajikan.

(Kemaskini) 9:20am -
Proses mengisi borang pencalonan sedang berlangsung di pejabat Daerah Lenggong. 

Manakala, para penyokong PR sedang berselawat tanpa berhenti keatas Nabi Muhammad sementara menunggu pengumuman dilakukan di perkarangan pejabat Daerah oleh pihak SPR.

(Kemaskini) Semua calon PR keluar dari pusat penamaan dan di isytiharkan oleh pihak SPR.

Calon-calon memberikan ucapan kepada para penyokong yang menunggu.

Tn Hj Razman Menyeru dihadapan penyokong. "Pada hari ini, usaha untuk memenangkan Pakatan Rakyat merupakan tugas akhir untuk dilakukan oleh semua penyokong-penyokong yang hadir disini."

"Selepas ucapan ini, semua penyokong tidak boleh lagi menjadi penyokong parti semata-mata. Tetapi semua yang ada disini hendaklah menjadi jentera parti yang berkerja setiap masa dalam tempoh 15 hari ini untuk memastikan masyarakat pengundi menterjemahkan kemenangan untuk PR melalui peti undi."

"Masuklah kesemua rumah pengundi-pengundi mengajak dan menarik para pengundi menyokong PR dan hanya dengan itu sahajalah PR dapat memenangi semua kerusi yang telah ditandingi oleh PR."

"Saya juga mengharapkan kita semua tidak akan berasa kecewa setelah kita semua berusaha bersungguh-sungguh dengan masa, tenaga, harta dan jiwa dan semoga dengan kesungguhan itu kita tidak akan rasa kecewa dan bersalah sekiranya keputusan pilihanraya tidak berpihak kepada PR."

"Saya juga meminta kepada semua penyokong-penyokong PR, sekiranya keputusan pilihanraya nanti mengecewakan kita semua, setelah kita berusaha ketahap maksima, jangan kita cepat berputus asa. Tetapi, kita hendaklah teruskan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan kemenangan dapat kita semua kecapi pada masa-masa yang akan datang."

Demikian, seruan dan harapan seorang Pemimpin berjiwa besar yang telah memikul amanah Allah dalam membawa suara rakyat yang mahukan Perubahan, terutamanya untuk kebajikan masyarakat luar bandar yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan Agama, bangsa dan Negara. 

Siaran Langsung Dari Pusat Penamaan Calon P.055 Lenggong
Insya Allah, sekiranya beliau diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan, segala usaha untuk kemajuan ekonomi rakyat bawahan merupakan agenda utama beliau sebagai ahli Parlimen khusus untuk rakyat Lenggong.

Inilah masanya... tukar kerajaan yang rosak dan ganti kerajaan Baru kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik.