Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 29 November 2011

Peneroka Tolak Penyenaraian Felda Ke Bursa Malaysia.

Ariff menyerahkan 50 borang ahli ANAK.
GERIK, 26 Nov: Masyarakat Felda Lawin Utara disini telah menjemput Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, sdr Mazlan Aliman, menyampaikan ceramah disini bagi menjelaskan isu penyenaraian ke bursa saham Malaysia oleh Global Venture seperti yang dibangkitkan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad baru-baru ini. 

Mazlan dalam ucapannya menegaskan, masyarakat Felda berkemungkinan besar akan kehilangan tanah, sekiranya membenarkan ahli-ahli politik atau pihak-pihak yang menguasai Felda pada ketika ini menyenaraikannya di papan bursa saham Malaysia. Jelas beliau, pada masa ini pengarah pentadbiran dan pengurusan yang terdiri dari pegawai kanan dan pengurus-pengurus Felda sudah memberikan kerjasama baik kepada beliau untuk memberikan ceramah di rancangan Felda diseluruh negara, supaya dapat menyelamatkan tanah-tanah masyarakat Felda dari kehilangan tanah mereka pada masa akan datang akibat dari kerakusan pihak kerajaan yang mahu tanah Felda Plantation ini disenaraikan di papan Bursa saham Malaysia.

Menurut Mazlan, seorang ketua peneroka dan juga merupakan ahli lembaga pengarah Felda, En Shamsuddin Osman, secara terang-terangan telah menentang penyenaraian ini oleh Global Venture apabila telah berjumpa dengan ketua-ketua peneroka Felda dan menyatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan penyenaraiaan ini. Maka, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad didalam suatu majlis di Negeri Sembilan telah memaki hamun Samsuddin. Disini http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=pMenvftq6Ys Tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Isa itu telah menimbulkan kemarahan wakil-wakil peneroka yang pada masa ini berdiri teguh dibelakang Samsuddin atau dikenali dengan nama panggilan, Pak Sam, yang merupakan satu-satunya Lembaga Pengarah Felda yang menolak pemberian kononnya, wang hariraya yang diberikan kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah Felda sebanyak RM20 ribu.

Pengerusi Majlis, Amirul.
Jelas Mazlan lagi, ini adalah lebih merupakan suatu sogokan secara halus agar ahli Lembaga Pengarah Felda menyokong keputusan mesyuarat serta menyokong bajet oleh kerajaan yang dibentangkan, dan menyokong usaha Perdana Menteri supaya Felda Global Venture dapat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Mazlan mendedahkan tanah Felda Plantation seluas 367 ekar telah dipajakkan selma 99 tahun kepada Felda Global Venture yang sudah terbukti gagal. Tujuan penyenaraian ke bursa saham Malaysia hanyalah semata-mata untuk keuntungan pihak pemimpin-pemimpin umno. Apabila saham Felda naik, pemimpin-pemimpin yang mendapat keuntungan, peneroka tidak mendapat apa-apa kerana tidak membeli saham, bila saham ini jatuh, peneroka berisiko akan kehilangan tanah yang diusahakan. 

Perkara penting perlu dilihat oleh peneroka ialah, Tan Sri Isa yang mempunyai memang sudah mempunyai rekod buruk apabila disabitkan dengan rasuah, dan baru-baru ini beiau telah melakukan kesilapan besar setelah melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Koperasi Peneroka Felda (KPF.) Jadi apalah yang dapat diharapkan kepada Tan Sri Isa untuk membawa keuntungan kepada peneroka.

Setelah Bank Bumiputera, Perwaja Steel, Saham Amanah Negeri-Negeri semuanya lingkup. Sekarang ini, Perdana Menteri dan Pemimpin-pemimpin umno sedang menggerakkan usaha untuk menjahanamkan satu lagi  projek besar orang-orang melayu iaitu, Felda.

Tn Hj. Razman Zakaria.
Oleh yang demikian, tidak ada jalan lain lagi untuk menghalang kerajaan yang kini sedang berusaha menyenaraikan Felda ke Bursa Saham Malaysia. Kecuali, masyarakat Felda membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dengan menumbangkan kerajaan umno Bn, supaya agenda Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation dan tanah itu dapat diserahkan kepada anak-anak generasi kedua dan ketiga Felda dapat dilaksanakan.

Terdahulu, Tn Hj Razman menyampaikan ceramah dengan tayangan video yang membuktikan pembohongan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-Bn, diikuti penyerahan borang kemasukan seramai 50 orang ahli baru NGO ANAK oleh wakil generasi kedua anak peneroka Felda disini kepada Presiden NGO ANAK.
Video Ceramah disini: http://www.ustream.tv/recorded/18823276






Selasa, 1 November 2011

YDP PAS Bertemu Pengundi Luar Parlimen Lenggong Di Selangor.

SIJANGKANG; Selangor, 25 Okt-  Program bertemu dengan pengundi luar Parlimen Lenggong dan sesi ceramah yang diadakan dirumah Timbalan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia Perak merangkap YDP PAS Kawasan Lenggong, Tn. Hj Razman Zakaria, telah berjaya menghimpunkan Anak Lenggong Diperantauan yang telah mendaftarkan diri sebagai pengundi di Parlimen Lenggong melalui dua laman Rakan Facebook; Teman Anak Lenggong dan Pengundi Luar Parlimen Lenggong, yang dibina oleh Lajnah ICT PAS Kawasan Lenggong hampir dua tahun lalu. KLIK DISINI:http://www.ustream.tv/recorded/18207397

Menurut ketua perhubungan pengundi luar Parlimen Lenggong, En. Adlan Marzuki, 36, beliau akan terus mengesan dan berusaha menghubungi kesemua pengundi-pengundi luar Parlimen Lenggong,  yang telah menetap dan bekerja di Negeri ini melalui rakan-rakan yang hadir disini supaya pulang mengundi PAS pada PRU-13.

Kata Adlan; “Ternyata, hasil daripada pertemuan kali ini, pihaknya telah memperolehi banyak maklumat untuk berhubung terus dengan ahli serta penyokong PAS yang berada di negeri Selangor dan Kuala Lumpur melalui rakan-rakan yang hadir pada hari ini.”

“Dengan maklumat diberikan, saya akan menghubungi mereka bagi mengatur beberapa program lagi di Kuala Lumpur dan sekitar negeri ini, supaya dapat bertemu lebih ramai pengundi Kawasan Parlimen Lenggong didalam sesi dialog bersama Tn, Hj Razman Zakaria, untuk dibawa pulang ke Lenggong, bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, untuk membantu PAS memenangi kerusi yang dipertandingkan,” Ujarnya.

Menurutnya lagi, tujuan pertemuan dan sesi dialog itu nanti akan dimanfaatkan supaya mereka pulang ke kampung bersama maklumat sepertimana, kebajikan diberikan oleh kerajaan PR yang telah nikmati mereka pada ketika ini, khususnya yang tinggal di Negeri Selangor. Seterusnya hendaklah diberitakan kepada kaum keluarga dan masyarakat dikampung mulai sekarang, hinggalah tibanya pilihanraya umum-13, agar pengundi-pengundi akan lebih cenderung mengundi Pakatan Rakyat di Parlimen Lenggong.

Mengakhiri program Pertemuan Pengundi Luar Parlimen Lenggong, pada malam itu, sesi ceramah telah diadakan dengan mengundang Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman, ADUN Meru,  dan ADUN Sijangkang, YB Dr. Yunus Hairi untuk menyampaikan ceramah. Terdahulu, Tn. Hj Razman dalam ucapannya turut melancarkan kupon sumbangan bernilai RM2 dan RM5 kepada anak Lenggong di Ng. Selangor bagi mengisi tabung dana Pilihanraya Pengundi Luar Parlimen Lenggong, khusus untuk pengundi-pengundi yang tinggal di luar Parlimen Lenggong dan akan pulang mengundi nanti.