Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 13 Januari 2013

Program bertemu pengundi luar Lembah Klang.

Taman Melewar: 13 Jan 2013 - Program pimpinan Negeri bertemu pengundi yang tinggal di Luar kawasan, khususnya tinggal di Lembah Klang dan Kuala Lumpur untuk diberikan taklimat terkini dalam rangka membantu kemenangan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya umum yang semakin hampir.

Pimpinan negeri yang hadir awal terdiri dari, Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Tn Hj Razman Zakaria, menyambut kehadiran peserta rakyat negeri Perak, yang merupakan pengundi-pengundi di kawasan-kawasan ditandingi oleh PAS diseluruh negeri Perak.

Program diadakan ini merupakan julung-julung kali diadakan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, untuk menghimpunkan seramai mungkin pengundi-pengundi berdaftar di negeri Perak dapat dibawa pulang untuk menambah undi dan memenangkan PR.

Tn hj Razman berkata, Pertemuan bersama pengundi Luar pada kali ini lebih bermakna, berikutan gelombang kebangkitan rakyat, anak negeri Perak yang mahu memastikan kerajaan negeri Perak kembali ketangan PR, setelah berlakunya rampasan kuasa oleh Umno/Bn yang telah menafikan mandat diberi oleh rakyat melalui peti undi yang menyebabkan kerajaan PR hanya dapat memerintah 11 bulan sahaja.

Jelas dilihat melalui pertemuan ini, rakyat negeri Perak semakin bersemangat dan sudah bersedia untuk memastikan PR kembali berkuasa, serta yakin PR dapat membentuk semula kerajaan negeri melalui mandat diberikan oleh rakyat melalui PRU13 tidak lama lagi.

Pengarah Pilihanraya Negeri, Hj Asmuni Awi, menjelaskan lebih 100 ribu orang pengundi berdaftar di negeri Perak berada di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, diseru pulang memberikan sumbangan kepada kemenangan PR melalui peti undi pada PRU nanti di kawasan masing-masing.

Dr Muhaimin Sulam, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, ingin melihat kegembiraan anak-anak Perak di kongsi bersama, setelah kejayaan dapat dicapai melalui PRU 13, hasil sumbangan undi diberikan oleh pengundi yang tinggal di luar kawasan yang hadir pada hari ini.

Ust. Subky Latif, menyeru semua anak-anak Perak, supaya menceritakan peristiwa pertemuan pada hari ini kepada yang tidak hadir, agar mewujudkan rantaian yang lebih besar mengajak pengundi-pengundi di Ng.Perak pulang memberikan sekali lagi sumbangan undi untuk kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Anak-anak Perak di luar kawasan yang berdaftar sebagai pengundi, diseru pulang mengundi kerana pada masa ini, bilangan pengundi asing diberikan kad pengenalan oleh Umno/Bn untuk memenangkan kerajaan Bn secara penipuan sedang berleluasa dan dikhuatiri, undi daripada warga asing itu kelak, akan memberikan kembali kemenangan kepada kerajaan rampasan kuasa secara tidak sah itu.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, memohon semua golongan muslimat pulang bersama keluarga, membantu kemenangan PR di negeri Perak.

Ust Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Menegaskan, anak muda yang tinggal di Lembah Klang mesti pulang membantu kemenangan PR di Perak. Pulanglah menginfaqkan diri sebagai jentera pilihanraya yang menjadi tulang belakang kemenangan PR negeri Perak pada PRU 13 nanti.

Ust Kamaruddin Awang Basir, Pemangku Ketua Urusan Dewan Ulamak Perak, memohon supaya anak-anak Perak di perantauan pulang untuk memenangkan Islam di Perak.

Tn Hj Razman Zakaria, Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, menjelaskan, anak-anak perak diperantauan pulang memberikan kemenangan kepada PR dengan undi dan maklumat kepada masyarakat pengundi di kampung-kampung kerana anak-anak Perak tinggal di bandar besar mempunyai lebih banyak maklumat dan sudah pun menikmati tawaran kebajikan diberikan oleh kerajaan negeri Selangor pada ketika ini.

Pemimpin DAP, YB Ngeh Ko Ham, setiausaha DAP perak menegaskan bahawa, DAP bukanlah musuh kepada orang-orang Islam seperti dakwaan Umno/ Bn. Malah, rakyat sendiri dapat melihat kerjasama baik di antara rakan-rakan Pakatan Rakyat sedang di cemburui oleh Umno/ Bn yang cuba memecah-belahkan kerjasama baik komponen Pakatan Rakyat.

Dato' Seri Nizar Jamaluddin, dalam ucapannya menyeru semua anak-anak Perak di Perantauan, pulanglah menumbangkan kerajaan haram yang sedang memerintah pada masa ini. Kerana pada masa ini, mereka juga sedang merancang hendak mengekalkan kuasa kerajaan negeri yang dirampas melalui kerusi lompat dan juga dengan memberi kad pengenalan kepada warga asing untuk menambah undi secara penipuan bagi menyambung kuasa memerintah negeri Perak secara tidak sah secara berterusan.

Sejak rampasan kuasa, kerajaan negeri diketuai oleh Dato' Zambry Abd Kadir banyak menggadai tanah-tanah kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat kroni, pembaziran wang rakyat melalui banner yang mempamerkan wajah beliau, yang telah menelan belanja beratus ribu ringgit dari dana rakyat.

Program berakhir dengan jayanya setelah dihadiri lebih 200 orang peserta yang tinggal di Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang mendaftar sebagai pengundi-pengundi dari setiap daerah di negeri Perak. Sesi soal jawab bersama pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak dan bacaan doa oleh ust Idris Ahmad, mengakhiri majlis ramah mesra anak-anak Perak di perantauan Lembah Klang.

Rakyat bangkit menuntut, janji BERSIH ditepati.

KUALA LUMPUR: 12 Jan 2013 - Kejayaan Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Pas Pusat, di pengerusikan oleh Tn hj Mohammad Sabu, dengan kerjasama Sekreteriat Pakatan Rakyat Pusat (PR) menghimpunkan peserta seramai ini, menunjukkan bahawa jentera PRU 13, Kerajaan menunggu PR sudah bersedia dan bersemangat tinggi untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13, (PRU 13) pada bila-bila masa sahaja bermula dari sekarang.

Limpahan rakyat daripada segenap pelosok tanahair yang membanjiri stadium pada hari ini, telah membuktikan kedatangan mereka dengan inisiatif sendiri demi untuk memberikan sokongan padu supaya kerajaan menunaikan janji berkaitan tuntutan yang dibuat dalam beberapa siri himpunan BERSIH sebelum ini.

Sejarah tercipta hari ini, setelah beratus-ratus NGO turut bersama menyuarakan hasrat hati rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan perubahan didalam arena politik tanahair dapat ditegakkan dengan adil dan BERSIH.

Hasrat disuarakan oleh rakyat melalui himpunan ini, mendesak kerajaan yang memerintah supaya memberikan komitmen dan berlaku adil keatas setiap 8 perkara yang dituntut termasuk royalti untuk rakyat Kelantan, ditunaikan sebelum menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

Tn Hj Mohammad Sabu dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang menjaga keselamatan peserta himpunan, serta melihat kerjasama yang telah diberikan oleh pihak berkuasa ini, sebagai membuka satu lembaran baru atau aliran perubahan yang baik untuk menjamin keselamatan masa depan negara dan rakyat, tanpa menggunakan sebarang kekerasan, seperti himpunan terdahulu.

Tn Hj Mohammad Sabu berucap, rakyat masih bersabar dan tetap akan menentang kerajaan melalui himpunan-himpunan yang lebih besar lagi selepas ini sekiranya, pemimpin-pemimpin mereka tidak menghiraukan atau mengambil remeh tuntutan-tuntutan yang telah dibuat beberapa kali sebelum ini.

Pemimpin-pemimpin harus sedar, segala janji-janji mesti ditepati. Harus di ingat, kerajaan yang menghalang suara rakyat atau menghalang rakyat berhimpun secara aman yang dibalas dengan kekerasan, kerajaan seperti itu, pasti tidak akan kekal lama dan akan ditumbang tidak lama lagi.

Jumaat, 11 Januari 2013

Bila Muncul Kesedaran, Anak Muda Sudah Bersuara...

(Sebahagian peserta mendaki tapak tinggalan Ladang Teh Lenggong.)
Bahaya Pokok Ditanam (Klik Sini)

Layan Lagu Konvoi Mendaki Bukit Ladang Teh Leggong (KLIK SINI)

LENGGONG: 8 Jan - Buat kali kedua selepas konvoi melawat tanah-tanah yang diselewengkan oleh pimpinan kerajaan, sebuah Badan NGO, Gabungan Anak Muda Lenggong, (GAML), dipengerusikan oleh sdr.Ahmad Ramdzi, 41, yang baru ditubuhkan, mendedahkan kepada ahli-ahlinya mengenai pencerobohan tanah bekas tinggalan ladang teh di kawasan hutan rezab 'Bintang Hijau' dalam tinjauannya bersama NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM.)

(Pendakian konvoi GAML ke peninggalan ladang teh diganti
dengan tanaman pokok  Euclyptus oleh syarikat pekilangan kayu.)
Pendakian konvoi seramai 100 ahli GAML dan SAM, bersama beberapa orang wartawan akhbar perdana mendapati, kemusnahan hutan yang tidak terkawal mengakibat kejadian tanah runtuh dan kesan daripada hakisan itu juga, telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di beberapa buah kampung, dipercayai berpunca daripada kemusnahan hutan dengan pengambilan balak secara berleluasa.

(Mr. Lardia, memberikan penerangan kepada wakil SAM
mengenai pencerobohan berlaku.)
Berikutan itu, kawasan bukit terhakis dengan runtuhan tanah dan menjadi semakin teruk setelah tanah-tanah berbukit itu di tanam dengan pokok balak kayu putih (Eucalyptus) untuk tujuan pembalakan jangka pendek.

(Sebahagian anak muda penuh bersemangat.)
Menurut seorang pengusaha tanaman herba secara organik, yang mahu dikenali sebagai Mr, Lardia, tanaman  pokok 'Eucalyptus' untuk dijadikan bahan papan lapis itu., telah diharamkan tanamannya di beberapa buah negara seperti, Australia dan Brazil dan beberapa buah negara lagi. Berikutan pokok berkenaan boleh mendatangkan bahaya kebakaran besar hutan-hutan di negara-negara yang telah mengharamkan penanaman jenis pokok ini.

(Tanah yang baru di gondolkan untuk tanaman Eucalyptus.)
Disamping itu, wakil NGO SAM, sdr. Meor menjelaskan, kerakusan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menebang balak di banjaran bintang hijau yang telah digazetkan untuk laluan dan penempatan hidupan liar, menyebabkan gangguan terhadap haiwan yang dilindungi ini bebas bergerak tanpa mengganggu kehidupan manusia.

Diakhir-akhir ini, banyak kejadian hidupan liar seperti gajah memasuki penempatan manusia seperti kampung-kampung disebabkan laluan dan tempat hidupan liar ini mencari makanan telah hilang daripada hutan asal sejak bertahun-tahun mereka melaluinya sebelum ini, jelas Meor.

(Timbunan balak yang ditinggalkan oleh penceroboh.)
Sementara itu, sdr Ramdzi, berkata; "pada hari ini sebahagian dari anak muda yang mengikuti lawatan ini dapat melihat sendiri tanah-tanah lebih 800 ekar ini diberikan kepada sebuah syarikat untuk di majukan."

Semoga dengan pendedahan ini, lebih ramai anak muda dapat menilai, apakah yang boleh dimanfaatkan oleh mereka seandainya tanah-tanah ini diberikan kepada anak muda tempatan seperti mereka yang hendak bermastautin tinggal di kampung.

(Kemusnahan hutan mengakibatkan malapetaka banjir sekitar Lenggong.)
Buat masa ini, masih ramai anak muda yang tidak mempunyai tanah untuk pertanian atau sebidang tanah untuk dijadikan tapak rumah. Apa yang lebih penting bagi anak-anak muda, mereka sepatutnya diberikan keutamaan, kerana kebanyakan dari mereka hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

(Sidang Media Selepas Lawatan.)
Menurut Ramdzi, peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui projek pembangunan di daerah ini, tidak dapat membantu anak-anak muda untuk memastikan masadepan mereka terjamin, kerana ia bersifat sementara dan akhirnya, kerja-kerja bersifat sementara itu hanya akan dilakukan oleh pekerja-pekerja asing.

(Sebuah Kenderaan 4x4 Hitam Yang Cuba Menghalang
Konvoi GAML meneruskan Pendakian.)
Tambah Ahmad Ramdzi, anak-anak muda sekarang sudah mula sedar setelah melihat sendiri tanah-tanah di sekitar daerah ini dilepaskan atau diserahkan kepada orang-orang tertentu sahaja berbanding anak-anak muda tempatan yang terus dipinggirkan tanpa sebarang perhatian. 

Desakan daaripada Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) supaya pemimpin dan kerajaan dapat menyelesaikan masalah anak-anak muda yang mahu tinggal di kampung-kampung agar mendapat pengiktirafan dan layak dianugerah sebidang tanah untuk pertanian supaya, mereka tidak perlu lagi berhijrah kebandar untuk meneruskan kehidupan.

Tambah Ahmad Ramdzi, GAML akan terus memperjuangkan hak anak muda yang tinggal di kampung dan akan terus memberikan semangat kepada golongan ini untuk menuntut hak mereka dan dapat berbakti kepada tanah dimana mereka ini kekal di kampung halaman mereka sendiri.

Anak muda pada hari ini digesa bangkit untuk menjadi golongan pendesak kepada pihak kerajaan supaya kebajikan mereka tidak diabaikan begitu sahaja.


Jelas Ahmad Ramdzi, pejabat Tanah dan Daerah Lenggong baru kini mengeluarkan borang permohonan tanah kepada golongan anak muda.

Selaku Pengerusi Badan NGO GAML, beliau mengharapkan pihak kerajaan yang bertanggungjawab tidak bermain-main dengan tawaran yang dibuat oleh pihak yang terlibat mengeluarkan borang tanah ini, ketika PRU 13 semakin hampir sebagai umpan untuk memancing undi pilihanraya.

Anak muda generasi baru tidak mudah untuk diperbodohkan lagi, katanya.

Beliau juga menyeru semua anak muda khususnya yang menetap di kampung-kampung khususnya didaerah ini, pergi mengambil borang yang akan tamat tempohnya permohonannya pada 14 Jan 2013 ini di pejabat Daerah.

Pihak GAML akan terus memantau dari masa ke semasa pengagihan tanah-tanah yang baru dibuka ini, supaya tidak diberi kepada rakan-rakan atau saudara-mara atau orang-orang yang berkepentingan sahaja.

Kenyataan Media: Tuntutan GAML (KLIK SINI)

(Nasib Anak Muda Bermastautin Di Kampung Yang Dipinggirkan Dari Pembahagian Harta Negara.)
(Pemandangan Pekan Lenggong dan Sungai Perak Dari Puncak Bukit ,Sekitar Bekas Ladang Teh.)
(Kesedaran Gabungan Anak Muda Lenggong Keatas Lebih 800 ekar tanah ini berkisar tentang pemilikan hanya diberikan kepada sebuah Syarikat sahaja, berbanding ratusan anak Muda yang tidak mempunyai apa-apa untuk diusahakan oleh mereka yang tinggal menetap di kampung halaman & tanahair sendiri.)