Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 22 Mac 2011

MESRA RAKYAT UMNO, YANG TIDAK MESRA PENIAGA DAN PENGGUNA JALANRAYA.

LENGGONG: 22 Mac, Umno Bahagian Lenggong dah tak tentu arah untuk menarik perhatian rakyat apabila mengadakan "majlis mesra rakyat" bersama Zambry Abd Kadir pada 23dan 24 Mac ini, dengan meletakkan khemah diatas jalanraya ditengah-tengah pekan Lenggong, sehingga menyebabkan jalanraya ditutup menjadi jalan sehala yang meyusahkan pengguna-pengguna jalan utama di pekan Lenggong.

Beberapa orang penduduk Pekan Lenggong yang tidak selesa dengan tindakan UMNO bahagian Lenggong menganjurkan program menjelaskan, "UMNO Lenggong seperti orang yang tidak berapa cerdik akal, bukankah lebih baik jika majlis diadakan ditempat yang lebih selesa seperti didalam dewan merdeka Lenggong atau diatas padang Majlis Daerah berdekatan, yang sudah pasti tidak akan menganggu kesibukan lalu-lintas untuk pengguna jalanraya." Inilah masalahnya apabila UMNO Lenggong hanya mesra Menteri Besar,  (BODEK) tetapi, tidak mesra rakyat (yang dihimpit) apabila menyesakkan jalan yang terpaksa ditutup semata-mata hanya untuk menyambut MB Perak. (Mengalahkan sambutan kedatangan perdana menteri.) Lebih teruk lagi persiapan khemah bermula selama tiga hari awal sebelum tarikh sebenar majlis diadakan bermula pada 23 Mac sehingga 24 Mac ini dipekan Lenggong.

Seperti yang diberitakan oleh beberapa orang, (Sebelum ini PRO UMNO) sambutan orang-ramai  terhadap setiap majlis yang dianjurkan oleh UMNO Lenggong semakin tidak mendapat perhatian masyarakat ramai termasuklah ceramah-ceramah oleh Kamal Saidin baru-baru ini. Dan inilah diantaranya menjadi sebab utama  sehingga  majlis ini terpaksa diadakan diatas jalanraya ditengah-tengah pekan Lenggong, bagi memaksa orang ramai yang setiap hari berada di pekan Lenggong singgah menjenguk majlis diadakan bagi menjaga muka Menteri Besar Perak di Lenggong, pada masa ini.

Sudah tentu majlis yang berlangsung selama dua hari ini akan menelan belanja yang amat besar, perbelanjaan sewa khemah yang dihias supaya kelihatan cantik adalah satu pembaziran yang jelas ketara. Apakah rasionalnya membayar lebih untuk hiasan berpuluh-puluh buah khemah kepada rakyat? adakah rakyat meminta supaya khemah dihias sebegitu rupa hanya untuk menyambut kehadiran seorang Menteri Besar?  Khemah dihias untuk rakyat kah atau untuk Zambry? Apakah keuntungannya untuk rakyat? UMNO Lenggong membazir untuk Menteri Besar, UMNO Lenggong masih bermegah-megah dengan pembaziran supaya kelihatan cantik dimata pemimpin mereka tetapi, tidak mengambil kira permasalahan dan kesusahan penduduk luar bandar serta kesukaran pengguna-pengguna jalanraya selama empat hari majlis ini akan langsungkan.

Seperti biasa UMNO Lenggong akan mengimport rakyat dari luar parlimen Lenggong termasuklah peserta-peserta PLKN bagi menyesakkan majlis tersebut dengan orang-ramai yang dianggap sebagai kosmetik, untuk menjaga muka Menteri Besar Perak dan menjaga moral Barisan Nasional yang semakin tidak mendapat sokongan di Parlimen Lenggong sejak-akhir-akhir ini.

Harapan rakyat di parlimen Lenggong supaya MB Perak dan YB Lenggong dapat menyelesaikan tuntutan-tuntutan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan peserta Felcra sebelum tibanya PRU-13 akan datang. Tak payahlah nak tabur janji-janji yang tak seberapa dan hanya akan dapat ditunaikan bila dekat dengan PRU. Rakyat di Parlimen Lenggong dah cerdik, tidak macam dulu, sebagaimana mereka mudah dipujuk dengan pemberian yang tidak seberapa ketika tiba musim pilihanraya.

P/s: Berapa ekor pulak lembu di "korban" kan pada kali ini YB? Berapakah harga bagi seekor lembu menurut harga pasaran semasa, diluar musim korban?



   


    

17 ulasan:

  1. Ala.. yang pembangkang buat demo di tengah2 jalan di KL tu aper citer pulak.? sampai jem 4-5 jam. itu mesra apa pulak.? paku dulang paku serpih.. ap org lain buat tak pernah betul.. korang je la yg betul.. he.he.. cukup-cukup la tu. apa untungnya pun. Cina kapir aknat juga yg untung. org melayu jgn lupa bahawa DAP tu saper..?

    BalasPadam
  2. Nak korban lembu pun jadi isu ke.? apa punya bangang la manusia ni.? Cari la isu yg logik sikit.. aduh.. apa dah jadi dgn umat melayu ni.? PAS kata UMNO.. UMNO pulak kata PAS.. Aper ke jadahnya. apa salahnya sama2 bersatu.. dah nak jadi mcm Libya ke.? ingatlah wahai umat meayu bahawa kita sebenarnya dipecah belahkan oleh golongan kafir laknat tanpa kita sedari.. bersatulah bangsaku.. bersamalah kita cari jalan penyelesaian utk bersatu. jgn terlewat.. cuma kalau boleh YB Shamsul Nasarah tu eloklah ditukar. tak berguna langsung. dah la bodoh, bongkak pulak tu. PAS dan UMNO sama2 kompromi pilih calon utk rakyat lenggong.. rasanya tak susah..

    BalasPadam
  3. betul tu.. dah sampai masanya kita umat melayu bersatu.. ini tanah melayu bukan tanah org lain. kalau india ada negara india. Cina ada negara china. melayu ada apa.? cuba bayangkan kalau kita ada dinegara mereka. nak ke mereka terima kita sepertimana kita terima mereka.? kembalikan semangat ketuanan melayu.. bangkitlah umat melayu.. ALLAHU AKBAR.. Aku setuju kita tukar YB Shamsul Nasarah. pemimpin mcm dia ni lah yg merosakkan bangsa melayu.. anjing KJ. haram jadah.. jom tukar shamsul nasarah.!!

    BalasPadam
  4. Saper Shamsul Nasarah tu? Dokter? Enginer? Lawyer? Mejistred, ahli muzik? dah berkurun aku duk lenggong ni inilah kali pertama aku dengar nama ni. Saper dia ni?

    BalasPadam
  5. dia ni la ahli parlimen paling bebal dalam sejarah ahli parlimen malaysia. satu aper tak guna. makan elaun wakil rakyat je la.

    BalasPadam
  6. Oh.. ye ke. patut la aku tak pernah dengar nama dia ni.

    BalasPadam
  7. Kalau nak buat ibadah korban, itu kerja mulia. tetapi janganlah guna duit rakyat yang senang ditipu seperti menggunakan wang dari FELRA untuk membeli 5 ekor lembu. Bukti dah ada, dah terang lagi bersuluh. Beginikah caranya bila YB diundi oleh rakyat? Kononnya, baik sungguh YB bagi Lembu 5 ekor pada rakyat parlimen Lenggong. Padahal, wang membayar lembu tu duit FELCRA.

    BalasPadam
  8. 4 kemalangan berlaku di pekan Lenggong berpunca dari program ini.. tak mengapa.. rakyat perlu berkorban demi MB tersayang.. apa lah sangat dengan kecerderaan yang ditanggung oleh rakyat demi menunjukkan sokongan padu kepada MB. Tahniah buat UMNO dan MB.. Pilihanraya nanti rakyat akan pilih lagi...

    BalasPadam
  9. kah...kah... kahhh... YB Ahli Parimen curi lembu dengan bukti yang ada pada memo penerima 5 ekor lembu korban yang didapati bersekongkol dengan YB Tajuddin Abd Rahman (Pengerusi FELCRA). Lebih baik aku jadi orang miskin daripada jadi pencuri, apatah lagi menjadi wakil rakyat yang mencuri lembu. UWEEEEEKKKKK............Muntah aku.

    BalasPadam
  10. huh.. kalau yg kemalangan tu adalah takdi Allah. Kun Fa Ya Kun. Siapa kita nak menahannya. Lembu yg dikorbankan pun bukan utk sesiapa tapi utk kita nikmati bersama. Samalah juga dengan wang yg kita derma utk ceramah pemimpin kita. adakalanya pemimpin kita pun samun juga. Di elcra pun kalau disimpan terlampau banyak lembu pun nak buat apa. kan elok kalau kita nikmatinya bersama. Kalau semuanya salah apakah selama ini apa yg kita buat semuanya betul.? mungkin kita lebih teruk dari itu. Saya pun hairanlah dengan perangai umat islam dan melayu sekarang ni. PAS hentam UMNO, UMNO hentam PAS. Sesama melayu. Itu salah. Ini salah. ngaper tak sama2 kita cari salah orang kafir pulak. Kita sesama umat melayu berbalah tak tentu hala. orang cina kaut keuntungan hasil perbalahan kita yg bodoh ini. lepas ni negara tumbang ke tangan kafir laknat ni. yang merana bangsa melayu. anak cucu kita akan datang. isu-isu kecik macam lembu pun nak jadi hal. Allah.. banyak lagi isu kita nak hadapi.. tolonglah. janganlah kita jadi islam pada nama je. menang sorak kampung tergadai. sedarlah wahai bangsaku.. bersatulah.. pasal lembu halal atau tidak itu urusan Allah. Lim Guan Eng bagi hasil judi buat sedekah kpd orang melayu pulau pinang tak pulak kita bising. subhanallah. insaflah dan taubatlah. jangan kerana undi agama kit musnah.

    BalasPadam
  11. Piiiraaahhh...!!! Lagi nak muntah bila aku tengok komen kat atas ni!!! OOOOOOO..... bila kemalangan KUN FAYA KUN.... Curi lembu KUN FAYA KUN......... WOIT..... Orang beri derma tu sebab Ikhlas dari titik peluh sendiri la........ bukan amik duit peserta felcra untuk dinikmati pemimpin UMNO dan YB Lenggong yang kedekut pahit tu...... Buat lah ibadah korban dari duit gaji yang terhasil dari undi orang kampung selama ni.
    bukan tolong kapur duit orang kampung tu jugak. Untuk dinikmati bersama konon.... hentam sama melayu konon, Puak-puak UMNO ni tak sedar-sedar lagi ke? Orang melayu yang dok berkawan dengan MCA, MIC, tu hanya tinggal baju melayu je lagi dah.BE.... END...... Pakatan Rakyat bawa agenda Buku Jingga yang jauh lebih baik dari apa yang ada pada BE END. kalau UMNO tu baik tak gamak pun YB ambik lembu Felcra yang mana, peserta felcra lebih miskin dan merupakan asnaf yang perlu dibela dengan bantuan dari poket YB tu. Bila Rakyat bagi Undi, Harta rakyat Pulak dicuri.Eloklah Orang Lenggong Gelarkan YB tu YB TAIK HIDUNG MASIN..... Harapkan Pagar, Pagar Makan Babi......
    Puak-puak UMNO BE END pikirlah sendiri, Orang Kafir DAP tidak lagi hentam ISLAM. Orang Kafir MCA & Gerakan dalam BE END sedang hebat menentang ISLAM. Mana yang korang nak pilih???? Kalau kata bangang Puak-puak UMNO marah sangat. Tapi itulah yang ada pada UMNO-BE END sebenarnya.

    Mohon Lenggongkite13 terus mendedahkan perbuatan jahat puak-puak UMNO BE END dengan lebih banyak lagi...........

    BalasPadam
  12. Ya terima kasih,kita akan terus dedah,tapi risau juga SPRM tengah menggeledah,jangan sangkut dengan YDP kita sudah,nanti bikin lagi parah,sama kita asyik pecah belah,duk tunggu anwar bersumpah,sampai dah nak naik muntah,sudahlah mantan YDP muka hitam naik merah,sebab asyik marah-marah,jangan kita asyik buat ceramah,orang makin tak endah,dari kereta bersepah-sepah,kini tinggal "polis trafik" pakai baret merah,suluh sana sini bagi cerah,api ganja pun merah,bila lah nak ditarbiah,surau pun kian mula goyah,akibat campuran sikap ummah,diluar alim,dirumah macam haramjadah,takbir mula menerjah,kerana sangka BN dan umno itu bukan Ummah,apalah lu PAS yg gelebah,nak bela isu video lucah,tak reti kot nak nilai dengan mudah,macam budak-budak sekolah,masih nak tegakkan benang basah,sayang sangat PKR yg dah nak rebah,konon ada janji dan boleh ajak muhasabah,walhal Hamzah 4 kali PRU dia dah jadi calonlah,PAS masih nak mutalaah,isu lembu nak dihebah,orang lenggong bukan nak kisah,sebab kebajikan itu tetap diserah,belajar dulu solat jenazah,jangan solat dua kali sudah,duk rasa PAS tu hebatlah,kesana sini hidup mewah,bertopeng agama konon terima hidayah,iktikad dalam akidah kekadang tersalah,masih kata berjuang untuk ummah,jangan marah-marah,ini teguran dari ahli yang berhemah,sebab kita nampak mula tidak berhemah,dengan laungan kalimah Allah,jangan lupa berdakwah secara hikmah,bukan memaksa dan pupuk bertelagah.terima kasihlah.

    BalasPadam
  13. KAMPUNG LUAT, TEMPAT LAHIR YB AHLI PARLIMEN LENGGONG YANG HEBAT. LAKSANA TAK BASAH KETIKA HUJAN LEBAT. MALANGNYA DIA NI....... NAK SURUH PAS BERDAKWAH,TAPI DALAM MASA YANG SAMA SANGGUP MENGHALANG UST MENGAJAR KULIAH AGAMA DI MASJID. DAH TU NAK SURUH PAS BERHEMAH PULAK........... BANGANG TAKDAK DAH LA..... MENGAKU PULAK TU, DIA ORANG PAS....... KAH...KAH ....KAH.... SEBUT TENTANG DADAH NI, ORANG YANG APIT YB TU DAH URINE DAH KE??? KAH...KAH...KAH.... ATAUPUN NAK TUBUH SURUHANJAYA JUGAK? BEGITULAH MEROYANNYA ORANG-ORANG KETUANAN MELAYU YANG NAK MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA HINGGA HUJUNG NYAWA. VIDEO SEKS TU BUDAK KECIK PUN DAH TAK PERCAYA DAH. INI ZAMAN CANGGIH LA... JANGAN FITNAH ORANG YANG BAIK UNTUK TUTUP KEJAHATAN UMNO....RAKYAT SEKARANG BUKAN MACAM PEMIKIRAN UMNO YANG SAMPAI SEKARANG NI PUN MACAM 53 TAHUN DULU-DULU...KALAU NAK SEDAR LA... KALAU TAKNAK SEDAR JUGAK, TERUSKAN SAHAJA.... KEPADA PENULIS BLOG INI, ANAK LENGGONG DIPERANTAUAN "TAK NAK DAH UMNO-BN" TAKBIR!!!

    BalasPadam
  14. Kalau orang nak mengaji pun sekat, nak dengar apa lagi dari demo ni, cakap orang yang tak reti mengaji Agama. dah la amik barang dengan mencuri diserah sebagai sedekah, lepas tu suruh pulak orang yang menegur perbuatan YB yang salah tu muhasabah. Dah lama ke mika ni puak-puak umno, buat kerja macam tu.... berapa banyak dah makanan mika beri begitu sudah di sumbat ke mulut orang-orang Lenggong? Sapa kata orang Lenggong tak marah? Woi tenuk..... aku ni orang Lenggong la.... kalau aku dah termakan benda mika bagi cara begitu, mika tanggung la di akhirat nanti.

    BalasPadam
  15. apa lagi...terjemahan kemarahan anda di atas kertas undi dgn memangkah parti bulan...agar Hj razman zakaria dpt berkhidmat tok rakyat lenggong...TAKBIR!ALLAH AKHBAR!!!!MOGA2 HJ RAZMAN ZAKARIA JD YB LENGGONG YG BARU...INSYAALLAH...

    BalasPadam
  16. aNi akau nak bagitau pada semua orang Lenggong, Aku pun dengar dari mulut orang la jugak.... Katanya YB lenggong yang sombong tu berutang makan kat restoran dah lebih RM11 ribu..... Mak Aiii.... Kalau betul begitu, benarlah kata orang-orang tua, Bunyinya Macam ni: "Kutu yang dok isap darah atas kepala, kalau tak makan atas kepala, nak cari makan kat mana lagi..." Tapi taraf YB ni, korang ingat sama ke dengan kutu tu??? Aku rasa-rasa la.... serupa la, kan...kan...kan...

    BalasPadam
  17. Sesungguhya aku amat sayang akan yg bernama Lenggong nie, sudah setengah abad aku hidup dan tinggal d Lenggong,,susah senang..biarlah aku yg tau..kadang2 kalau musim hujan ramai org kpg termasuk aku tak pi menoreh..aku pi turun ke sungai perak atau mencari pucuk paku leweh..pucuk ubi.beka utk d makan..ade le..bela lembu,kambing ..ayam itk kpg sekor dua..bila hujan tak berhenti alamat nak banjir le...tudr kecik sampai umur begini dah 50 kali tenggelam...ade ke aku org melayu beragama islam dpt peruntukan rumah banjir haram...sb tok aku sokong pas. skrg Alhamdulillah berkat sabor,azam,tahan d uji aku berpeluang melihat dunia luar udah 20 negara d dunia aku dah kunjungi...negara maju,miskin bila balik kelenggong aje aku hanya mampu senyumm... dok macam tu gak..aku tau nape jd mcm tu sb tak de pembangunan tak de org luar masuk..lagi pun org lenggong nie bnyk org petanilemahlembut..pemalu, biarkan lahlantak ke dema jelah buat la ,tak ngesahkan org..serta pemaaf..tapi ingatlah wahai wakil rakyat yg dah lalu dan akan datang langit tak sentisanya cerah ..aku udah perturunkan ilmu kpd anakku akan erti pembelaan dan erti berserah kpd yg maha esa...

    BalasPadam