Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 17 Disember 2013

PAS PERAK MELENGKAP KABINET JAWATANKUASA KERJA SESSI 2013/2015

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak yang telah bersidang buat Kali Pertama Bagi Sessi 2013/2015 pada; 12 Safar 1435H/15 Disember 2013M, telah mencapai kata sepakat dan bersetuju melantik serta membentuk Jawatankuasa Kerja PAS Negeri Perak Bagi Sessi 2013/2015, oleh Pesuruhjaya, Ybhg.Tn Hj Razman Zakaria, dengan mengambil kira pandangan ahli-ahli perhubungan serta kemampuan masing-masing yang seterusnya melengkapkan kabinet PAS Negeri seperti Berikut:

Pesuruhjaya : Ybhg. Tn Hj Razman bin Hj Zakaria.
Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
Timbalan Pesuruhjaya II : YB Ustaz Hj Idris bin Ahmad.
Timbalan Pesuruhjaya III : Ustaz Hj Noh bin Ahmad.

Ketua Dewan Ulamak PAS Perak: Ustaz Kamaruddin bin Awang Bashir.
Ketua Dewan Pemuda: Yang Mulia Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Ketua Dewan muslimat: Dr. Najihatus Solehah bt Ahmad.

Setiausaha : Dr. Muhaimin bin Sulam.
Penolong Setiausaha I : Ismad bin Shahril.
Penolong Setiausaha II : Ph Hjh Mazidah bt Ghazi.
Penolong Setiausaha III : Ahmad Badrin bin Khalid.

Bendahari : Ustaz Hj Ismi bin Mat Taib.
Ketua Penerangan : Ustaz Misbahul Munir bin Dasuki.
Pengarah Jabatan Pilihanraya: Khairul Anuar bin Ismail.

AJK:
1. Ustaz Abu Bakar bin Hussein.
2. Abd Rahim bin Nordin.
3. Jainuddin bin Yusop
4. Hj Rizal bin Ayob.
(3 orang lagi AJK akan dilantik didalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Negeri.)

AJK TAMBAHAN LANTIKAN PENGERUSI LAJNAH:
1. Ustaz Hj Ahmad Fakharuddin bin Abd Aziz.
2. Ustaz Hj Norazli bin Musa.
3. Ustaz Hj Zulkifli bin Ahmad.
4. Aminuddin bin Zulkifli.

Terdahulu, Tn Hj Razman membentangkan Visi Utama iaitu; Memerintah Negeri dengan syariat Allah dan menumpukan hala tuju PAS Perak kepada (4) Bidang Keberhasilan Utama yang mesti dilaksanakan mengikut Pertunjuk Ukuran Prestasi (KPI) yang ditetapkan.

(4) BIDANG KEBERHASILAN UTAMA:
1. Menang PRU 14.
2. Mengukuhkan Kedudukan Kewangan PAS Perak.
3. Memperkasakan Parti.
4. Merapatkan Ukhuwwah Jemaah.

Tn Hj Razman percaya tempoh setahun setengah yang masih berbaki untuk melaksanakan gerakerja oleh semua jawatankuasa yang telah dibentuk untuk sessi ini, akan dapat menyumbang kepada suatu perubahan yang lebih baik bagi memacu kemajuan kepada Parti dan Jemaah pada masa-masa akan datang, Insya Allah.

Khamis, 12 Disember 2013

KHATAN PERDANA BANTU MASYARAKAT KAMPUNG

LENGGONG: 7 Dis 2013 - Program Khatan Perdana yang dianjurkan PAS Kawasan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) pada 7 November lalu di Surau Ibnu Zakaria, dataran kg.Luat, Lenggong, mendapat sambutan meriah daripada masyarakat sekitar kawasan ini. (Video Klik Disini)

Seramai 25 peserta program turut diraikan dengan pancutan air dari jentera Bomba, dengan kerjasama 5 anggota Balai Bomba Lenggong dan pesembahan qasidah daripada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Kg. Luat, serta tazkirah dhuha oleh Ust. Rifaat Razman Al-Hafiz, selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan yang turut memeriahkan acara sambutan yang berlangsung.

Seramai 5 orang doktor perubatan daripada PAPISMA selamat mengkhatankan 25 peserta berumur 5-12 tahun yang bermula pada jam 9:45 pagi sehingga majlis selesai pada jam 2:30 petang.

Sementara itu, YDP PAS Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, Selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru dilantik ditemui berkata, program seperti ini akan diteruskan lagi oleh PAS Kawasan untuk tahun-tahun yang akan datang bagi membantu meringankan beban kewangan golongan masyarakat yang tinggal dikampung, katanya.

Bayaran RM80 untuk setiap peserta dirasakan amat berpatutan untuk kos doktor perubatan. Manakala jamuan makan tengahari untuk kaum keluarga peserta, turut disediakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan selaku penganjur utama program yang diadakan, tambah Razman.

Mohd Hatta bin Abd Aziz, 52, selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kawasan Lenggong, ketika ditemui menyatakan kesyukuran kerana program telah berjalan dengan baik, walaupun perancangan untuk mengadakan program ini dilakukan dalam masa yang singkat, sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakannya.

Beliau mengharapkan program Khatan Perdana sempena cuti sekolah pada tahun akan datang  bertambah meriah dan disertai oleh anak-anak masyarakat kampung dengan lebih ramai lagi, ujarnya.

“Kepada ibubapa yang berhasrat untuk mengkhatankan anak-anak pada tahun hadapan, kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua masyarakat, kerana program kebajikan yang diadakan ini, adalah bertujuan untuk membantu ibubapa masyarakat kampung meringankan beban kewangan mereka dan bukan berasaskan keuntungan,” tambah beliau.

Terdahulu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Kawasan Lenggong memulakan program dengan tahlil dan doa kesyukuran.




































Khamis, 5 Disember 2013

KHATAN PERDANA P.055 LENGGONG

Program Khatan Perdana anjuran bersama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) akan diadakan pada 7 Nov ini di Surau Ibnu Zakaria, dataran kg.Luat, Lenggong, yang dijangka akan bermula pada jam 8:30 pagi dengan acara semburan air oleh anggota Jabatan Bomba.
Setiap peserta hanya dikenakan bayaran RM80 seorang sahaja. Manakala makan tengahari untuk kaum keluarga peserta turut disediakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan selaku penganjur utama program diadakan ini.
Menurut Mohd Hatta bin Abd Aziz, 52, selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan kawasan Lenggong, 25 borang sudah diterima dan penyertaan masih lagi dibuka kepada peserta yang berumur 5 hingga 12 tahun dan tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 6 Disember ini, ujar Hatta.
Kepada ibubapa yang berhasrat untuk mengkhatankan anak-anak pada tahun ini, kami mengalu-alukan penyertaan daripada anda semua kerana bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan.
Kerjasama diantara PASPISMA dan Lajnah Kebajikan mengadakan program berkhatan sempena cuti sekolah ini, adalah semata-mata untuk meringankan bebanan keluarga terutamanya bagi penduduk di kawasan Lenggong, tambah Hatta.
Masyarakat disekitar juga dijemput hadir untuk memeriahkan suasana program yang kan turut dihiburkan dengan persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Lid Da’wah Wal Imamah dari kg. Luat.
Sementara itu, Tn Hj Razman Zakaria, Selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru dilantik ditemui berkata, program seperti ini kan diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang bagi membantu golongan masyarakat yang tinggal dikampung, insya-Allah, katanya yang juga merangkap YDP PAS Kawasan Lenggong.
 
Hj Razman juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program yang diadakan ini. Kerjasama baik daripada Jabatan Bomba Lenggong dalam program ini amat dihargai.