Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 26 Mac 2013

JELAJAH TRELER 'NEGARA BERKEBAJIKAN' DI LENGGONG ESOK.

LENGGONG: 26 Mac 2013- Jelajah Treler 'Negara Berkebajikan' dijangka tiba jam 12 tengahari esok, 27 Mac 2013 (rabu) di Dataran Lenggong.

Siri jelajah keseluruh daerah di negeri Perak ini, telah di susun dengan beberapa aturcara menarik sepanjang 2 jam berlangsung di setiap perhentian yang telah di jadualkan di kawasan-kawasan di tandingi oleh PAS pada PRU 13 ini nanti. 

Antara selebriti dalam program akan berlangsung itu nanti ialah, sdr. Bob Lokman dan Pak Jabit yang akan memeriahkan suasana dengan  acara 'Talk Show' dan sudah pasti akan membuatkan para penonton tidak kering gusi dengan persembahan pentas mereka.

Sementara itu, siri 'Jelajah Treler Negara Berkebajikan' ke kawasan ini juga, akan turut memperkenalkan calon-calon PAS yang akan bertanding pada PRU 13 di kawasan ini nanti.

Justeru itu, bagi pihak PAS kawasan Lenggong, kami menjemput semua masyarakat supaya hadir menyaksikan program yang di adakan selama 2 jam bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 2 petang nanti secara lebih dekat lagi. 

Saksikan juga kecanggihan treler yang berfungsi sebagai pentas 'robot' yang dijadikan pentas ceramah, hasil daripada kreativiti reka cipta anak muda melayu yang berwawasan jauh.

Jom ajaklah saudara-mara, sahabat handai, rakan dan taulan menyaksikan hasil kerja anak muda PAS mempelopori bidang reka cipta canggih yang tidak pernah terfikir oleh pihak rakan dan lawan sebelum ini.

Jom beramai-ramai esok :  27 Mac 2013 ( rabu.) Jam 12 tengahari hingga 2 petang, di kawasan letak kereta, dataran Lenggong. 




Selasa, 19 Mac 2013

KERJA KHIANAT PUAK-PUAK FASIK BERMULA...

LENGGONG: 19 Mac - Pas kawasan membuat 2 laporan polis, berhubung kain pemidang bertulis doa untuk kemenangan islam yang tertera gambar YDP Pas Lenggong, tn hj Razman Zakaria, setelah di dapati dikoyak di persimpangan jalan masuk ke Rancangan Felda Lawin Selatan.

Manakala 1 lagi laporan berkenaan dengan fitnah terhadap ucapan Menteri Besar Kelantan tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan tn Guru Abd Hadi Awang, berkaitan pemberian bantuan BR1M 2.0 baru-baru ini.

Aduan itu di buat pada jam 3.30 petang tadi, di Ibu Pejabat Daerah Polis Gerik, oleh Sdr. Azni Mohammed Zamri, 33, selaku pen. setiausaha Pas Kawasan bersama sekumpulan penyokong Pas, meminta supaya siasatan dan tindakan segera dapat di ambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan khianat dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Azni ketika ditemui berkata, perbuatan khianat seperti ini hendaklah di hentikan segera, kerana di bimbangi akan berlaku pergeseran di antara kedua-dua belah pihak penyokong Parti yang bertanding di Parlimen dan 2 dun di daerah ini.

Menurut Azni lagi, Pas tidak mahu sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku menjelang pilihanraya umum nanti setelah ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan perkara sebegini yang di syaki, cuba untuk menimbulkan kemarahan dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong parti. Jika perkara ini di biarkan berlanjutan, di bimbangi sesuatu yang di luar jangkaan mungkin akan terjadi, Jelas Azni.

Sementara itu, laporan polis kedua berkenaan kain pemidang berunsur fitnah yang di pasang di beberapa tempat di Dataran Lawin dan kg. Air Panas, turut di buat kerana paparan tulisan pada kain pemidang itu sama sekali tidak tepat sepertimana yang di maksudkan oleh Mursyidul Am dan Presiden Pas.

Ketua Penerangan Pas kawasan, sdr. Saidi Sabri, 41, ketika di temui berkata, “Pas Kawasan tidak membenarkan sama-sekali ahli dan penyokongnya membuat keputusan sendiri seperti menurunkan kain pemidang berunsur fitnah di pamerkan itu, dan menegah ahli parti daripada melakukan sebarang perbuatan khianat terhadap bahan kempen parti lawan di sepanjang tempoh menghadapi pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi.”


Saidi yang mewakili jawatankuasa Pas Kawasan, meminta pihak polis mengambil tindakan dengan segera bagi  membendung perkara seperti ini daripada terus berlaku supaya pilihanraya umum pada kali ini berlangsung dengan adil dan selamat daripada sebarang kejadian yang tidak di ingini.

Sabtu, 16 Mac 2013

PAS LENGGONG ANJUR SOLAT HAJAT: Mohon Selamatkan Negara dan Rakyat Dari Segala Bahaya.


Lenggong: 14 Mac - Pas Kawasan Anjurkan majlis solat hajat memohon pertolongan Allah agar Negara ini aman daripada sebarang bencana dan mendoakan rakyat di selamatkan daripada sebarang keganasan serta kezaliman seperti yang sedang berlaku dalam Negara akhir-akhir ini.

 Kira-kira 250 muslimin dan muslimat hadir menunaikan solat maghrib berjemaah, seterusnya  melangsungkan solat hajat  di dataran Lawin, yang  di pimpin oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ust. Ibrahim Zakaria.

Sementara itu, hj Razman berkata, penganjuran solat hajat ini mengajak semua umat islam bersatu di bawah payung islam, serta menghayati kebergantungan kita dengan Allah di dalam menghadapi sebarang kemungkinan disetiap keadaan dan situasi.

Tambah hj Razman, peristiwa di Lahad Datu, Sabah, merupakan tragedi berulang sepertimana yang telah berlaku di Memali dan Bukit Jenalik, Sauk suatu masa dulu. Majlis di adakan ini turut mendoakan para syahid dan syuhada yang telah terkorban dalm peristiwa berdarah itu.

Sejurus selesai solat isyak, ceramah umum turut diadakan di dataran hj Zul, di lokasi yang berdekatan dengan menampilkan Ust. Mohd Asri Zainal Abidin Ajk Dewan Ulamak PAS Pusat,  sebagai penceramah utama  ust. Ibrahim Zakaria serta tn hj Razman Zakaria.

Ust. Mohd Asri dalam ucapan ceramah beliau menjelaskan, PRU 13 ini merupakan pilihanraya paling getir bagi Umno Bn. Kerana angka 13,sering di percayai oleh Umno Bn sebagai angka yang tidak memberi kelebihan kepada mereka.

Jelas ust Mohd Asri, Sebenarnya di dalam islam, angka 13 tidaklah memberikan apa-apa kemudaratan atau kebimbangan kepada seluruh umat islam. Malah, lebih memberi kekuatan iman jika di lihat dari perspektif islam menurut sejarah peperangan dunia islam yang menyaksikan angka 13 lebih berpihak kepada kemenangan islam.

Umno  Bn tidak perlu terikut-ikut teori barat yang mempercayai angka 13, sebagai angka membawa malapetaka. Sebaliknya, malapetaka yang jelas sudah berlaku, rakyat pada hari ini telah menyaksikan peristiwa berdarah di Lahad Datu, Sabah, angkara memberi kad pengenalan kepada warga asing seperti pengakuan Tun Mahathir baru-baru ini. Jelas ust. Mohd Asri.

Ust. Ibrahim Zakaria, dalam ucapan ceramah beliau menyeru semua masyarakat pengundi di Lenggong, supaya memilih tn Hj Razman sebagai wakil mereka yang akan membawa suara masyarakat di sini kedalam dewan Parlimen.

Kredibiliti yang ada pada hj Razman, kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan, di percayai dapat membawa perubahan ekonomi dan kemajuan rakyat yang selari dengan kehendak agama khususnya untuk di nikmati oleh masyarakat di sini, ujar Beliau.

Khamis, 7 Mac 2013

PESERTA FELCRA TIDAK LUPA PERISTIWA INI... Mana Durian Runtuh Kami...???


Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.
Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.
Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor – sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.
Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:
“Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.
Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai “projek gagal.”
Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.
Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.
Bilangan kandang 17
Bilangan lembu setiap kandang 2,000 ekor
Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)
Harga anak lembu RM400 se ekor
Kos penggemukan lembu selama 6 bulan RM1,000 se ekor
Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se ekor
Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)
Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)
Harga jualan lembu RM3,000 se ekor
Jumlah hasil jualan RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)
Keuntungan projek dalam 6 bulan RM37,400,000
Bilangan peserta 92,000
Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan) RM406.52 se orang
Agihan kepada perserta setiap bulan RM33.88 se bulan
Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.
Tambahan pendapatan bulanan peserta RM500 se orang sebulan
Bilangan peserta 92,000
Jumlah tambahan pendaptan bulanan RM46,000,000 sebulan
Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan RM276,000,000
Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor
Bilangan lembu yang perlu diternak 250,909 ekor setiap enam bulan
Bilangan lembu diternak dalam setahun 501,818 ekor setahun
Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor – sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.
Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.
Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin” adalah tepat sekali.
Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:
Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5 ekor
Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor
Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai 5 ekor
Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor
Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?
Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.
Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.
SILA RUJUK DISINI: MANA DURIAN RUNTUH KAMI...??? 
YB,... Kenapa terus tipu orang kampung...??? YB dulu seorang guru sekolah..... Tergamak 'CIKGU' tipu orang kampung....