Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Jumaat, 18 Mac 2011

KEJOHANAN PING-PONG TERTUTUP: Piala YDP PAS Kawasan Lenggong.

(Bergambar Bersama Pemenang dan Jawatankuasa Penganjur)
(Peserta Akhir Sedang Berentap Merebut Kejuaraan)
KOTA TAMPAN AIR LENGGONG-  17 Mac: Pemuda PAS MTD DUN Kota Tampan (Banggol Belimbing) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong tertutup Piala YDP PAS Lenggong, yang menyaksikan penyertaan sangat menggalakkan daripada pemuda-pemuda didaerah Lenggong. 

Pertandingan dihentikan, ketika masuknya waktu solat Fardhu Zohor dan disambung semula sejurus selepas semua yang hadir menyaksikan pertandingan itu selesai menunaikan solat Fardhu Zohor yang diimamkan oleh Ust. Husairi Ariffin, di Surau yang berdekatan.

Pertandingan sengit bagi menjuarai kejohanan itu, melibatkan seramai  50 orang peserta yang dipertandingkan secara kalah singkir, telah dijuarai oleh sdr Othman Malek, setelah menewaskan sdr Husaini diperingkat akhir kejohanan ditempat kedua.

Sementara ditempat ketiga kejuaraan, telah disandang oleh adik Ariff Fahmi, 14, yang turut mendapat hadiah pemain terbaik keseluruhan. Manakala hadiah pemain harapan disandang oleh adik Zulhafiz Hakim, 10, pada kejohanan tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong, Ust. Abd Karim Mahmud yang ada bersama disepanjang kejohanan berlangsung,  turut menyampaikan tazkirah dan perasmian penutup, seterusnya menyampaikan hadiah kejuaraan kepada pemenang-pemenang, bagi mewakili Hj. Razman Zakaria, dalam majlis yang berakhir pada jam 3:00 petang itu.

(Pemain Harapan Sedang Beraksi)
YDP PAS Lenggong, Hj. Razman Zakaria, yang baru tiba di Lenggong setelah berada di Selangor menghantar anaknya menyambung pelajaran di Mesir, hanya sempat berada sebentar sahaja diawal pertandingan bermula, apabila beliau menerima berita kematian anak saudaranya dan terus bergegas pulang semula ke Selangor.

Turut hadir memberi sokongan pada kejohanan itu, TYDP PAS Kawasan Lenggong, Ust. Husairi Ariffin.




(Ust. Abd Karim Mahmud Tazkirah & Perasmian Penutup)

    











(Aksi Juara)














(Aksi Pemenang Tempat Kedua)















(Juara: Husaini Malek, Menerima Hadiah)














(Pemenang Kedua: Othman Malek, menerima Hadiah)














(Pemenang Tempat Ketiga Adik Ariff Fahmi, Menerima Hadiah)





























(Pemain Harapan: Adik Zulhafiz Halim)
(Hakim Pertandingan: Menerima Hadiah)









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan