Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Rabu, 25 Januari 2012

SEBARKAN MAKLUMAT INI

LAJNAH PENERANGAN DAN DAKWAH PAS KAWASAN LENGGONG: Mengadakan sesi "Ceramah Umum" pada 26 Januari 2012, (Khamis.) Jam 9 malam bertempat; Markas PAS Cawangan Kg. Telok Batu, Lenggong. (Berhampiran rumah Pakteh Zakaria.)

Penceramah undangan merupakan seorang mantan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, (sekarang UiTM) dan pemidato yang tidak asing lagi di arena politik tanahair iaitu, AJK PAS Pusat, merangkap Pengerusi Jabatan Penerangan PAS Pusat, Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad, yang sangat berpengalaman didalam bidang penyampaian maklumat bagi merungkai isu-isu berat yang sedang menyelubungi negara pada masa ini menurut fakta-fakta yang tepat.

Antara isu yang akan diketengahkan oleh beliau ialah berkaitan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pada masa ini menjadi 'topik hangat' dikalangan rakyat dan juga sebagai modal utama politik Umno-Bn untuk mengaburi mata rakyat peringkat akar-umbi yang jelas bertujuan menarik undi pada pilihanraya umum tidak lama lagi.

Penceramah tempatan, Pegawai Pendaftar Mahkamah Syariah, merangkap Ketua Urusan Dewan Ulamak,Al Fadhil Ustaz Hanapiah Idris turut diundang untuk menyampaikan ceramah yang menyentuh persoalan Aqidah dan gejala sosial yang sedang meruncing didalam masyarakat melayu pada masa ini dan akan mengupas perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Islam yang ditakuti oleh orang-orang bukan Islam.

Semua masyarakat yang berada di kawasan Parlimen Lenggong, dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini daripada kedua-dua orang penceramah pada program yang diadakan ini. Kerana, Pakatan Rakyat tidak ada medan lain berbanding parti Umno-Bn yang menguasai kerajaan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat, melainkan didalam sesi ceramah-ceramah sepertimana dianjurkan pada kali ini.

Rabu, 18 Januari 2012

KERABAT BERI KESEDARAN KEPADA BEKAS TENTERA.

TAMAN PERPADUAN: 15 Jan2012- Pelancaran Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT), Parlimen Tambun diadakan di dewan komuniti Perpaduan Ulu Kinta dalam satu majlis makan malam dianjurkan NGO itu disini.


Pengerusi KERABAT Perak, Zulkafli Daud, 55, dalam ucapannya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat yang dipercayai dapat membela masa depan bekas angkatan tentera dengan lebih baik, sekiranya agenda Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya dapat direlisasikan, sambil menyeru agar ramai lagi bekas-bekas angkatan tentera menyertai KERABAT yang akan ditubuhkan diseluruh tanahair.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir meraikan majlis tersebut ialah, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Mantan Menteri Besar Perak, Presiden KERABAT Kebangsaan, Lt. Kol (B) Hj Mohd Nazari Mokhtar, Mantan Speaker DUN Perak, Dato’ S. Sivakumar dan Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj Razman Zakaria.

Terdahulu, Nizar menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang bekas tentera yang telah cacat anggota, Ali bin Mohamad, 59, yang mendakwa tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang berwajib walaupun beliau telah beberapakali memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan.

Dalam majlis yang sama, Nizar turut menyampaikan watikah perlantikan penasihat KERABAT Ng. Perak, kepada Laksamana Pertama (B) Hj Mohd Imran Hj Abd Hamid, yang baru dilantik.

Nizar dalam ucapannya mengucapkan tahniah diatas jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh bekas-bekas perajurit yang pernah berada diperbatasan tanahair, demi untuk menjaga kedaulatan Negara ketika berkhidmat sebagai angkatan tentera.

Pakatan Rakyat memandang berat terhadap kebajikan bekas-bekas tentera yang dilihat telah diabaikan oleh kerajaan selepas mereka bersara daripada perkhidmatan.

Merujuk kepada kertas ketetapan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972, bekas-bekas angkatan tentera berhak memohon daripada kerajaan negeri, seluas 10 ekar tanah untuk pertanian dan 2 lot tanah untuk tapak rumah apabila bersara, tetapi telah dinafikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab setelah mereka menolak hampir 99 peratus permohonan pesara tentera  untuk mendapatkan hak mereka itu berdasarkan PMAT 1972.

Jasa dan pengorbanan bekas anggota tentera yang telah mempertahankan kedaulatan setiap inci tanah Negara ini seperti tidak dihargai, pesara tentera menghadapi kesukaran untuk menyambung kehidupan selepas tamat perkhidmatan bagi menanggung keluarga.

Pada hari ini, bekas tentera tidak mendapat apa-apa keistimewaan yang dapat menjamin masa depan seperti dianugerahkan sebidang tanah untuk diusahakan bersama keluarga, Pakatan Rakyat melihat keadaan ini dari aspek pengorbanan yang telah dicurahkan angkatan tentera.  Oleh kerana tidak ada cara lain terpaksalah mereka terus bekerja dipondok-pondok pengawal keselamatan dengan pendapatan yang kecil untuk menyara keluarga.

Atas kesedaran ini, Pakatan Rakyat telah berjanji akan memberikan ganjaran yang setimpal dalam urusan hal-ehwal  kebajikan pesara-pesara tentera sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai pemerintahan diputrajaya.

Menurut Nizar, seluruh bekas angkatan tentera di tanahair mesti bijak menilai tawaran Pakatan Rakyat bagi menjaga kebajikan yang telah diabaikan oleh pihak-pihak yang berwajib. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya bekas angkatan tentera membuat perubahan demi untuk menyelamatkan Negara melalui peti undi dengan menyokong  Pakatan Rakyat pada pilhanraya umum yang akan datang.


Tumbangkan Umno-Bn!!! 

Selasa, 10 Januari 2012

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT: Najib Tercungap-Cungap.

JALAN DUTA-9 Jan 2012: Gelombang kebangkitan rakyat menolak kezaliman kini semakin membara. Pembebasan DS Anwar Ibrahim sedikit sebanyak telah melegakan rakyat Malaysia.

Tn Hj Razman berpendapat, keputusan mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim berkait rapat dengan tekanan politik yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) terhadap fitnah jahat tajaan Umno yang bertujuan untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap PR.

Kerajaan Umno-Bn pada ketika ini sedang terhimpit dengan berbagai isu yang akan menjerat mereka sendiri berikutan gelombang kebangkitan rakyat pada masa ini. 


Kerajaan Umno-Bn pada ketika ini tidak mampu lagi bertahan dengan bebanan isu-isu besar yang melibatkan SPR, Laporan Audit Negara, penyelewengan dana awam melibatkan menteri-menteri Umno-Bn yang dipercayai boleh menjatuhkan kerajaan Umno-Bn pada PRU-13 akan datang. 

Perdana Menteri (Najib) mengambil jalan selamat ketika ini, apabila membebaskan DS Anwar daripada fitnah kedua (liwat) ciptaannya, selepas fitnah pertama yang ditaja oleh Dr. Mahathir (mentor Najib)  sejak dulu, tidak dapat lagi mempengaruhi minda rakyat atau telah gagal. 


Najib tidak mampu lagi mengheret politik fitnah ini kedalam kancah pemerintahannya yang dilihat akan merugikan dirinya sendiri dan kerajaan Umno-Bn pada ketika ini, setelah beliau melihat keadaan semasa iaitu, penolakan rakyat terhadap kerajaan yang semakin menular diperingkat pusat-pusat pengajian tinggi, hinggalah ke peringkat akar umbi.


"Walau apa saja keputusan dibuat, Najib tetap menghadapi tekanan. Jika DS Anwar dipenjarakan, beliau akan berhadapan dengan rakyat secara terus melalui himpunan dijalanraya.


Apabila membebaskan DS Anwar, dia juga akan menerima tekanan daripada Dr. Mahathir yang masih lagi menghantui hidupnya." 
Ketika Najib berada didalam Keadaan terdesak. Mahu tidak mahu, pilihan terbaiknya ialah, menyelamatkan keadaan dan kedudukannya dengan menghilangkan kemarahan rakyat buat seketika iaitu, membebaskan DS Anwar.



Sebenarnya Najib tahu kehendak 'mentor'nya. Keputusan dibuatnya, jelas bertentangan dengan kehendak Mahathir yang telah mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri, bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Tetapi apakan daya, Inilah yang terpaksa dilakukannya setelah dia melihat kebangkitan  dan kemarahan rakyat sudah tidak dapat dibendung, ekoran isu-isu besar yang sedang menghentam pentadbiran kerajaan pimpinannya waktu ini.


Najib tidak mampu bertahan untuk menghadapi tekanan dari dalam dan luar. Realitinya, Najib sedang tercungap-cungap untuk melepaskan dirinya daripada gelombang kemarahan dan kebangkitan rakyat, diikuti kekecewaan 'mentor'nya yang berhasrat, Najib dapat menamatkan pengaruh besar DS Anwar Ibrahim didalam Pakatan Rakyat.



Sudah tentu selepas ini, Najib  sangat bimbang dengan percaturan Dr. Mahathir, keputusan dibuatnya telahpun mengakhiri suatu babak panjang percaturan politik 'mentor'nya sendiri. Tidak ada lagi pertuduhan liwat keatas DS Anwar selepas ini. 


Yang ada hanyalah bayangan pengganti Najib, kerana dia gagal menyempurnakan hasrat 'mentor'nya. Siapakah yang layak? Muhyiddin? Hishamuddin?.... Mukhriz?.... Nantikan....!!! 


Seperti biasa, gelanggang percakaran akan dibuka oleh kumpulan-kumpulan pro dan kontra didalam arena politik Umno yang tersendiri. Calon-calonnya  sedang bersedia mengasah kuku dan akan keluar untuk mencakar dan mencalarkan Najib pada bila-bila masa dari sekarang, sepertimana Pak Lah diperlakukan oleh Najib suatu masa dulu.

Kembali kepada kebangkitan rakyat yang tidak akan reda angkara gila kuasa kerajaan Umno-Bn.




Harus diingat, rakyat berhimpun pada hari ini bukan hanya kerana disebabkan pengaruh besar DS Anwar, tetapi lebih kepada menuntut pengadilan kepada semua rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran ditegakkan oleh bidang kehakiman dengan lebih telus dan adil, tanpa campurtangan parti politik kerajaan yang sering menghumban rakyatnya dengan pertuduhan berat sebelah sepertimana, mereka menggunakan pengaruh politik berat sebelah kedalam pusat-pusat pengajian tinggi, yang menyaksikan kezaliman keatas seorang penuntut UPSI, Adam Adli, ketika ini.


Buktinya, pada hari  ini, ribuan rakyat telah menjadi hakim apabila menolak segala fitnah dimainkan oleh pihak kerajaan Umno-Bn untuk menjatuhkan PR yang akhirnya, rakyat sendiri menzahirkan kuasa mereka menolak konspirasi jahat Umno-Bn melalui jalanraya sebagai tanda protes mereka terhadap kezaliman  dilakukan kerajaan Umno-Bn.  


Jangan fikir rakyat akan berhenti  dari bertindak selagi keadilan dan kebenaran tidak ditegakkan oleh Umno-Bn. 


Rakyat sudah tidak mahu Umno-Bn!!! Rakyat sudah menyampah!!!... Kerana Umno Melayu Dihina di Negeri Sendiri!!!... Kerana Umno Melayu Terhina Dimata Dunia!!!... Kerana Umno Melayu Merana!!!... Kerana Umno Melayu Merempat!!!...  Kerana Umno Melayu Tersesat!!!... Kerana Umno Undang-undang Islam Tersekat...!!!  

OKU (Orang Kuat Umno) MASUK PAS BERAMAI-RAMAI.

(Orang Kuat Umno Pasir Salak Abd Halim Hadi, Masuk PAS Bersama 20 orang penyokong-penyokongnya.) 
CENDERONG BALAI, 6 JANUARI 2012: PAS cawangan Kg. Pekan Rabu, mengadakan majlis penyerahan 20 borang keahlian baru kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj. Razman Zakaria, oleh seorang bekas ahli Umno, Abd Halim Hadi, 56, yang juga merupakan mantan setiausaha cawangan Umno disini bersama-sama 20 orang penyokong-penyokongnya.

Ketika ditemui, Hj Razman mengucapkan syukur dan tahniah diatas kesedaran masyarakat disini kerana pada hari ini, perjuangan PAS sudah difahami oleh kebanyakan masyarakat berbilang kaum samaada di bandar-bandar besar mahupun yang tinggal diluar bandar,  ujarnya setelah diberitahu tempat program diadakan ini merupakan kubu kuat dan juga kampung kelahiran seorang ahli Parlimen Umno-Bn. (Dato' Tajuddin Abd Rahman)

Hj Razman Berkata; “Jika sebelum ini, masyarakat melayu dan kaum-kaum bukan melayu seringkali ditakut-takutkan oleh pihak parti lawan dengan mengatakan, “Negara tidak akan maju, terkebelakang dan akan huru-hara sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat memerintah,” ternyata tidak benar sama sekali setelah masyarakat berbilang kaum di negara ini lebih meyakini pentadbiran cemerlang yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.”

Katanya Lagi, “Ini dibuktikan dengan adanya sayap parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mewakili kaum bukan Islam yang telah memberikan sokongan penuh terhadap dasar parti  diperjuangkan oleh PAS iaitu, membina sebuah Negara berkebajikan yang merangkumi semua aspek kehidupan dan pembangunan dengan memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan agama di Negara ini.” Tegas beliau dalam ucapannya.

Ahli Parlimen P. Salak, dato' Tajuddin Abd Rahman.
(Kampung dia la berita ni.) 
Hj Razman mengajak semua masyarakat menilai semula, apakah bentuk pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat disini setelah lebih 54 tahun, Umno-Bn diberi mandat untuk mengurus kemajuan dan pembangunan seperti, keperluan asas masyarakat setempat yang dilihat masih lagi sangat jauh ketinggalan daripada arus kemajuan sebenar. "Sedangkan kampung ini ialah tempat kelahiran Ahli Parlimen yang sedang berada didalam dewan rakyat pada hari ini. Tidak nampak apa-apa pun perubahan besar yang dibawa oleh beliau setelah dilantik oleh penduduk disini supaya membawa penyelesaian terhadap pemasalahan masyarakat penduduk disini." Ujarnya.

Penyerahan borang disaksikan Dr Muhaimin, (Tiga dari kanan.) 
Hj Razman, mengulas mengenai aduan Abd Halim, yang baru menyertai PAS berikutan rasa tidak puashati penduduk kampung  dengan janji-janji kosong ahli Parlimen parti lawan (Umno-BN) untuk menaik taraf jalan luar bandar (kampung) dan projek membina sebuah Masjid baru yang katanya, bernilai RM2.5 juta. Tetapi, sehingga kini tidak dilaksanakan. “Perlukah masyarakat disini menunggu 20-30 tahun lagi?” Soal Hj Razman, sambil menyeru supaya ramai lagi ahli atau penyokong Umno-Bn meninggalkan parti itu dan mengikuti Abd Hadi, yang sudah pun menyertai parti PAS.

Mengakhiri ucapannya didalam program ini, Hj Razman menyeru semua lapisan masyarakat supaya membuat pilihan yang betul agar memilih seorang pemimpin yang amanah dan benar-benar layak untuk mewakili penduduk disini bagi mencapai kemajuan, kebajikan dan pembangunan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dengan rekod urus tadbir terbaik setakat ini, berbanding amalan belanjawan pihak kerajaan Umno-Bn yang sering mengalami ketirisan dan penyelewengan ketika membelanjakan dana awam dan perbendaharaan harta Negara setelah sekian lama mereka diberi mandat oleh rakyat memegang tampuk kuasa pemerintahan di negeri Perak.