Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 20 Mac 2011

SEKALI LAGI TAHNIAH BUAT PEMUDA UMNO LENGGONG..

Sekali lagi PAS Kawasan Lenggong mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Lenggong kerana berjaya menghangatkan Balai Polis lenggong yang agak lama sunyi sepi.. Kejayaan Ketua Pemuda dan Setiausaha Pemuda UMNO Lenggong ini membuktikan bahawa mereka amat peka dengan arahan bos besar mereka supaya membuat laporan polis dan demonsrtasi diseluruh  negara bagi menjatuhkan serta mengaibkan DS Anwar Ibrahim yang dikatakan menjadi ancaman kepada UMNO. (tengok sini) Demo ini mendesak supaya DS Anwar menyerahkan DNA beliau untuk siasatan kes liwat beliau. Maka berduyun lah Pemuda UMNO ini ke Balai Polis bagi mengiringi Bos mereka membuat laporan walaupun dipercayai ramai antara mereka tidak tahu apa itu DNA.
 Apa yang lebih menarik disini, tiada kelibat YB Lenggong atau Bos mereka, kenapa jadi begini? Mustahil YB Lenggong ini tidak tahu akan kerja atau tindakan anak buahnya atau anak-anak buahnya ini tidak menghiraukan atau sudah tidak ada respect pada YB Lenggong... Malang sungguh nasib YB Lenggong ini yer.. sudah lah bermacam macam cerita yang timbul, tidak disenarai sebagai calon la... UMNO Lenggong tak suka la.. Dato Nazri nak ambik seat Lenggong la... macam - macam lagi la... tak sampai sepenggal dah macam - macam bunyi. Kalau difikirkan logik, ada asasnya.. kalau baik takkan orang benci.. Musuh dalam UMNO Lenggong pun ramai...


Ini nasihat dari PAS Kawasan Lenggong kepada YB Lenggong ni.. kalau dah sedar orang tak suka lebih baik undur diri, bagi laluan pada orang-orang lebih muda dan educated... YB pun dah kaya raya, buat apa lagi nak susah-susah fikir pasal politik ni.. YB urus jer syarikat bas YB tu.. boleh buat duit tu.. Pasal UMNO Lenggong ni bagi jer pada Irwan atau siapa- siapa yang lebih layak sebab rekod YB Lenggong pun dah teruk. Lagi pun baru la ada saingan dengan YDP PAS Lenggong. Kalau YB nak bertanding lagi macam tak meriah la politik di Lenggong macam sekarang ni sebab orang UMNO pun ramai yang tak suka pada YB Lenggong ni..

9 ulasan:

  1. boleh kasi cadangan...teringin nak tengok gambar bakal yb sdr iruan berkugiran...panas tuh..hehe..pastu letak sebelah dengan gambar demonstrasi

    BalasPadam
  2. woit..... Apa cerita dengan UMNO Lenggong Yang dah teruk sangat ni? Sampai MB nak turun Lenggong pada mulanya Pemuda UMNO tak tau.

    BalasPadam
  3. Dengar cakap-cakap, semua pemuda yang menyertai piket didepan balai polis tempohari, ada YB Lenggong nak bagi kain pelikat sehelai sorang betul ke?

    BalasPadam
  4. Berapa punya BANGANG nya puak-puak UMNO 1 Malaysia sekarang ni. Kalau nak jatuhkan pemimpin politik pun gunakanlah senjata UNDI dalam pilihanraya nanti. Janganlah guna senjata JUBUR. Certia pasal senjata JUBUR ni, YB Lenggong (ADUN Kota Tampan) pun pun tahu kisah sebenarnya, kalau nak tahu jugak, nanti kita dedahkan pengakuan mat-mat motor yang ada rakaman sek luar TABII tersebut.

    BalasPadam
  5. Kesian Anak-anak muda yang tak tau apa-apa tentang konspirasi fitnah umno diajak bersama konvoi piket depan balai polis yang turut dihadiri oleh pegawai polis dari gerik, wahai anak-anak muda sekelian, berapakah bayaran yang anda terima dari ketua pemuda UMNO? minum petang sajakah ganjarannya? cuba tengok rumah ketua pemuda UMNO, banyak duit dia.... ketua pemuda UMNO ada agenda lain untuk dapatkan nama, anda yang tak tau apa-apa yang kena naya..........

    BalasPadam
  6. silap sekiranya tuan menyatakan anak-anak muda umno tidak tahu apa yang sedang berlaku.. saya mengkaji.. saya selidik.. silalah mengkaji serta selidik betul-betul sekiranya ingin berpolitik.. jangan mudah terpengaruh dgn provokasi..

    BalasPadam
  7. Datang Mesyuarat agung umno B/Belimbing, cuma dapat semangkuk cendol dengan Gelas mug je...... apa ni UMNO...... Kalau begini, kami orang muda nak sokong pas la pulak. Wakil Rakyat umno banyak duit bila jadi yb. mengundi kali ni kami nak banyak duit. kalau tidak gantung poster sendiri la na......

    BalasPadam
  8. abis 2 tggu pe ag...xkn nk biar "org tua" 2 jd YB ag akan dtg...kte ganti dgn YB pas,hj razman zakaria...biar die pegang sepenggal...klu rekod baik...kte tros sokong...klu x elok...kte undi UMNO lek...pe mcm???setuju x pemuda lenggong sekalian???

    BalasPadam
  9. Anak muda diperantauan tidak akan sesekali menyokong UMNO-Bn. Kita ajar mereka semua dengan kertas undi..... biarkan jentera UMNO keluarkan duit yang akan melenyapkan mereka sendiri dimukabumi ini... UMNO bagi duit sapu..... suruh pangkah, jangan harus.....

    BalasPadam