Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 19 Februari 2011

YDP PAS KAWASAN LENGGONG DI KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA, JAMINAN PAS.

   
SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negara ini.

“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?

“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.

“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).

“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno."

“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.

Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.

“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.

“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan