Nampaknya isu Felcra masih belum dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama. Pihak yang berwajib sedar berlakunya keserongan namun masih membiarkannya berlaku kerana mendapat keuntungan dari keadaan ini. Kerajaan kononnya ingin membasmi kemiskinin namun perlaksanaan pihak kerajaan tambah meluaskan jurang kemiskinan - yang senang menjadi kaya yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan tertindas.
Dalam isu Felcra memanglah tidak wajar jika penjawat awam @ kakitangan kerajaan mendapatnya dengan meminggirkan dari mengutamakan orang kampong terlebih dahulu. Ini namanya mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa. Penghulu-penghulu juga memang memainkan peranan dalam penyalahgunaan kuasa ini. Ketua Kampong juga berperanan dalam penyalahgunaan kuasa. Pihak atasan memang sedar dan nampak, termasuk juga YB Adun juga menyedarinya tetapi kenapa ini masih dibiarkan berlaku?
Tetulah jawapannya kerana kepentingan kroni. Untunglah kita masih ada 2, 3 orang rakyat marhaen didalam DUN Tahan ini yang masih mampu bersuara untuk menyuarakan ketidakadilan yang berlaku. Terima kasih Cenerung Ular, Buntat, Cu-cu Atok, Ri-Kuala Pengor, Pang5 Banir, MUT dan lain-lain lagi, yang berani menyuarakan bagi pihak mereka yang tidak mampu bersuara atau sudah kehilangan suaranya.
Ketahuilah bahawa saya, serta yang lain-lain ini dahulu adalah penyokong kuat kerajaan. Semua penduduk-penduduk kampong dulunya penyokong kuat kerajaan, tetapi apabila kami melihat pemimpin-pemimpin kerajaan yang memimpin sekarang ini sudah semakin jauh dari perjuangan asal, kami sudah hilang percaya kepada perjuangan parti. Kerana itulah kita lihat generasi muda sudah menjauhi UMNO, kerana mereka sudah bijak menilai dan mereka melihat bahawa pemimpin-pemimpin dalam UMNO kini tidak lagi memegang perjuangan dahulu. Pemimpin tidak berjuang untuk rakyat tetapi mengharap rakyat berjuang untuk mereka.
Slogan Juara Rakyat adalah satu slogan yang menipu rakyat, kerana pemimpin tidak melaksakan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka ingin menjadi juara kepada rakyat tetapi mereka tidak berjuang untuk rakyat. Mereka berjuang untuk diri mereka sendiri serta kroni.
Mungkin UMNO sudah terlalu lama memerintah. Mungkin pemimpin UMNO sudah jemu memimpin. Mungkin rakyat kena mencari alternatif lain selepas ini.Mungkin juga Penghulu-penghulu sudah terlalu lama berkhidmat. Ketua Kampong juga sudah tidak pandai membeza yang mana adil yang mana tidak. Mungkin juga mereka sudah lupa yang mana halal dan yang mana haram!
Saya akan menulis isu Felcra ini beberapa hari lagi biar sampai orang jemu membaca, biar pihak berkenaan mengambil tindakan, biar kebenaran dapat ditegakkan.
Saya CnP posting semalam;

3. Isu yang hendak kita bawa adalah berkaitan dengan Felcra, ketidakadilan pemberian saham serta nasib malang golongan miskin yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.
- Dalam pemberian sahan Felcra yang dirujuk, rakyat tidak berpuas hati kerana mereka yang ada dari kalangan mereka yang tidak mendapat pertimbangan yang saksama. Walaupun mereka didalam golongan miskin dan tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan namun oleh kerana sikap pilih kasih dan berkroni maka mereka tidak langsung dipertimbangkan sebaliknya saudara-mara Tok Penghulu dan Ketua Kampong diberikan hak kerana amalan sikap pilih kasih ini.
- Selain itu golongan yang bukan benar-benar miskin dan kakitangan kerajaan juga menerimanya sedangkan sepatutnya keutamaan patut diberikan kepada rakyat miskin dan lahir serta tinggal dikawasan berkenaan dimana projek Felcra itu dibangunkan.
- Ada dikalangan Tok Penghulu yang dilaporkan menjual saham-saham Felcra yang diberikan percuma ini dengan harga RM100.00 setiap satu.
- ADUN, Tok Penghulu serta Ketua Kampong sebenarnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengagihaan yang tidak adil ini dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini di dunia dan di akhirat.
- Terdapat juga maklumat bahawa ada pihak yang suami dan isteri, kedua-duanya menerima saham dimana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula penerima itu adalah serang kontrektor dari kalangan Wan dan memang sah kroni ADUN.
- Kepada siapa lagi orang-orang kampong yang miskin ini dapat bergantung harap apabila jentera kerajaan sudah menyeleweng dan mementingkan diri mereka sendiri serta kroni? Gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan sudah tidak dapat diselindungi lagi. Apa yang kerajan dapat lakukan mengenai gejala rasuah ini?
- Saya tidak pasti kebenaran terhadap individu yang dituduh, Tok Penghulu dan Ketua Kampong yang berkenaan hasus disiasat oleh pihak atasan mesti memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan bagi membersihkan imej kerajaan
- Slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang kerajaan 'suapkan' kepada kita hanyalah 'tayangan gambar dan hiburan semata-mata'. Perdana Menteri, Menteri Besar serta Wakil-wakil Rakyat yang dipilih tidak langsung mengambarkan mereka faham dan berusaha untuk mencapai hasrat itu. Penjawat awam juga sebilangannya terlibat dalam 'penjahanaman' negara apabila mereka adalah pemain utama dalam 'industri rasuah negara'.
- Jika wakil rakyat dan kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah ini (dan sebenarnya saya sangat yakin ini tidak akan mampu di bendung) maka terimalah hukuman rakyat pada Pilihanaya Umum ke 13 nanti. Jangan wakil rakyat fikir dengan merasuah pemimpin menunaikan umrah maka sokongan rakyat akan bertambah dalam PRU nanti? Sebenarnya rakyat melihat dengan jelas dan rakyat sangat membenci serta berdendam untuk membalas perbuatan itu, dan UMNO /BN terpaksa menerima pembalasannya.
- Dengan peningkatan gaji dan imbuhan bagi kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat @ Ketua Kampong, perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan harus di minimumkan jika pun tidak mampu dihapuskan terus. Adalah tidak adil bagi rakyat miskin dikampong yang pendapatan mereka tidak bertambah tetapi takanan dan penindasan terhadap mereka semakin meningkat.
Posted by uRag dRrulug at 8:12 AM
Dari peneroka/peserta FELCRA penyokong kuat UMNO.
Jerantut Pahang.
BENDA NI MEMENG TERJADI DI LENGGONG.. SEBAB ITULAH BILA YDP PAS MENYENTUH SOAL FELCRA/FELDA HABIS MENGGELABAH UMNO 1 LENGGONG.. BUKAN SETAKAT YB SAHAJA, KETUA KAMPUNG DAN JKKK PUN DAH GELABAH.. YE LA MASING2 ADA SAHAM.. YANG MENGHAIRANKAN LAGI PUAK2 NI MEMPERTAHANKAN APA YANG TELAH DIBUAT OLEH PENGURUSAN FELCRA INI.. SEPATUTNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT, MEREKA MENOLONG UNTUK MENYELESAIKAN ISU PESERTA FELCRA INI.. BANTU RAKYAT BUKAN MENJADI EJEN CAKAP KEPADA FELCRA.. TOLONG LA ORANG KAMPUNG.. NI TIDAK.. KELUARKAN STATEMENT APA YANG FELCRA BUAT TU SEMUANYA BETUL.. TAPI ORANG LENGGONG FAHAM SEBAB YB DIA NI BODOH.. MAKLUMLAH DIPLOMA MAKTAB JER... ADA IJAZAH PUN BELI...
BalasPadamKepada pegawai-pegawai Felcra Lenggong, tolong sampaikan isyarat kepada wakil-wakil rakyat Lenggong bahawa, tepukan gemuruh peserta-peserta felcra pada mesyuarat agung lalu apabila dibangkitkan bantuan PPRT, PBR Saraan Bulanan hanya untuk kroni-kroni sahaja. Ramai peserta tak puas hati. Mereka berpendapat elaun kehadiran RM50 dalam sejarah. Ceramah politik yang dahsyat oleh YB yang cetek ilmu, menghentam ikut dan je. YB Lgg Bukan nak bincang bagaimana nak memberi keadilan kepada peserta, sebaliknya sifatkan FELCRA lebih baik dari UMNO. Orang tak nak dengar dah caci maki YB. Berbanding YDP yang berusaha memberi kesedaran kepada orang-orang kampung yang telah lama ditipu oleh YB-YB Lenggong.
BalasPadamHarap pengurus dan pegawai felcra Lenggong sampaikan isyarat kepada YB-YB Lenggong bahawa, Peserta2 Felcra dah muak dengan ucapan politik caci maki kepada YDP semasa perasmian Mesyuarat agung Felcra Lenggong. Tepukan gemuruh kepada peserta yang membangkitkan isu bantuan PPRT,PBR, Saraan bulanan yang hanya diberikan kepada kroni-kroni JKKK sahaja. Peserta yang benar-benar miskin tidak menerima apa-apa. Kepada pegawai-pegawai Felcra, jangan jadi ajen UMNO ye.....
BalasPadamHidup Hidup Islam ! Hancur Hancur Kezaliman!
BalasPadamHidup Hidup Islam ! Hancur Hancur UMNO!