3 hari berada di Tenang dalam usaha membantu jentera PAS berkempen di Tenang meyaksikan pelbagai kenangan semasa berada di Negeri kubu kuat UMNO ini. Pelbagai ragam penyokong, cara berkempen, strategi menawan pengundi rata-rata berlainan dengan piliharaya kecil yang lain. Inilah juga kali pertama petugas dari PAS Kawasan Lenggong dapat bersama - sama menyertai konvoi bersama calon PAS Dun Tenang Cikgu Normala Sudirman. Ternyata pelbagai peristiwa menarik yang dapat disaksikan di Tenang kali ini kerana konvoi membawa calon ini turun keseluruh pelusuk di Tenang kerana ingin bertemu pengundi. Tidak hairanlah mengapa UMNO dapat mengekalkan kemenangan disini kerana rata-rata penduduk disini terlalu fanatik dengan UMNO. Mereka mungkin tidak dapat hidup jika tidak bersama UMNO. Masih ada lagi penyokong seperti gambar diatas di Dun Tenang ini.
Semasa rombongan memasuki Felda Tenang, salah satu Felda yang tertua di Malaysia kami menyaksikan dimana hanya segelintir sahaja peneroka Felda disini yang menyokong PAS. Setiap rumah disini menggantung bendera UMNO dan Barisan Nasional. Slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi buat mulut masyarakat disini. Lihat lah kedaifan hidup peneroka yang hampir menjangkau ke generasi ke-3 seperti gambar di sebelah melalui rumah mereka ini tetapi tetap menjadi penyokong UMNO/BN kerana mereka yakin UMNO/BN sahaja mampu mengubah hidup mereka.
Ini pula rumah salah seorang peneroka Felda Tenang yang agak berani menyokong PAS. Rumah ini juga menjadi bilik gerakan PAS yang dikendalikan oleh jentera PAS Pahang. Jika kita menilai kembali, dimanakah kebenaran Melayu di bela? Memartabatkan bangsa Melayu? Melayu yang menyokong UMNO terus mundur, terkebelakang... tetapi melayu di Tenang masih sayangkan UMNO. Lihatlah perbezaan kehidupan, fahaman politik antara 2 melayu di Felda Tenang ini.
Buat Cikgu Mala, walaupun tewas, teruskan usaha mulia dan murni ini. Tewas sekarang tidak bermakna tewas selamanya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan