Lenggong: Umno Lenggong semakin terdesak apabila rancak mengadakan ceramah dan telah mengeluarkan poster ceramah kononnya hendak menjawab penyelewengan-penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Apapun terima kasih kerana telah memperkenalkan pemimpin PAS Kawasan Lenggong kepada penyokong-penyokong tegar UMNO setelah nama beliau turut ditulis pada poster terbabit.
Cuma disini, PAS Kawasan Lenggong berharap sangat jika sekiranya YB Lenggong semua boleh tolong jawab sekali penyelewengan terhadap peserta Felcra apabila surat bukti penerimaan 5 ekor LEMBU oleh Ahli Parlimen yang telah diedarkan disetiap pelusuk Kampung "dijawab dengan lidah yang Fasih".
Jangan lupa juga untuk memberi faham kepada masyarakat Felda dan Felcra bahawa mereka sebenarnya ialah tuan tanah yang berkuasa penuh ataupun "tauke" bukan "kuli", sebenarnya Felda & Felcra adalah "kuli" kepada peserta atau peneroka.
Berilah kefahaman kepada semua orang kampung dengan misalan; jika kita ada kebun getah maka, pembahagiannya seperti 50-50. jadi, bahagilah hasil mengikut perjanjian. tetapi sekarang ni Felda & Felcra bahagi hasil ikut suka hati depa je, tidak ada sebarang penyata, maka Felda & Felcra ni la yang zalim...... katakanlah yang benar. Beginilah caranya kalau YB Lenggong nak membela orang-orang melayu dikampung-kampung. "Barulah Orang panggil HERO".
Jangan la ambik, subahat, mintak atau mohon dari Dato' Tajuddin 'LEMBU-LEMBU KORBAN' yang jelas menggunakan wang Felcra bagi kepentingan politik dan peribadi untuk mencari pengaruh dalam masyarakat.
Syukurlah kerana surat-surat penyelewengan wang Felcra tersebut telah difahami oleh Rakyat di Parlimen Lenggong yang sudah muak dengan parti UMNO banyak rasuah dan penuh dengan penyelewengan selama ini.
P/s:
Ada lagi ke kosong?, "Shamisha HOLIDAY BUS" banyak....!!! Boleh la pergi tengok bagaimana kerajaan Negeri Pulau Pinang memerintah......
WAKIL-WAKIL RAKYAT LENGGONG TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK BANTU MASYARAKAT FELDA & FELCRA. SEWAKTU PENGERUSI FELDA DATANG KE FELDA LAWIN SELATAN, SEMUA YB-YB BERCAKAP TENTANG POLITIK, BUKAN MENCARI PENYELESAIAN UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI PENEROKA. JELAS KEPADA MASYARAKAT FELDA BAHAWA YB-YB LENGGONG HANYA MENJAGA KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SAHAJA. SEMOGA HJ.RAZMAN AKAN TERUS MEMBELA NASIB PENEROKA FELDA DAN FELCRA SEMUANYA.
BalasPadamwakil rakyat Lenggong semuanya tak faham langsung tentang tuntutan peneroka Felda dan Felcra. Kami anak-anak peneroka generasi ke-2, mahu wakil rakyat Lenggong faham akta GSA dan mengapa tuntutan kami tidak diberi perhatian. Hj Razman lebih baik berpidato membela nasib peneroka Felda daripada pengerusi Felda dan wakil rakyat Lenggong yang hanya datang membawa agenda politik untuk menghentam parti pembangkang.Kami anak-anak generasi kedua melihat parti pembangkang lebih banyak membela peneroka berbanding kerajaan.
BalasPadam