Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Ahad, 6 Februari 2011

Kebangkitan Islam & Rakyat Mesir.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta para pembaca blog yang budiman untuk mengambil masa 1 minit dari masa tuan puan sekarang untuk berdoa untuk keselamatan para pejuang Islam di Mesir, juga kepada rakyat Malaysia khususnya para pelajar kita. Bismillah…


Salam.
Selain seorang diktator yang kejam & menekan rakyatnya, Hosni Mubarak adalah salah seorang pemimpin Arab yang bersekongkol secara terang-terangan dengan Zionist laknatullah & Amerika. Dia & Raja Jordan memberikan lampu hijau, bersalam dengan menteri pertahanan si Livny untuk menyerang Gaza pada 2008 dalam operasi Cast Lead oleh Zionist laknatullah itu.
Kerajaannya jugalah yang telah menyekat sempadan Rafah untuk dimasuki oleh pembawa bantuan kemanusiaan sehingga ada makanan-makanan yang dibawa oleh lori-lori bantuan yang tersekat itu rosak begitu sahaja, sedangkan rakyat Gaza yang sudah sedia menderita terus derita dalam keadaan diserang Zionist itu. Terowong-terowong penyambung hayat rakyat Gaza pula disekat dengan sebegitu keji.
Pesakit-pesakit yang dibawa ke hospital di Mesir ditangkap, disiksa, disoalsiasat untuk menangkap anggota-anggota Hamas. Di Mesir sendiri, tidak terkira jumlah ahli gerakan Islam yang telah ditangkap & dipenjarakan. Ternyata Hosni mewarisi kediktatoran sekular dari pemerintah-pemerintah sebelumnya.
Aura kejayaan kebangkitan Islam & rakyat di Tunisia, merebak ke Mesir, lalu rakyat menggunakan peluang ini untuk mendesak & mahu supaya Hosni turun & berundur dari menjadi Presiden Mesir. Mubarak gerun dengan sesuatu yang mungkin tidak disangkakannya, tapi dia terus berdolak dalih memekakkan telinga pada hasrat rakyat yang sebenar, iaitu mahu dia berundur. Tindakan kejam & militer terhadap demonstrators terus dilakukan. Tidak tahu apa kesudahannya di Mesir, tapi saya pasti, anggota-anggota gerakan Islam di seluruh dunia mendoakan kejayaan kebangkitan rakyat ini.
Allahuakbar!

Mesir & Tunisia: Bebaskan SPR & Media.

KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.  “Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian (di Mesir dan Tunisia sekarang) berlaku di negara ini,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya bagi mengulas apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir sekarang. “Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri,” kata Abdul Hadi. 

Rentetan dari perkembangan kebangkitan kuasa rakyat di Asia Barat secara umumnya dan di Mesir khususnya di waktu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendesak semua kerajaan yang memerintah di waktu ini di Asia Barat agar segera menghentikan segala bentuk tindakan ganas kepada rakyat mereka sendiri yang terlibat dengan perhimpunan tunjuk perasaan. Di Mesir, katanya, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan. “Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. 

Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini. “PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil,” katanya. Katanya, dunia khususnya OIC dan PBB didesak supaya memberikan tekanan kepada Presiden Hosni Mubarak dan kerajaannya yang telah melanggar hak asasi manusia apabila telah menyebabkan kecederaan kepada lebih seribu rakyat Mesir yang berhimpun dan juga lapan daripadanya yang terkorban. “Penyelesaian terhadap kemelut ini boleh berlaku dengan dibukanya pintu demokrasi yang tulen dan diadakan pilihanraya yang telus di Mesir,” katanya. 

Kepada kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, perlu diperingatkan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir pada hari ini. Apabila pemerintah mencabul amalan demokrasi, menyeleweng kewangan negara dan bersifat zalim terhadap rakyat, maka kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi. Maka pemerintahan BN, katanya, perlu segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan SPR dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata. “Kita tidak mahu situasi tegang sedemikian berlaku di negara ini. Tetapi dunia membuktikan ketegangan di antara rakyat dan pemerintah itu berpunca daripada sikap pemerintah itu sendiri,” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan