Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 19 Februari 2011

PENEROKA FELDA BESAUT 1 SUDAH SEDAR

Pengerusi 'BAPA' (Badab Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan) Tn. Hj Razman dalam ceramah beliau di Felda Besaut 1 pada 16.2.2011 telah menyedarkan peneroka Felda dan Felcra melalui beberapa perkara yang beliau bengkitkan antaranya :
    1. Agensi pembangunan tanah seperti Felda dan Felcra telah menjadi Syarikat milik Kerajaan yang dipengerusikan oleh pimpinan UMNO yang tiada sedikit pun pengalaman dalam pengurusan ladang dan mereka ini dibayar gaji yang lumayan. Difahamkan ada yang dibayar lebih RM2 juta setahun dimana ianya dibayar dengan menggunakan wang hasil ladang para peserta. Berapa pula pendapatan yang diperolehi oleh peserta setahun??
 2.   Peneroka adalah sebagai tuan tanah berhak mempersoalkan kepada penyewa terhadap beberapa perkara iaitu :
a)  Hasil/pulangan bulanan yang rendah berbanding dengan Syarikat Perladangan yang lain.
b) Kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi
c) Tidak pernah dinyatakan dengan jelas hasil perolehan ladang dan kos penyelengaraan serta penyata kewangan untung rugi tidak dinyatakan.
d) Pendapatan anak syarikat Felda/Felcra tidak pernah dinyatakan dan kemanakah keuntungan ini di salurkan..
Hadir sama dalam ceramah ini adalah Sdr Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK) dan juga AJK PAS Pusat. Dalam ceramah ini juga juga beliau membangkitkan soal pengerusi Felda yang baru yang dilihat tidak akan membawa sebarang perubahan besar kepada Felda malahan dilihat sebagai satu proksi yang akan membawa kehancuran jika dilihat kepada latar belakang beliau. Beliau juga menyatakan bahawa yang membela peneroka Felda ini dilabel sebagai pengkhianat bangsa sedangkan yang mengkhianat orang melayu adalah pemimpin yang mencari kemewahan diatas kepala rakyat. Kepada YB Lenggong khususnya, kalau mahu menjadi HERO kepada rakyat, belalah nasib mereka, perjuangkanlah hak mereka.. bukan menjadi HERO dengan menyokong penindasan terhadap rakyat.. jangan hanya tahu makan diatas kepala rakyat.. HERO yang berjaya merompak lembu Felcra..

2 ulasan:

  1. yang depa dok takut sgt Hj Razman ni bangkitkan isu Felda?Felcra ni pasai puak-puak ni dah lama mentekedarah duit rakyat... contoh lembu Felcra tu.. ckup dengan bukti.. Bangga pulak tu bagi kt orang kg dengan ayat sumbangan ikhlas Ahli Parlimen Lenggong... Curi hak rakyat... memang muka x malu..

    BalasPadam
  2. Biasalah kata bahasa orang-orang tua, "kutu kalau tak makan atas kepala, dia nak makan kat mana lagi...." betul tak YB??? Dah lama dah pemerintah yang dok ada buat keje begitu.Tapi saya percaya, YDP PAS akan dapat ganti tempat YB yang ada sekarang ni di Lenggong. Saya harap YDP PAS boleh bongkar sedikit sebanyak tentang syarikat bas dimiliki oleh YB Lenggong. Biar rakyat tahu, selepas mereka jadi wakil rakyat mereka semakin kaya. Apabila YDP nak bela Peneroka/peserta Felcra dituduh cuba mengkhianat. Padahal sebelumnya mereka bukannya ada apa-apa perniagaan pun. Minta YDP sebut juga tentang banyak projek-projek yang hanya diserahkan kepada Kroni YB sahaja. kontraktor lain langsung tak merasa. Sekarang sudah tiba masanya, rakyat mesti tahu siapa yang mereka perlu sokong. Saya benar-benar kecewa dengan semua wakil rakyat yang saya pilih pada PRU-12 lalu. Merekalah sebenarnya di ibarat kacang lupakan kulit. Saya dengar ada lagi YB yang punya syarikat teksi....... Bila jadi wakil rakyat mereka jadi taukeh, rakyat yang angkat mereka jadi YB tidak diambil peduli dan diberi perhatian. Jadi, PRU-13 nanti bukan saya seorang sahaja akan buat perubahan, malah makin ramai lagi turut ada bersama YDP PAS Lenggong, Insya-Allah.

    BalasPadam