Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 25 November 2010

TERSENTUH HATI MASIH ADA MASYARAKAT YANG DI PINGGIRKAN


LENGGONG: 25 Nov. YDP PAS Kawasan Lenggong. Hj. Razman Zakaria, kesal dan terkejut setelah melihat sendiri nasib rakyat yang masih hidup melarat dan tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal  kebajikan rakyat dibawah.
Hj. Razman Zakaria berkata demikian semasa datang menziarahi seorang masyarakat berbangsa cina akit buah pinggang Leong Keat 53, yang tinggal bersendirian diatas tanah rizab berhampiran jalanraya Kuala Kangsar-Gerik di Kg. Sira Lenggong.
Menurut Leong Keat, beliau tidak lagi berupaya untuk bekerja menyara hidupnya yang selama ini cuma  berusaha menanam sayur di belakang pondok tempat tinggalnya oleh kerana penyakit yang dihidapi dan terpaksa berulang-alik ke Hospital Taiping untuk menjalani rawatan Hemodialysis pada setiap minggu.
Jelasnya, beliau tidak dapat menjalani rawatan tersebut pada pada bulan lalu kerana kesempitan wang sehingga menyebabkan beliau terlantar kesakitan ketika kunjungan Hj. Razman sambil menunjukkan  kakinya yang semakin membengkak dan menyukarkan pergerakannya.
Sehingga kini, beliau hanya bergantung belas ehsan makan minum diberikan abangnya sahaja yang juga berasal dari keluarga yang miskin.
Menurutnya lagi, amat menyedihkan apabila kesempitan hidupnya selama ini tidak pernah sekalipun diberikan perhatian oleh pihak-pihak berwajib yang sepatutnya menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kemiskinan yang ditanggung.
Kunjungan ziarah YDP PAS Hj. Razman Zakaria dan AJK PAS Kaw. Lenggong bersama Setiausaha DAP Lenggong menghulurkan bantuan pada hari tersebut telah mendapati keadaan hidup Leong Keat 53, adalah amat menyedihkan. 
Keadaan pondok yang diduduki nya hanyalah berlantaikan tanah, dinding yang tidak sempurna dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air  dan tandas.
Ujar Hj. Razman Zakaria dengan rasa kesal, tidak sepatutnya pihak kerajaan dan jabatan-jabatan yang terlibat sering terlepas pandang atau membiarkan sahaja keadaan hidup masyarakat seperti ini dari terus berlaku.
Wakil Rakyat UMNO-BN sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana jumlah peruntukan besar pembasmian kemiskinan luar Bandar telah disalurkan oleh kerajaan Negeri hendaklah di manfaatkan sebaik mungkin kepada masyarakat yang benar-benar memerlukannya.

Sesiapa yang ingin menderma, sila masukkan derma anda melalui akaun Maybank: 108131159089
Liang Ching@Leong Lai Kow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan