Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Khamis, 25 November 2010

TERSENTUH HATI APABILA MASIH ADA MASYARAKAT YANG TERPINGGIR

LENGGONG: 25 Nov. YDP PAS Kawasan Lenggong. Hj. Razman Zakaria, kesal dan terkejut setelah melihat sendiri nasib rakyat yang masih hidup melarat dan tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal  kebajikan rakyat dibawah.
Hj. Razman Zakaria berkata demikian semasa datang menziarahi seorang masyarakat berbangsa Tionghua menghidapi penyakit buah pinggang Leong Keat 53, yang tinggal bersendirian diatas tanah rizab jalan berhampiran jalanraya Kuala Kangsar-Gerik di Kg. Sira Lenggong.
Menurut Leong Keat 53, beliau tidak lagi berupaya untuk bekerja menyara hidupnya yang selama ini cuma  berusaha menanam sayur di belakang pondok tempat tinggalnya. Penyakit yang dihidapi memaksa beliau berulang-alik ke Hospital Taiping untuk menjalani rawatan Hemodialysis pada setiap minggu.
Jelasnya, beliau tidak dapat menjalani rawatan tersebut pada pada bulan lalu kerana kesempitan wang sehingga menyebabkan beliau terlantar kesakitan ketika kunjungan Hj. Razman sambil menunjukkan  kakinya yang semakin membengkak dan menyukarkan pergerakannya.
Sehingga kini, beliau hanya bergantung belas ehsan makan minum diberikan saudaranya sahaja yang juga berasal dari keluarga yang miskin.
Menurutnya lagi, amat menyedihkan apabila kesempitan hidupnya selama ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak-pihak berwajib seperti menerima bantuan bagi meringankan beban kemiskinan yang ditanggungnya.
Kunjungan ziarah YDP PAS Hj. Razman Zakaria dan AJK PAS Kaw. Lenggong bersama Setiausaha DAP Lenggong menghulurkan bantuan pada hari tersebut telah mendapati keadaan hidup Leong Keat 53, adalah amat menyedihkan. 
Keadaan pondok yang diduduki nya hanyalah berlantaikan tanah, dinding yang tidak sempurna dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air  dan tandas.
Ujar Hj. Razman Zakaria dengan rasa kesal, tidak sepatutnya pihak bertanggungjawab sering terlepas pandang atau membiarkan sahaja keadaan hidup masyarakat seperti ini dari terus berlaku.

Sesiapa yang ingin menderma, sila masukkan derma anda melalui akaun Maybank: 108131159089
Liang Ching@Leong Lai Kow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan