Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Sabtu, 6 November 2010

Rasuah dari Sudut Pandang Hukum Islam

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap 'pilih kasih' dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab "al-risywah". Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan " memberi dan menerima suapan" adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum".Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :" Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka".

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya". (al-Baqarah : 188)

Perjuangan Agama Lebih Utama

Assalamualaikum

Medan dakwah merupakan satu lapangan yang luas selari dengan objek dakwah yang dibawa oleh para rasul iaitu agama Islam. Justeru itu para du’at selaku juru dakwah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar dalam rangka menyalur dan menyampaikan risalah dakwah dengan lebih terarah dan terencana. Oleh itu pemahaman yang mendalam dan mendasar mengenai "Fiqh Dakwah" adalah perlu agar penyebarluasan risalah ini mencapai tahap yang maksimum.Fiqh dakwah merupakan cantuman dua rangkaikata iaitu Fiqh dan Dakwah. Setiap kalimah mempunyai maknanya tersendiri.

FIQH : Mengetahui (tahu) dan memahami (faham).
DAKWAH : Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakukan sesuatu.

Dakwah ilallah : Seruan kepada beriman kepada Allah Taala dan beriman dengan apa yang dibawa oleh para rasul dengan membenarkan segala perkhabaran yang dibawa, patuh dan tunduk dengan segala titah perintah Allah Taala dan meninggalkan segala larangannya, justeru agama Islam merupakan agama penamat, syumul dan lengkap.
Ini bermakna dakwah ilallah ialah seruan untuk tunduk dan patuh kepada agama Islam secara keseluruhannya (total). Meyakini Islam adalah agama yang benar, yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang diwahyukan oleh Allah Taala.Fiqh Daulah merupakan satu proses pemahaman secara mendalam dan mendasar terhadap sejarah dakwah, sebab-sebab dakwah dijalankan, rukun-rukun dakwah, matlamat dan tujuan dakwah, uslub dan method yang digunakan, wasilah yang dipraktikkan dan kesan rangka tuju dakwah tersebut.

Pemahaman yang jelas dan mendasar mengenai Fiqh Daulah ini memungkinkan juru daie mempersiap siagakan diri dengan 'senjata' yang mampan, keupayaan diri, kemampuan mengutarakan bukti dan hujjah untuk berhadapan dengan mad'u yang pelbagai, suasana dan iklim yang berbeza, bangsa keturunan dan bahasa yang berbeza.

Justeru itu perkara-perkara di atas wajib dikuasai bagi siapa yang mahu menjadi kemudi risalah, pengikut baginda Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, ia menjadi satu kewajiban yang tertanggung di bahu manusia selagi ia bergelar muslim, merialisasikan tugas tersebut berdasarkan kemampuan dan keupayaan.Jelasnya, kewajipan menyampaikan risalah dakwah Islamiah ke serata pelusuk rantauadalah satu tuntutan sebagaimana wajibnya beriltizam terhadap jemaah Islam di atas dasar wajibnya memberi peringatan kepada manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan