Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 30 November 2010

LEMBU OH LEMBU.....

Ini cerita lembu dan Felcra. Cerita lembu dan Felcra ini kalau di Changkat Lada & Lenggong semua dah tahu.. Dipendekkan cerita kes Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman mem'farait' lembu-lembu Felcra di musim Qurban tempoh hari kepada rakan-rakan karibnya termasuk lah di Lenggong. Felcra mengeluarkan modal yang besar untuk menubuhkan 1 anak syarikat yang di panggil Felcra Bio Valley iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan menjalankan kerja menternak lembu. Jadi Felcra memperuntukkan 1 jumlah yang cukup besar dalam usahanya menaikkan anak syarikat ini supaya dapat menghasilkan keuntungan sesuai dengan modal yang dikeluarkan. Persoalannya sekarang kuasa dari manakah yang di gunakan oleh Datuk Tajuddin ini yang membolehkan lembu-lembu ini diedarkan kepada ahli parlimen yang memohon lembu untuk sumbangan dari Felcra. Dia hanya dilantik sebagai Pengerusi sahaja dan Felcra bukan kepunyaan dia atau bapak dia. Tahun 2009 dengar cerita YB Lenggong dapat 5 ekor, tahun ini dengar cerita dapat lagi 9 ekor. Yang menghairankan lagi, tak malu ke YB-YB yang memohon lembu Felcra ini. Kalau nak beribadah, nak menyumbangkan sesuatu biarlah sumber yang halal terutamanya untuk ibadah qurban. Belajar lah tentang hukum ibadah qurban ni dulu. Jangan sampai nak buat pahala, dosa yang dapat. Fikirlah soal rakyat, soal Peserta Felcra yang hidup melarat tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnaya. Rata rata Peserta Felcra di Lenggong ini memberi undi pada YB Lenggong tempoh hari. Kenyataan ini berfakta dan tidak menuduh secara melulu. Ada bukti YB Lenggong menerima lembu tersebut dan ditandatangani oleh Pengerusi Felcra sendiri. Lihatlah keperitan peserta Felcra di Kampung Beng yang rata-rata menyokong kuat UMNO Lenggong. Serah tanah kepada Felcra kerana dijanjikan untuk mendapat kesenangan tetapi apa yang terjadi sekarang? Menoreh getah di atas tanah sendiri yang diserah kepada Felcra hanya di bayar 90sen sekilo sedangkan harga getah dipasaran mencecah RM8 sekilo. Dividen tahunan yang dibayar terlalu rendah, tidak sampai RM200 setahun untuk 3ekar tanah. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi? Tercapaikah objektif mulia penubuhan Felcra ini? Yang bertambah peliknya, YB Lenggong ini bukan sahaja tidak mahu membantu peserta Felcra di Lenggong ini malahan mempertahankan pula pengurusan Felcra ini. Mungkin kah kerana Lembu? atau ada yang lain yang melebihi lembu? Mungkin agak kelakar kalau kalau kita memikirkannya tapi inilah hakikatnya.... Lembu oh lembu... kerana lembu lah juga bertumbuk penyokong UMNO di Lawin tempoh hari....Lembu oh lembu.....

1 ulasan: