Sewa Homestay Lenggong

Sewa Homestay Lenggong
Iklan

Saham Akhirat

Saham Akhirat
Wakaf / Derma

Selasa, 30 Ogos 2011

KEMERIAHAN HARI RAYA MENJADI KELUHAN PENDUDUK KAMPUNG.


Bekalan air terputus telah menjejaskan kemeriahan setiapkali tiba sambutan Hari Raya di Kampung Chepor Lenggong, Perak.

Kemeriahan untuk menyambut hari Lebaran seringkali menjadi keluhan setelah sekian lama penduduk menghadapi masalah bekalan air untuk keperluan keluarga yang pulang untuk berhari raya bersama keluarga di desa. 

Itulah yang dapat disimpulkan oleh masyarakat penduduk kampung disini apabila tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah jika ingin pulang bercuti dikampung.

Seorang penduduk Kampung,  Ahmad Kamal Brahim, 35, berkata, penduduk di kampung ini masih lagi menggunakan sumber air tidak bersih melalui kolam tadahan yang dibina melalui peruntukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, di hulu sungai Kampung chepor untuk kegunaan kira-kira 200 buah rumah masyarakat penduduk kampung disini.

Menurut beliau, penduduk kampung terpaksa menggunakan air keruh dan kotor ketika musim hujan untuk kegunaan harian. Lebih teruk lagi, apabila hujan lebat dan air sungai pasang yang menyebabkan paip menyalurkan bekalan air ke Kg. Paya disini, sering terputus selama beberapa hari dan kerap  tersumbat dengan batu dan sampah sarap sehingga, penduduk terpaksa menadah air hujan untuk mandi dan mencuci pakaian. 

Keadaan yang berlaku sedemikian, telah menyebabkan ramai anak-anak desa diperantauan mengalami masalah untuk keperluan harian ahli keluarga mereka ketika pulang bercuti ke kampung halaman untuk berhari raya.

Menurut laporan yang diterima, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, telah mengeluarkan kenyataan akhbar beberapa tahun yang lalu bahawa, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6 Juta untuk melaksanakan projek menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk di  empat buah Kampung di Lenggong termasuk Kampung Chepor, Kampung Luat, Kampung Pulau Ceri dan Kampung beng  yang dapat menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di sini. Tetapi sehingga sekarang, tidak ada sebarang tindakan yang menampakkan hasil projek tersebut akan dilaksanakan didalam tempoh terdekat ini.

Jelas Ahmad kamal lagi, beliau sangat berharap supaya kerajaan mengambil berat agar tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini dari terus berlanjutan. Dan janganlah kemudahan asas kepada masyarakat penduduk seperti ini hanya sekadar dijadikan umpan untuk memancing undi pada pilihanraya semata-mata.


1 ulasan:

  1. sebab tu kita harus bersatu memperkuatkan ukwah melayu islam untuk mempertabatkan kuasa melayu, (melayu jangan mudah lupa akan sejarah kezaliman kaum tu yang berkuasa sekejap setelah jepun kalah dan sekarang ada melayu jadi barua nak naikkan parti kaun tu dan jadi babi tunggangan) Masalah air boleh diatasi jika ada kerjasama penduduk dengan pihak berkuasa mesti ada persetujuan semua tanpa halangan.jangan mempersalahkan kerajaan sahaja kerana ada ada kakitangan kerajaan menjadi musuh dalam selimut untuk mensabotaj niat suci pihak berkuasa.Jangan jadi alat orang gila kuasa yang sanggup memperjudikan nasib bangsa demi impian untuk menjadi PM dan membalas dendam. bersumpah demi kerana benar takut kerana salah...

    BalasPadam