Najib di GANYANG oleh PERKASA...siapa dalangnya?. Isu kaitan Israel dalam Projek PDRM kembali panas.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.
Dalam laporan polisnya hari ini, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman.
Kenapa sekarang, dibelakang mereka ini ada tangan ghaib yang kurang selesa dengan tindakan Najib yang telah merosakan segala Rancangan UMNO BN.
Ini adalah agenda segelintir dari bekas-bekas menteri yang ingin menaikan Muhyidin, siapa lagi kalau najib tidak mampu menjana kemenangan dalm PRU akan datang. Rasa kurang selesanya mereka dengan Najib membuatkan tentangan ini berlaku dan dan akan terus kukuh dari masa kesemasa. Najib akan berlalu sepertimana beliau dan konconya menjatuhkan Tun Abdullah.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".
"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.
"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Melihat dengan respon yang diberikan oleh beberapa orang kita yakin gerombolan ini memang berlaku dan pasti PM Najib mengetahuinya.
ULASAN:
Kepada semua penyokong-penyokong UMporNO, masuklah kamu semua kedalam PAS. Atau bersedialah menjadi untuk menjadi parti pembangkang di Malaysia. Langit tidak selalunya cerah, terimalah hakikat bahawa, negeri Perak juga akan berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihanraya ke-13 akan datang.
Berubahlah sekarang daripada menyokong parti Barisan Nasional yang sudah terbukti susah sangat menjaga kebajikan rakyat setelah diberi kuasa selama lebih 50 tahun, oleh itu, berikanlah sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat melalui peti undi pada PRU ke-13 ini nanti.
Insya-Allah, kebajikan negara, RAJA-RAJA MELAYU dan seluruh rakyatnya akan lebih terjamin. Pakatan Rakyat telah berjanji, "KEADILAN DAN KEKAYAAN NEGARA UNTUK RAKYAT, BUKAN UNTUK PEMIMPIN."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan